Menu Utama

Krisis Air Belum Berakhir, Lembah Klang Bakal Hadapi Krisis Tenaga Elektrik Pula?

graf TNB

Sehingga kini, apa yang penulis difahamkan, kerajaan Selangor dikhabarkan sudah ada pelan inisiatif untuk menangani krisis air di Selangor. Namun, pelan hanya pelan semata, dan inisiatif hanyalah inisiatif semata dan hanya boleh dianggap berjaya setelah semuanya dilaksanakan dengan berkesan.

Sementara menanti keberkesanan itu, wujud ruang untuk berlakunya krisis air apatah lagi jika paras air di empangan semakin surut. Penulis hanya mampu tersenyum apabila Menteri Besar melalui laman sosial twitternya, meminta pihak Polis menyiasat kononnya terdapat cubaan sabotaj pengeluaran bekalan air di kawasan kolam Hang Tuah di Bestari Jaya.

Penulis sekadar menganggap ini adalah strategi untuk memindahkan kesalahan kepada orang lain. Itulah kerajaan negeri Selangor, yang sering menyalahkan pihak lain dalam kegagalan mereka mengurustadbir. Di samping itu, dapatlah mereka publisiti, bahawa mereka sudah bertindak dalam krisis air ini. Walau bagaimana pun, ianya tidak mengubah hakikat bahawa segala permasalahan yang melanda Selangor, adalah berpunca dari mereka sendiri.

Apabila terbaca twitter MB, penulis tiba-tiba teringat dengan isu berkenaan krisis bekalan tenaga elektrik yang pernah penulis maklumkan sebulan yang lalu. Apa tindakan kerajaan negeri, pimpinan Khalid Ibrahim dalam memastikan krisis tenaga ini tidak akan menjejaskan ekonomi negeri seperti mana krisis air?

Projek Pengukuhan Sistem Kawasan Tengah (Central Reinforcement Area – CAR) adalah projek menyalurkan bekalan elektrik dari stesen janakuasa di Perak ke kawasan tengah Semenanjung. Projek ini bermula sejak tahun 2005 dengan pemasangan kabel voltan tinggi sepanjang 60 kilometer di antara Bukit Tarek di Rawang dan Kampung Chubadak di Sentul.

Selepas menang PRU12 pada 2008, kerajaan PKR di bawah pimpinan Abdul Khalid mengarahkan projek ini dihentikan atas dakwaan kononnya projek berkenaan akan menjejaskan penduduk di Kampung Sungai Terentang, Rawang.

Akibatnya, projek yang bernilai RM400 juta ini dengan sebahagian besar kosnya telah dibelanjakan oleh TNB, tidak dapat diteruskan ekoran bantahan 23 daripada 40 keluarga di Sungai Terentang. Dakwaan tidak berasas oleh penduduk  telah dibuktikan oleh Tenaga Nasional Berhad dengan menjalankan beberapa kajian kesihatan ke atas kawasan yang terbabit dan hasil kajian menunjukkan tiada kesan kesihatan kepada manusia yang tinggal berhampiran dengan laluan kabel voltan tinggi.

Tambahan pula, Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah menawarkan pampasan sebanyak RM 10.4 juta bagi tujuan pemindahan keluarga yang mendakwa bakal terjejas tetapi masih ditolak .

graf TNB 1

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden TNB, Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh sebelum ini menyatakan kemungkinan Selangor, Kuala Lumpur dan sebahagian besar kawasan selatan pantai barat Semenanjung Malaysia berdepan dengan risiko terputus bekalan elektrik akibat dengan bebanan pada talian yang sedia ada.

Projek yang hanya tinggal kira-kira 1.5 km untuk disiapkan itu tergendala apabila TNB dan kerajaan Selangor masing-masing buntu dalam menyelesaikan permasalahan yang timbul.

Bukankah situasi ini hampir sama dengan isu Langat 2 apabila terowong dari Pahang sudah siap terbina, malangnya permainan politik tanpa sempadan menyebabkan rakyat Selangor terjejas?

Bersediakah rakyat Selangor dan Lembah Klang amnya, berdepan dengan krisis tenaga, dalam masa yang masa, krisis air masih belum selesai?

Dan jika kedua-duanya gagal ditangani kelak, apakah Lembah Klang, dan negara amnya, mampu untuk mengelak dari kemungkinan krisis ekonomi paling buruk akibat ketiadaan pelaburan sementara yang sedia pula bakal “angkat kaki”?

Ana tanya… anta jawab…






8 Komen to Krisis Air Belum Berakhir, Lembah Klang Bakal Hadapi Krisis Tenaga Elektrik Pula?

  1. raplahjingaa says:

    Hanya kerana 23 keluarga cina membantah….seluruh projek tergendala, cuba yang membantah tu adalah keluarga melayu…maka akan berderetlah bulldolzer dan FRU memastikan mereka keluar dari kawasan tersebut, tak pun alih-alih kita dengar kawasan tu terbakar…….

  2. Baba says:

    Lingkup selangor bawah pakatan.

  3. Madu 3 says:

    Dah di tanye kene la jawab…..

    Dah ini perancangan mereka… krisis berlaku, kerajaan di tekan (BN yang akan di salahkan) rakyat tersepit dan berguling-guling atas jalan. Dan akan ramai yang hulur bantuan dengan bersyarat. Dia orang makan duit, negara tergadai dan rakyat berpecah.

    Masa depan negara dapat dilihat dari apa yang akan berlaku di Selangor.

  4. korokstabang says:

    jahanam selangor negeri terkaya di malaysia dibawah pemerintahan pengkhianat

  5. WTF says:

    Teringat aku ada MACAI PAS dok kata dah hujan dah tak turun kat empangan takungan negeri Selangor, takkan nak salahkan Allah SWT!!!

    Dalam kes sebegini, MACAI PAS nak salahkan Allah SWT jugak ka???

    Hehehehe, bila tak tahu nak jawab, pandai masuk COCOON AGAMA semata2 tak nak KALAH HUJAH!!!

    TAKE BEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEER!!!

  6. WTF says:

    Lihat sokong Bujuk pada Khalid Ibrahim

    bujuk (November 7th, 2012 at 10:00 PM)

    “Kalau aku jadi KI, lepas PRU13 baru buat keputusan langat2. Terutama jika PR yg. berkuasa d PUTRAJAYA. Boleh jimat sikit, apatah lagi jika Perak pun dapat kembali pada PR. Ambil air dari perak tentu lebih murah dan jimat kerana lebih dekat dan mukabumi yg. lebih baik. Pusat nak buat segera langat2 mungkin sebab nak bagi duit mudah pada Pahang yg. d yakini dapat umno kekalkan. Sedang s’gor dan perak sukar BN pertahankan.

    Pada KI buatlah yg. terbaik untuk negeri dan rakyat negeri… pedulikan UMNO/BN. Depa hanya tahu kaut untung saja.”

    http://www.mykmu.net/?p=24459

    Hebat hang ni Bujuk, cakap MAIN LEPAS jer MENDAHULUI Allah SWT!!!

    TAKE BEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEER!!!

  7. buya says:

    harap penulis2 dalam laman ni bijak berpolitik. Tak guna menghentam TSKI buat masa ini, Lebih baik kita dari BN dilihat pro TSKI. kekuatan UMNO + PAS walaupun dari segi persepsi, cukup nak buat DAP takut, apatah lagi PKR. Kalau kita sendiri dari BN dilihat tak menyokong TSKI, senyum aje lah DAP dan PKR.

    Dalam politik, seminggu pun tempoh yang lama. Nanti dah dekat nak PRU14, orang-orang berkepentingan dalam UMNO Selangor nak hentam TSKI pun ikut korang lah. Buat masa ini, rasanya bagus kalo kita teruskan persepsi BN menyokong TSKI.

    Melainkan penulis-penulis laman ni ada matlamat yang tak selaras dengan kepentingan politik BN. Menjaga kepentingan individu barangkali?

  8. WTF says:

    Wahai saudara Buya

    Tak perlu rasanya bagi org2 yang menyokong UMNO memberi sokongan supaya Khalid Ibrahim dikekalkan sebagai MB Selangor, cukup sekadar lihat dan ketawakan sahaja aksi2 mereka dalam Pakatan Rakyat.

    And for your information saudara Buya, DAP memang TAKUT pun kalau PAS keluar dari Pakatan Rakyat!!!

    Lihat sahajalah aksi Andrew Loke, Tony Phua dan Lim Guan Eng baru2 ni, MEROYAN tak tentu hal menghantam PAS!!!

Leave a Reply

Threesome