Menu Utama

Kongres PKR Paling Papa Dalam Sejarah Anwar Ibrahim

Bermula dari 20 sehingga 24 Ogos (walaupun tarikh rasmi adalah 22-24hb), PKR telah mengadakan kongres tahuannya di Dewan MBSA dan Stadium Melawati. Seperti tahun-tahun yang lain, para pemimpin dan penyokong PKR bercakap besar kononnya, kehadiran yang besar akan membuktikan bahawa parti tersebut mendapat sokongan rakyat Malaysia, terutama sekali pengundi-pengundi muda. Acapkali jugalah UMNO dan Barisan Nasional akan dimomok-momokkan kononnya kehadiran ramai perwakilan dan penyokong PKR dalam kongres-kongres yang diadakan menunjukkan semakin hampirnya PKR untuk menghapuskan UMNO dan Barisan Nasional.

Anwar Ibrahim sendiri telah menjadikan dirinya sebagai ikon dan berhala yang boleh menarik perhatian orang ramai untuk berkumpul, bahkan berdemonstrasi. Terkurung dalam nostalgia 1998-2000, Anwar Ibrahim berasakan kehadirannya menjadi magnet untuk orang ramai berkumpul.

Namun nampaknya magik Anwar Ibrahim sudah semakin berlalu. Dia tidak sahaja kehilangan daya sentuhan, tetapi penyokong-penyokong sendiri mulai menyampah dan menyanggah beberapa ideanya termasuklah idea menggantikan Khalid Ibrahim dengan isterinya sendiri.

Barangkali faktor itulah yang menjadi perkara utama menyebabkan kongres tahunan PKR di Stadium Shah Alam, bagaikan perhimpunan budak sekolah yang menyaksikan lebih banyak kerusi kosong di kawasan utama berbanding perwakilan dan pemimpin-pemimpin PKR yang lain.

Ditambah pula dengan ketiadaan wakil-wakil dari PAS kecuali Khalid Samad yang diketahui berbadan PAS tetapi berhati Anwar Ibrahim, kongres tahun ini merupakan kongres paling malang buat PKR dan Anwar Ibrahim sendiri.

Pun begitu, para pemimpin PKR seperti Zuraidah Kamaruddin, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Wan Azizah sendiri, tidak dapat memisahkan diri mereka dengan keangkuhan dan kebongkakan. Sikap itu terlihat jelas menerusi ucapan mereka yang masih lagi menyalahkan pihak lain, khususnya PAS apabila kecewa melihat jumlah kehadiran.

Zuraidah Kamaruddin yang dalam ucapannya sebagai Ketua Wanita PKR telah memberi amaran kepada DYMM Sultan Selangor seandainya DUN Selangor dibubarkan bagi membolehkan Pilihanraya Negeri diadakan, masih lagi bercakap besar kononnya, pembubaran DUN Selangor akan membolehkan Pakatan (PKR dan DAP) menyapu bersih 56 kerusi DUN Selangor.

Shamsul Iskandar Mohd Akin pula menyalahkan PAS dan menuduh PAS yang menyebabkan perpecahan hampir berlaku dalam Pakatan Rakyat. Naib Presiden PKR terbaru itu, menuduh PAS sengaja menimbulkan huru-hara dalam Pakatan Rakyat apabila enggan bersetuju dan turut sama mengangkat Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor sebagaimana yang diinginkan oleh Anwar Ibrahim dalam drama perebutan jawatan Menteri Besar Selangor yang kelihatan akan dimenangi oleh Azmin Ali yang dibantu kemas oleh DAP.

Mungkin dalam sejarah mana-mana perhimpunan parti politik di Malaysia apabila perhimpunan hanya dihadiri seramai tidak sampai 20 orang apabila Nik Nazmi yang kemenangannya sebagai Ketua AMK yang baru, dipertikaikan dan 9 Exco yang baru dilantik melangkah meninggalkan dewan, bersama-sama para pengikut masing-masing menjadikan Nik Nazmi seperti bercakap dngan kerusi-kerusi putih tidak berpenghuni.

Isyarat sudah jelas. Namun bagi golongan yang bongkak seperti PKR, mereka enggan mengakui bahawa mereka sudah kehilangan segala sentuhan yang berasaskan fitnah. Segala teori termasuklah konspirasi yang dipopularkan oleh Anwar Ibrahim semenjak 1998, kini sudah semakin lapuk dengan setiap langkah dan dama yang melibatkan Anwar Ibrahim sudah dapat dijangka dan apa kesudahannya, terutama sekali membabitkan perkaitan antara PKR, DAP dan PAS.

Justeru tidak hairanlah mengapa sambutan yang diberikan kepada kongres yang matlamat mereka hanyalah untuk menjadikan KETUM sebagai Perdana Menteri Malaysia, mendapat sambutan yang cukup papa dan daif. Itu belum lagi ditambah dengan drama kebencian, pertarungan, baling kerusi, tikam-menikam serta pengkhianatan yang memaparkan sikap kuku besi si KETUM!






17 Komen to Kongres PKR Paling Papa Dalam Sejarah Anwar Ibrahim

  1. […] From: MYKMU.NET: DEMI SEBUAH PERJUANGAN: Kongres PKR Paling Papa Dalam Sejarah Anwar Ibrahim […]

  2. Pak Tho says:

    Masih bermimpi disiang hari. Bubar Dun, baru tau sape menang atau kalah. Macamana pkr boleh lantik makcik indon berniaga kueh tepi jalan jadi ketua wanita. Tak ada calon lain yg lebih berkelayakan dari makcik meroyan ni.

  3. itsme says:

    kali ini PAS pula?? dulu byk salah UMNO, ini kali PAS kena… next pru/ prn ada harapan pas kena sabo ngan pkr n dap.. apapun hj hadi ada senjata ampuh la ni bila beliau diangkat menjadi naib ketua ulamak sedunia.. hebat!! cuma persoalannya bagaimanakah pemilihan dibuat sedangkan beliau asyik sibuk berpolitik dan mengkafirkan org sana sini.. serta pelbagai fatwa yg dikeluarkan bg tujuan politik beliau?? adakah pemilihan tersebut menggunakan analogi yg tepat dan penilaian yg dibuat sgt2 meragukan walaupun mungkin tdk bg pengikut pas. tp ini juga bukan shj peluru yg akan digunakan kpd umno bahkan ianya juga pasti akan digunakan bg pihak parti sahabat pas.. ehmm

  4. Baba says:

    Kalau pemimpin anak beranak saja yang control, nak harap apa lagi.

  5. Anak_Nogori says:

    Zaman KETUM sudah berlalu..beliau bukan seorang pemimpin melayu yg boleh kita harap2kan…kalau Selangor beliau boleh tunggang langgangkan…boleh percaya ke Malaysia tidak tunggang langgang sekiranya beliau dinobatkan sebagai Perdana Menteri waima sebulan sahaja.

    Mahu kah anda hilang semua yg anda telah bina dgn keringat, peluh dan tenaga selama ini?.

  6. kuman says:

    Bubar Dun, baru tau sape menang atau kalah?? UMNO Selagor duk tidoq jadi sapa hang harap akan menang? Pi mai pi mai PKR jugak menang.

  7. Nusantara Jones says:

    Macam manalah ramai org boleh tertipu dgn lakonan si ketumgay ni. Siang malam tak abis2 menipu dan memutar-belit rakyat. Ada saje ideanya membuatkan rakyat tidak gembira hidup di negara ini.

  8. Anak_Nogori says:

    Rafizi kata…tak suka cara Ketum….pi berambus lah..

    afizi : Tak Puas Hati Dengan Anwar Ibrahim, sila keluar PKR

    Naib presiden PKR yang baru Rafizi Ramli mengingatkan, mana-mana ahli yang menyalahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu menteri besar Selangor sama seperti bersekongkol dengan BN.

    Dalam ucapan penggulungan hari terakhir Kongres PKR hari ini, beliau turut meminta kepada ahli yang menyalahkan ketua umum itu supaya keluar daripada parti sekiranya tidak berpuas hati.

    “BN dan Umno salahkan Datuk Seri Anwar perkara biasa. Kalau kita nak salahkan Datuk Seri Anwar juga, cari parti lain. Yang menyalahkan Datuk Seri Anwar ini sama seperti bersekongkol dengan BN yang menyerang parti ini.

    “Mengkitik boleh tetapi biar ada adabnya. Bukan mengkritik dengan kritikan yang meletakkan kita sama dengan Umno dan BN,” katanya.

    Selain itu, Rafizi turut membidas ahli yang mendakwa PKR mengamalkan nepotisme.

    Katanya, isu nepotisme tidak timbul memandangkan kesemua pimpinan tertinggi parti dipilih secara demokrasi pada pemilihan parti.

    Justeru, Rafizi meminta mana-mana pihak yang tidak senang dengan ‘nepotisme’ yang ada di dalam parti supaya bertanding untuk merebut jawatan tersebut.

    “Kenapa nak ada unsur dan suara yang bidas dan perlekeh apa yang dibuat oleh presiden, anak dan keluarganya. Kalau kita tak yakin, jangan duduk dalam dewan ini. Kalau yakin bahawa perjuangan yang dibawa ketua umum untuk melawan rasuah itu betul, kenapa mengkritik presiden dan anaknya kerana menyokong perjuangan yang betul.

    “Sebaliknya yang berlaku, suara sumbang menyerang keluarga. Yang kata ‘istana Bukit Segambut’ pun datang dari orang kita sendiri. Sebab itu hari ini, cukup-cukuplah. Sebab yang galak serang parti ini nepotisme ialah Umno dan BN.

    “Setiap seorang daripada mereka ada kekuatan masing-masing. Kalau rasa nepotisme itu teruk dan rosakkan parti, ada jalan keluarnya. Cabar mereka dengan bertanding. Mereka dipilih secara demokratik, jangan persoal nepotisme,” katanya lagi.

    “Istana Bukit Segambut” dianggap merujuk kepada kem Anwar dalam PKR. Gelaran itu diberikan berdasarkan kedudukan kediaman Anwar di Bukit Segambut, Kuala Lumpur.

    Sementara itu, dalam ucapan sama, Rafizi turut memberi peringatan kepada menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya menghormati suara rakyat dengan ‘bersara’ daripada jawatan itu dengan cara yang baik.

    Beliau turut mengingatkan Khalid supaya tidak mensabotaj rakyat dengan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu.

    ‘Saya nak ingatkan kepada Tan Sri Khalid. Walaupun baki-baki integriti nama baik yang ada itu, sebaik-baiknya uruskanlah peralihan ini dengan menghormati suara rakyat. Jangan berani untuk sabotaj rakyat dengan membubarkan dewan. Saudara perlu bersara dengan baik.

    “Yang sudah itu sudahlah, bersara. Hutang dah habis bayar, bersara dengan baik,” katanya sambil menerima sorakan daripada perwakilan yang hadir

  9. hentam ajelah says:

    ….dah masuk penggal kedua pun masih juga umno yg dibimbangi…..pkr dan pas perlu bimbang cinabeng dlm dan luar parti yg sentiasa ingin menyembelih melayu/islam ….

  10. memang terok says:

    Mendoa keburukan terhadap orang lain memang tidak baik dan dilarang. Tetapi mendoakan PKR untuk kehancuran mereka merupakan sesuatu yang harus. Tak buat tak apa , dibuat tidak apa.

    Ini kerana PKR ialah sejenis pest. Makhlok perosak. makhlok perosak perlu dihapuskan dengan pesticide.

    Sama2 kita mendoakan semoga kongress itu kongress terakhir PKR. Chief pirate mereka akan masok kurungan tak lama lagi dan ini akan memberi last nails to their coffin.

  11. alexo says:

    Memang terok @2.33 PM…
    Hit the nail right on the dot…

  12. Kalau nepotisme, kronisme tak ujud dlm pkr, kenapa minta khalid lepaskan jawatan mb dan ganti pula dgn jijah,hingga pecat khalid sebagai ahli,kalau nak pasti rakyat menolak khalid, sila bubarkan dun, ini kali rakyat pasti menolak pr

  13. Mek esah says:

    Nwar harapkan Pas je….parti serpihan umno…perangai pun sebijik

  14. raplahjingaa says:

    Anwar harapkan PAS ?? ke PAS yang harapkan anwar ?? tanpa anwar apalah PAS….

  15. Mimie says:

    Laa ni deypa dok sibuk buat bisnes..sebab kat selangor banyak projek..Ada RM3b..wan azizah suruh perabih cepat cepat..

  16. yon76er says:

    Mamat Master Flopper Kajang Move….hahaha….baruko tu tau rasa PANAS bila ahli sendiri dah mula rasa MUAK dgn Boss and Family …All in The Family is not NEPOTISME?????..DiPilih secara demokrasi….????Hahahaha..budak2 1998-2000 bolih lah ko nak kelentong…ini dah Tahun 2014……Benanah Telinga kor bila dengar..”ISTANA BUKIT SEGAMBUT”…

    1 lagi…. bagi tau Mak Lampir tuuu..baru jadi MP…jangan kurang Ajar dgn DYMM ..aku ank SELANGOR tau, ada Sultan Berdaulat…..

  17. alimedanbaru says:

    Pas menyerlahkan KEDAYUSANnya
    Presiden Pas diganyang oleh anak pipit parti seperjuangan
    Pas layu membisu, mulut kelu hati gemuruh, dahi berpeluh
    HOI PAS…KELUARLAH!

Leave a Reply