Menu Utama

Kini, Muncullah Segala Macam Pahlawan dan Perwira Bila Mahathir Marahkan Najib!

Melihat kepada reaksi pelbagai selepas Tun Dr. Mahathir meluahkan ketidakpuasan hatinya terhadap kepimpinan dan dasar-dasar Perdana Menteri, Najib Abdul Razak, sekonyong-konyong ramailah yang cepat-cepat memberikan pelbagai jenis ulasan. Ada yang marah menggila dengan Tun Dr. Mahathir seolah-olah Tun Dr. Mahathir itu telah lama memusuhi Najib Abdul Razak dan melakukan pelbagai onar untuk menggulingkan Najib Abdul Razak.

Sehinggakan mereka yang hidup pada zaman pentadbiran Mahathir, hanyalah dalam bentuk kanak-kanak atau remaja yang tidak pernah peduli pun tentang masalah negara melainkan dengan dunia yang tersendiri, tiba-tiba sekarang ini bercakap tentang kewajaran Mahathir menuturkan perasaan tidak puas hatinya kepada Najib.

Barangkali ramai yang terlupa, sama seperti Anwar Ibrahim, Najib Abdul Razak juga merupakan anak didik Tun Dr. Mahathir. Cuma berbeza sedikit dengan Anwar Ibrahim, Najib agak ketinggalan kerana Mahathir terlalu banyak memberi ruang kepada Anwar yang lebih pandai bercakap, lebih pandai mempublisitikan dirinya dan lebih pandai bermain politik adu domba untuk dia mendapatkan apa yang diidamkannya.

Barangkali selepas Mahathir, Najib merupakan Perdana Menteri yang paling banyak difitnah dan ditohmah. Sebelum dia menjadi Perdana Menteri lagi, cerita-cerita sensasi membabitkan Najib Abdul Razak terutama sekali selepas kemenangan Team Wawasan dalam Pemilihan Agung UMNO pada tahun 1993 yang gdiketuai oleh Anwar Ibrahim, pelbagai cerita tentang Najib Abdul Razak sangat mudah diperolehi. Dan meskipun pada ketika itu, tiada sebarang Internet, tetapi bahan bercetak yang merupakan buku, surat layang dan sebagainya, beredar bebas di pasaran.

Kebanyakannya menceritakan tentang skandal dan pelbagai sensasi yang berkisar tentang Najib Abdul Razak. Dan kemuncaknya ialah apabila Najib Abdul Razak menjadi Timbalan Perdana Menteri setelah Anwar Ibrahim gagal mengenepikan Najib setelah berjaya mengenepikan Rahim Thamby Chik dan Muhammad Haji Mohd Taib dalam skandal dan penyelewengan yang sengaja diada-adakan oleh Timbalan Presiden UMNO pada ketika itu.

Anwar menerima akibat daripada perbuatannya apabila dia menerusi skandal yang paling memalukan – penyelewengan dan rasuah kuasa serta meliwat bekas pemandu peribadi isterinya sendiri – telah dipecat dari Kabinet dan diusir keluar dari UMNO. Najib pula terus mendaki kedudukan dan akhirnya menjadi Perdana Menteri Malaysia yang diberikan harapan tinggi oleh rakyat Malaysia, khususnya orang Melayu-Bumiputera untuk memperbaiki semula masalah-masalah yang berlaku sepanjang pentadbiran Abdullah Badawi.

Najib dilabelkan dengan pelbagai tuduhan, ditohmah dengan pelbagai fitnah dan difitnah dengan pelbagai cerita karut, terutama sekali yang membabitkan dua buah kapal selam dan pembunuhan model warganegara Mongolia yang tidak sahaja membabitkan Najib tetapi juga isterinya.

Pada ketika itu, Tun Mahathir langsung tidak membuat teguran kerana menyedari Najib sedang berhadapan dengan masalah tetapi pada masa yang sama, Najib juga tahu bagaimana hendak menyelesaikan masalah tersebut. Namun kebanyakan orang yang sekarang ini begitu beriya-iya sedang membela Najib daripada ‘kemarahan’ Tun Dr. Mahathir, mendiamkan diri, bahkan mereka juga merupakan sebahagian daripada orang yang turut memanjangkan cerita fitnah dan tohmahan yang dipopularkan oleh Anwar Ibrahim dan konco-konconya.

Agak aneh kerana sewaktu Najib diserang beramai-ramai dengan pelbagai cerita tidak masuk akal, kemarahan seperti yang ditunjukkan ketika Tun Mahathir tidak berpuas hati dengan Najib, tidak pula ditunjukkan. Masing-masing menikus dan berpura-pura tidak mendengar. Tidak pula kedengaran mana-mana Ketua Bahagian UMNO mahupun Ketua Pemuda UMNO yang muncul membela Najib. Naib-Naib Presiden mahupun Ahli Majlis Tertinggi pun, semuanya pakat duk nganga.

Tetapi apabila Mahathir menzahirkan kemarahannya, pandai pula mereka melompat!

Apakah sebenarnya Najib hanya dibela apabila Tun Mahathir marah tetapi semua pakat tutup mulut sebab takut kalau benar Najib tumbang, pembelaan ke atas Najib akan membuatkan mereka hilang hak atau dicalonkan dalam pilihanraya?

Ini trend yang sudah berkerak dan basi, tetapi itulah yang kerap berlaku. Sesama sendiri, sanggup menyingsing lengan, mengangkat parang kalau tidak pun meniup asap kemenyan membaca jampi mentera tetapi kalau pihak musuh yang melakukannya, semua pakat berbungkus di dalam kain batik atau menyarung kondom ke kepala masing-masing.






14 Komen to Kini, Muncullah Segala Macam Pahlawan dan Perwira Bila Mahathir Marahkan Najib!

  1. yon76er says:

    Tun M menegur PM sama seperti dia menugur Anak2 dia…apa ada hal, biasalah kitakan orang Melayu….jangan dok melatahlah yang lain…

  2. Keris_Melayu says:

    Zaman TDM berbeza dengan Zaman Najib. Tidak pernah berlaku dalam sejarah satu pakatan perkauman bersatu atas nama demokrasi unutk menjatuhkan BN tapi hakikatnya mereka berjuangan untuk meluaskan hak hak mereka supaya sama @ lebih luas daripada hak – hak pribumi.

  3. Reena Alias says:

    Zaman TDM berbeza dengan Zaman Najib. Tidak pernah berlaku dalam sejarah satu pakatan perkauman bersatu atas nama demokrasi unutk menjatuhkan BN tapi hakikatnya mereka berjuangan untuk meluaskan hak hak mereka supaya sama @ lebih luas daripada hak – hak pribumi

  4. bujuk says:

    Bagi semula kuasa pada tunM… tengok adakah dia boleh lebih kuat dari Najib. Zaman kejatuhan UMNO bermula sebelum TunM turun takhta… dia dah tau siang2 umno akan jatuh. Tapi bila Paklah ganti rakyat bagi kepercayaan penuh pada Paklah.. tunM tak puas hati, dia kata kemenangan terlalu besar parti kerajaan tak baik untuk negara. Korang ingat tak…
    Lepas tu.. umno/bn makin merosot.

  5. raplahjingaa says:

    Zaman TDM, Tun dah pastikan awal-awal lagi virus ni tak merebak….zaman sekarang dah ada highway tanpa tol untuk depa buat apa depa suka.

  6. anakbochek says:

    “Zaman kejatuhan UMNO bermula sebelum TunM turun takhta… ”

    Apa kau merepek ni Bujuk???

  7. bujuk says:

    Lepas dsai d pecat… pru selepas tu umno menang tipis, banyak kerusi umno d kuasai PAS. Orang melayu tak setuju cara tunM aibkan dsai. TunM asalnya nak lantik Najib.. tapi rakyat tak setuju, sebab tu lantik Paklah dengan Syarat. Macam Najib lantik semula Mat Said d t’ganu.

  8. hentam ajelah says:

    Najib buat melayu mcm lembu…..dia layan lembu dgn babi+ ular= satu kandsng….

  9. azmir says:

    bujuk menulis ikut kepala lutut ke??

    Tahun 1999, umno/bn masih kekalkan majoriti 2/3 di parlimen. Pas jadi kepala pembangkang pun masih tak dapat kerusi yang banyak.

    Tahun 2004, umno/bn terus cemerlang, gemilang, terbilang. Penguasaan 2/3 di parlimen terus dikekalkan. Pembangkang tinggal jijah kipas dan beberapa kerat je lagi kat sana. Kelantan hampir2 jatuh kepada BN dengan hanya 3 majoriti kerusi sebelum PAS kalah di Galas dan menyaksikan PAS Kelantan cuma ada satu lebih kerusi untuk membentuk kerajaan negeri.

    Tun Mahathir letak jawatan dalam tahun 2003, adakah dengan kemenangan bergaya BN pada 2004 atas faktor Mahathir dah nampak umno/bn akan jatuh lepas perletakkan jawatannya????

    Lain kali tolong tengok fakta guna mata dan pikir guna kepala otak, bukan kepala lutut wahai bujuk…!!!!!!!!!!

  10. raplahjingaa says:

    hehehe…azmir, bujuk tu hang jangan ambil serious sangat…..macai PAS 360, lebih auta takdak fakta.

  11. azmir says:

    hehe, dah tau pun. Puak bangkai dalam pr bukan ada fakta pun. Ikut skrip al-juburi dan lim guan eng je mereka pandai

  12. omega says:

    Bujuk tak ada sekelumit jasa pun dalam membantu membina negara bangsa.

  13. bujuk says:

    1999 BN dapat 2/3 tapi undi UMNO merosot teruk. Banyak kawasan melayu terlepas pada cina@mca selepas SPR buat persempadanan semula sebelum 2004. Korang bangga ka..? Ini adalah sebab utama BN kalah teruk sekarang kerana kerusi cina berpindah pada DAP/PR dan mca kalah teruk.
    Selain kepercayaan rakyat pada Paklah yg. bantu BN menang bergaya 2004, membuatkan tunM tak senang dan dia sebut sokongan pada parti memerintah terlalu banyak tidak baik untuk k’jaan.
    TunM juga tahu jika dia tak letak jawatan… PRU2004 pencapaian BN akan lebih teruk dari 1999.

  14. shahril81 says:

    hang sembang pa bujuk ooiii….. Tun tk pernah gagal dapat 2/3 so camna statement hang org nk sokong? pi minum susu bg sel otak hg berhubung skit pi…ih…ish

Leave a Reply