Menu Utama

Khalid Samad Ni Badan PAS, Jiwa Anwar, Bila Nak Faham?

khalid_samad

HASUTAN terang-terangan Khalid Samad yang mempersoalkan kuasa mutlak Sultan Selangor untuk menentukan siapa yang layak dilantik menjadi Menteri Besar negeri itu yang baru semalam, membuktikan bahawa dia adalah seekor lagi parasit Anwar yang sengaja diletak dalam PAS.

Luaran memang nampak macam ustaz, tapi hati nuraninya pekat Anwar.  Anwar saja yang nak cari masalah dengan Sultan sebab jangka isterinya tak akan dapat perkenan jadi Menteri Besar.  Dia yang mabuk kuasa, rakyat pulak nak diheret sama berkonfrantasi dengan institusi beraja.

Setaraflah dia ni dengan Kamarudin Jaafar, Saari Sungib, Hasnul Baharudin dan beberapa ekor lagi yang hanya tunggu masa sesuai untuk tunjuk ‘warna sebenar’ (true color).

Percayalah, bila semua parasit ini tunjuk muka yang sebenar, Hadi Awang akan sedar bukan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat saja yang dah dikuasai Anwar, wakil rakyat parti itu yang tak berapa nak ramai pun, Anwar dah kuasai juga.

Ingat ya, di peringkat DUN dan Parlimen, PAS adalah parti paling corot banding dengan PKR dan DAP.

Dahlah paling corot, yang sedia sikit itupun tak tahu berapa ramai jadi barua Anwar, tak sebut barua DAP lagi tu.

Tahun ini sahaja sudah 2 kali PAS terjebak dengan kenyataan anti raja, anti perlembagaan dan anti undang-undang yang dibuat Khalid Samad. Kali pertama bila Khalid persoal MAIS dan JAIS, kali kedua dalam soal perlantikan Menteri Besar ini pulak.  Kedua-duanya PAS bersilat mengelakkan diri, tapi nak elak macam mana, Khalid memang Ahli Parlimen PAS.

Jika Khalid diumpama seperti burung yang terlekat tahi diekornya, maka setiap kali ekor itu berlabuh, setiap kali itu jugalah PAS akan terpalit sama tahinya.

Nak kata kenyataan Khalid sebagai kenyataan peribadi pun tak boleh sebab selaku Ahli Parlimen dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, setiap kenyataan yang dibuat olehnya dalam konteks politik adalah juga kenyataan yang mewakili PAS sebab PAS ialah parti politik.  Kalau Khalid cakap benda-benda yang tak kena mengena dengan politik, itu boleh kata kenyataan peribadi.

Dalam masa yang sama, pihak berkuasa perlu tegas dengan Khalid dan portal berita mana yang siarkan kenyataannya itu.  Nampak sangat, Khalid tak patuh undang-undang negara sebab soal perlantikan Menteri Besar oleh Sultan Selangor ini dah termaktub dalam undang-undang tubuh negeri.

Sehingga dipinda seadanya, semua orang wajib mematuhi undang-undang tersebut.






2 Komen to Khalid Samad Ni Badan PAS, Jiwa Anwar, Bila Nak Faham?

  1. korokstabang says:

    manusia yang tak mengenang jasa dah lah menumpang di selangor berani pulak berak merata halau saja si khalid gereja dari selangor

  2. shimo says:

    Hih…..khalid samad…tahniah bt habibul syeikh tuan guru hj hadi awang sbb dlntik jd timbln ulama dunia…mgkn pmikirn world class mu itu pntg untuk dunia islam…mcm PAS d mlaysia..anta dh xblh cntrol dh.. barua mcm khalid ni cnthnye…slain myuloh pnyu btelor mase jd MB…xbnyok revolusi yg dbt…mgkin iraq lebih mmlukan kpakran hj hadi…sbb sane lebih bnyk pasir….

Leave a Reply

Threesome