Menu Utama

Khalid Mungkin Tipu Tuanku, Tapi Tuanku Belum Tentu Tertipu, Hanya Bertindak Atas Good Faith

Khalid mendakwa beliau mempunyai majoriti untuk kekal sebagai Menteri Besar Selangor. Semalam kami menerbitkan artikel berjudul, Khalid Ibrahim Tipu Tuanku Untuk Kekal MB?, membincangkan kemungkinan Khalid tidak mempunyai jumlah kerusi yang cukup untuk mengakui beliau mempunyai kerusi yang mencukupi.

Namun itu bukan bermakna Khalid berjaya menipu Tuanku Sultan Selangor. Tidak penting Khalid memberi bukti atau tidak kepada Tuanku Sultan.

Kata-kata Khalid sebagai Menteri Besar diterima oleh baginda dalam keadaan prasangka baik atau “in good faith“. Sebagai Raja Berpelembagaan, baginda tidak perlu menyiasat atau mencari bukti sama ada ada Khalid mendapat sokongan majoriti atau tidak selagi tiada aduan sampai kepadanya.

Dalam keadaan semalam, apabila Khalid mengadap baginda memaklumkan beliau dipecat dari PKR tapi masih mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan UNdangan Negeri Selangor, Tuanku menerimanya sebagai satu kepercayaan ke atas seorang Menteri Besar dan penjawat awam.

Penerimaan Tuanku juga kerana tiada satu pihak pun termasuk Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail tampil membawa bukti mereka mempunyai sokongan majoriti ADUN.

Dalam editorial “Bodohnya Anwar Ibrahim, Masalah Tukar MB Pun Tidak Boleh Selesai” penulis dengan jelas menunjukkan Pakatan Rakyat tidak pernah membuktikan bahawa Khalid telah hilang sokongan majoriti ADUN Selangor. Pemecatan dari parti semata-mata tidak mencukupi untuk menunjukkan Khalid telah hilang sokongan majoriti dalam Dewan Negeri Selangor.

Justeru Khalid mungkin menipu Tuanku, namun Tuanku bukan tertipu oleh helah Khalid. Tuanku melihat fakta semasa bahawa PKR, DAP dan Pas tidak pernah membuat aduan atau menghantar surat menyatakan mereka tekah menarik sokongan kepada Khalid dari menjadi Menteri Besar seperti sepatutnya.

Soalnya, adakah Khalid menipu atau tidak bila menyatakan beliau ada sokongan majoriti ADUN?






8 Komen to Khalid Mungkin Tipu Tuanku, Tapi Tuanku Belum Tentu Tertipu, Hanya Bertindak Atas Good Faith

  1. hamba Allah says:

    Another stupid article by MYKMU. Why are you attacking Khalid? Bodoh politik. Ni mesti tarbiyah drpd geng-geng LIFESTYLE dan LIBERAL pemuda UMNO..

  2. semangat dato' haron says:

    Kenapa kuntakinte dh kena tekan ke sampai kena jelaskan blk maksud artikel?

  3. Pak Tho says:

    Bapak borek (anwar) ,anak rintik ( khalid ). Apa nak di hairankan. Dah bapak kaki penipu, anak² buah ikut je. Cherooooi lh pr ni.

  4. jackal47 says:

    nak tanya..Al juburi punya number tu betul gak ker? Ntah2 mcm kes 16 Sept tu dulu gebang jer lebih..tak ke menipu gak namanya tu?

  5. yon76er says:

    Alaaaaaaaahai…ciannya Juak2 PR diSelangor sekarang…..Drama MB kan bersambung dgn episod2 senatron buka pekong kwn2 diPR yg dah tentu cukup POWER bucok nya…….kita tunggu sajalah apa what next…yg kena TENDANG dah kita tahu…Kene REJECT xleh mengadap pon dah kita tahu….Next apa lak yg akan terjadi…..????Maybe ada yg jadi KATAK siKATAK lompat…who knows…!!!!!!!!!!!!

  6. Parpu says:

    Pemilihan parti belum selesai bertelingkah ni berebut jawatan MB pulak bergaduh. Pengarah filem Tamil pon pening mcam cerita dah lari skrip.. Anak masalah rumahtangga,Bapak masalah mahkamah, Emak berebut MB, Anak2 buah berebut jawatan parti, rakan parti saman menyaman, penyokong masing2 tudoh menudoh… itu lah Pakatan Rakyat pilihan No.1 rakyat Selangor..hahaha mampuih!!!

  7. Azre Ghazali says:

    Subhanallah … Inilah kekuasaan Allah swt. Inilah doa yang dimakbulkan.

    Allah swt maha mengetahui .. maha maha kaya .. doa anak Selangor termakbul sudah .. mahu melihat Selangor bebas dari sifat tamak kuasa Nuar. Bebas dari Kroni amalan Nuar yg dia tuduh UMNO buat selama ini.

    Subhanallah .. dengan izin dan rahmatNya .. Allah swt .. menerusi tindakan waras dengan penuh kematangan Baginda Sultan Selangor … Selangor terselamat.

    Dulu , Kini dan selama lamanya DAP menentang institusi Istana ..

    Bukan sahaja PAS .. malah UMNO turut menyaksikan …

    Satu ketika dulu Karpal menghina Sultan Perak (arwah) … dan pada satu ketika dulu .. WUJUD anak Melayu yg turut mencaci institusi Istana tanpa mengetahui betapa besarnya hak-hak istimewa orang Melayu (dibawah 7 wasiat Raja-Raja Melayu) .. yg telah disusun sedemikian rupa demi .. memelihara hak terhadap Tanah Melayu (sebelum penubuhan Malaysia) … DEMI memelihara secara total kepentingan, maruah serta keselamatan anak-anak Melayu.

    KINI … mereka ini diharapkan sedar (yg bersubahat menentang institusi serta PERANAN Istana) .. dan mengambil iktibar .. bahawa tanpa institusi Istana .. Selangor mungkin sudah dirobek oleh kemungkaran .. pengkhianatan … kezaliman … hasad dengki .. serta ketamakan kuasa … seorang individu bernama Anwar Ibrahim. ……. yg JELAS .. dan NYATA .. dipergunapakai @ di KELDAI kan oleh DAP yg sekian lama mempunyai sasaran … menghapuskan hak-hak Istimewa Orang Melayu .. yg telah ditonjolkan secara terus terang .. JELAS menerusi perarakan 13May satu ketika dulu.

    Begitu juga kehinaan terhadap Baginda Sultan Johor … institusi sentiasa menjadi antara sasaran DAP yg bersungguh-sungguh untuk merampas hak kita .. HAK KETUANAN Melayu dibawah PAYUNG Institusi Istana.

    Wujud dikalangan kita orang Melayu yang beranggapan undang-undang tubuh kerajaan Melayu cuma pembaziran .. walhal .. tanpa mereka sedari sebelum wujudnya DiRaja pada PDRM dan ATM … Sultan lah perlindung kepada rakyat melalui panglima-panglima yang taat dan sentiasa setia mempertahankan negeri dari ancaman.

    Ya memang benar, Sultan kita bukan sentiasa sempurna .. sepertimana kita semua .. tidak sesempurna mana. Namun … Allah swt jua lebih mengetahui .. Kuasa berpelembagaan menerima RahmatNya … sebagai Ketua Agama Islam dan Ketua setiap negeri berpelembagaan … menyaksikan buat julung-julung kalinya … Sultan bertindak menyelamatkan negerinya. … Subhanallah.

    TAKBIR ….. Allahuakbar … Allahuakbar … Allahuakbar …. Syukur alhamdullilah ..

    Terima kasih kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Selangor.
    Bersama kita mendoakan kesejahteraan Baginda .. agar Baginda dikurniakan kekuatan dan kematangan sepertimana dizaman Khalifah Al-Rashidin …
    Bersama kita kuatkan ketaatan kita kepada Baginda tanpa berbelah bagi. ….. Allahuakbar .. Allahuakbar …. Allahuakbar.

  8. Azre Ghazali says:

    Jangan sedap cakap .. Sultan di Tipu …. !!!

    Sultan di Malaysia dah cukup faham .. dan tahu sangat perangai segelintir anak Melayu yg sanggup di Keldaikan. oleh golongan cina DAP.

    Sultan dah terima cacian dan dihina oleh DAP … dicabar … dengan sewenang-wenangnya WALHAL …. sebelum penubuhan Malaysia … para Sultan sanggup menerima rakyat asing cina dan india ini atas nasihat para politik awal … Dan benarlah firasat Baginda semua … satu ketika nanti, institusi Istana akan terkubur JIKA tidak termaktub kepentingan istana dalam pelembagaan @ 7 Wasiat Raja-Raja Melayu.

    Now .. KuntaKinte … bersangka (masih bersangka) .. Institusi Istana Tertipu ? atau Istana dah buat silap mata kepada ANWAR IBRAHIM !!!!

    Sultan Johor dah lama faham perangai politician …

    Now Sultan Selangor punya turn pulak. Mengajar semua golongan politik yg TAMAK … KHIANAT … HASAD DENGKI … & ZALIM ……

    Anak-anak Selangor berterima kasih kepada Baginda Sultan. Ketaatan kami bertambah dan kukuh dibelakang Baginda. Semuga Allah swt sentiasa merahmati baginda dan dianugerahkan nilai-nilai kepimpinan Khalifah Al-Rashidin. Daulat Tuanku.

    Ya … pihak Istana bukan sentiasa sempurna … dan kita tidak terkecuali. Bersama kita bersatu hati dan menguatkan Ukhuwah sesame bangsa seagama … memberi peringatan kepada diri kita dan DAP … bahawa “everything got limit”.

    Kepada PAS (yg bukan anak buah Nuar) … dan UMNO … mungkin ini lah pemangkin. Pemangkin yang di doakan oleh rakyat Melayu Malaysia. … berkongsilah .. menerimalah .. kuasa dan kelemahan serta kekuatan masing-masing. Demi Islam yg perlu dipertahankan oleh satu bangsa Majoriti yg menganutinya .. Bangsa Melayu yg terbesar di Malaysia beragama Islam .. Majoriti ini perlu dipelihara .. Ins sha allah … DAP tidak mampu merobek .. dan mengulangi … 13hb May .. dimana kita telah di HINA .. di mana Institusi Istana kita diperlekehkan … walhal (sekali lagi) Pihak Sultan lah yg menganugerahkan (bersetuju) menerima Cina dan India .. sebahagian dari rakyatnya .. Mereka ini bukan bangsa yg bersyukur .. malah sanggup membenamkan senjata kepada KETUANAN KITA … anak Melayu di Tanah air sendiri.

    Takbirrrrr ………. Allahuakhbar … Allahuakhbar … Allahuakhbar ..

    Allahuma .. Ya Allah .. Ya Rahman .. Ya Rahim .. Ya Karim .. Ya Latif … limpahkan lah kepada kami umat Islam hamba Mu .. sepertimana Engkau limpahkan kepada hamba hamba Mu yang beriman. Peliharakan lah kami dari golongan yang enkar kepada Mu .. yg penuh hasad dengki .. zalim .. serta khianat. Peliharakan lah negeri kami dari DAP yg mahu menghancurkan hak-hak kami umat Islam di Malaysia.

    Amin Ya Rab.

Leave a Reply

Threesome