Menu Utama

Khalid Kekal: “Killing Two Birds With One Stone”?

khalid kekal mb selangor

Keputusan mesyuarat Majlis Syura PAS memutuskan bahawa mereka menyokong untuk mengekalkan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar, tetapi pada masa yang sama mahu kekal di dalam Pakatan sememangnya mengundang kekeliruan di kalangan ahli mereka sendiri.

Segelintir pula menganggap apa yang diputuskan adalah bersifat “playsafe”, dan tidaklah salah untuk beranggapan sedemikian. Mungkin ramai juga yang skeptikal terhadap kemampuan PAS dalam memutuskan apa yang terbaik untuk rakyat, sedang selama ini PAS sendiri gagal memutuskan apa yang terbaik untuk diperjuangkan.

Gelora yang bakal melanda kepimpinan PAS ialah, apakah PAS mampu untuk berdiri menobatkan diri sebagai mulia berparti dan enggan mengikut telunjuk Anwar Ibrahim, si Ketua Umum (KETUM) yang telah berkali-kali menggunakan kelemahan dan ketidakmampuan berfikir PAS? Demi rakyat, PAS harus segera memahami laungan itu sejajar dengan keanggotaannya di dalam Pakatan Rakyat, pertubuhan tidak berdaftar yang berstatus haram itu.

Dengan sistem “first past the post”, pemegang majoriti Dewan Undangan Negeri berhak untuk membawa usul kepada Tuanku Sultan Selangor untuk perkenan Tuanku dalam pemilihan menteri besar. Oleh yang demikian, mahu tidak mahu, dengan jumlah 15 kerusi, PAS bakal menghadapi ujian samada mahu mempertahankan Khalid Ibrahim, atau menurut sahaja selera Anwar Ibrahim.

Mampukah PAS mengekalkan hujah seperti yang telah diputuskan oleh Majlis Syura mereka?

Anwar Ibrahim telah nekad, bahawa dialah yang paling layak menentukan siapa Menteri Besar Selangor. PAS pula mahukan Khalid Ibrahim dikekalkan. Tidakkah itu bertentangan dengan citarasa dan selera Anwar Ibrahim?

Bagaimana PAS mampu untuk terus bersama Pakatan, sedangkan kemahuan Anwar Ibrahim tidak dituruti?

Apa yang tersirat ialah kemahuan PAS untuk mempertahankan Khalid, namun pada masa yang sama, PAS tersepit dengan “perjanjian” atau konsensus yang sebenarnya tidak menguntungkan parti itu.

Atau, apakah Majlis Syura PAS cuba memberi signal kepada rakan sekutu mereka bahawa untuk memenuhi nafsu buas Anwar Ibrahim, PAS harus disingkirkan dari Pakatan Rakyat.

Dengan itu, PAS akan gembira kerana mereka tidak mengkhianati “perjanjian”, kerana mereka disingkirkan, bukan keluar dari Pakatan. Dengan bahasa mudah, PAS tidak memungkiri janji. Dan selera nafsu buas Anwar Ibrahim pula akan dapat dibendung. Bonus, PAS bakal keluar dari lembah penghinaan sejak 2008 yang terbukti cukup sukar dan licin untuk didaki kerana “lendir-lendir politik” yang direnjiskan bertalu-talu oleh sekutunya.

Apapun senarionya, kita tunggu apa keputusan Mesyuarat Pimpinan PAS Pusat pada 10 Ogos 2014 di Taman Melewar, Gombak.

Jangkaan anda?






8 Komen to Khalid Kekal: “Killing Two Birds With One Stone”?

  1. Baba says:

    Jangkaan saya pas akan tunduk kpd anwar.

  2. semangat dato' haron says:

    Say NO to fuckatan…

  3. raplahjingaa says:

    PAS tak kan keluar dari pakatan dan akan bertolak ansur dengan kemahuan anwar…..itu lah pengakhirannya di Selangor, mana mungkin PAS akan kianati anwar, peliwat yang menyalurkan ratusan juta ringgit pada PAS untuk kempen PRU 12 / 13 yang lepas. PAS akan di ” paksa ” untuk mengenang budi anwar pada depa. DAP dah bagi warning akan dedahkan segala salah laku PAS jika PAS mahu keluar dari pakatan pembangkang, so alang-alang biatlah PAS buat drama sikit….sebelum tunduk akur macam selalu-selalu.

  4. AlJuburi says:

    Semoga Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang terselamat dari segala macam fitnah yg sedang melanda Pakatan Ahzab pimpinan As Sheikh KETUM Anu War Berahi Al Juburi, yg lain lain wajarlah mereka tenggelam dengan dosa mereka menjadikan Ketum sebagai sekutu mereka … amin

  5. WTF says:

    PAS tengah tunggu OFFER lagi menarik dari Anwar Ibrahim!!!

    Tak lama lagi, PAS akan tunduk pada PKR!!!

    TAKE BEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEER!!!

  6. MemangTerok says:

    Semua prancangan Anwar Ibrahim berakhir dengan masok kelongkang. Sebab itu semua yang mengenali Anwar tak begitu pelik dengan caranya yang lebih sudu dari kuah dan petir berdentam dentum tapi hujan tak jadi.

    Anwar hidup dengan cara keras kepala orang arab dan mengamal politik cara orang arab jugak. Kalau jepun, korea, britian mahupun USA cara mereka ternyata lain. Mereka tidak sekeras arab kerana lazim nya mereka akan berundur sebelum contraversi mengenai mereka memenohi media.

    Nuri al maliki sudah kalah PR di Iraq tetapi masih mengharapkan habuan tanpa terus keluar dari parlimen Iraq. Maliki gunakan berbagai cara, meletakkan berbagai syarat buat dia undur diri sedangkan memang dia sudah tewas dan tidak lagi dipilih. Cara yang buat kita fikir negara iraq itu mak bapak dia punya.

    Sama saperti Anwar ingat Malaysia ini datok nenek dia punya.

  7. wan jijos says:

    Spt biasa PAS buat-buat garang, pastu ikut telunjuk. Berdrama puak2 ni mmg hebat

  8. dagang says:

    Dalam pertandingan drama ini cuma dua sahaja ambil bahagian yangmana pelakun utamanya ialah Khalid dan Kak Wan. Yang lain2 tu hanyalah nasi tambah sahaja. Khalid mempertahankan gelaran juaranya dan Kak Wan mencabar untuk merampas gelaran itu.

    Tempoh undian penonton belum pasti lagi dan bermacam2 dendangan dan lakunan pihak bertanding tunjukkan nyata menyukarkan para juri untuk memutuskan siapa yang layak.

    Entahlah . Tunggu dan lihat sahaja penyudahan drama ini dan “kita lihat siapa yang menang”…….

Leave a Reply

Threesome