Menu Utama

Khalid Ibrahim Pertimbang Bubar Dewan Undangan Negeri Selangor

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak menolak kemungkinan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai langkah menyelesaikan krisis kepimpinan yang melanda negeri itu.

Bagaimanapun, beliau berkata segala keputusan akan diambil setelah beliau mendapat nasihat dan perkenan Sultan Selangor.

“Itu (semua keputusan termasuk bubar DUN) perlu dibincangkan dengan Sultan terlebih dahulu,” katanya kepada pemberita di majlis tahlil dan doa selamat sempena ulang tahun ke-50 Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Masjid Negeri di Shah Alam malam ini.

Abdul Khalid enggan mengulas ketika ditanya sama ada beliau berbincang dengan empat anggota exco kerajaan negeri daripada PAS untuk membubarkan DUN pada November ini.

Semalam, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendakwa mendapat sokongan majoriti 30 Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Rakyat termasuk dirinya dan dua Adun PAS iaitu Saari Sungib (Hulu Klang) dan Hasnul Baharuddin (Morib), untuk dilantik sebagai menteri besar yang baru.

Dr Wan Azizah, yang juga ADUN Kajang, mendakwa 30 Adun termasuk Saari dan Hasnul menyatakan hilang kepercayaan terhadap Abdul Khalid sebagai menteri besar.

Kedudukan terkini DUN Selangor yang memiliki 56 kerusi ialah PAS dan DAP masing-masing memiliki 15 kerusi, PKR (13), BN (12) dan Bebas (1).

– Bernama






11 Komen to Khalid Ibrahim Pertimbang Bubar Dewan Undangan Negeri Selangor

  1. Pak Tho says:

    Bubar jangan tak bubar. Nak tengok pakatan rakyat akan jadi pakatan KOYAK.Biar rakyat Selangor buat pilihan. Setakat 50 juta kos pilihanraya adalah kecil jika mahu dibandingkan dengan rezab kampir 2.5 b yang bakal dirampok dari rakyat.

  2. kulaan says:

    Itulah jalan sebaikny. Namun percayalah…akan ada masalah pembahagian kerusi PR pulak….

  3. reds says:

    sebelom kasi bubar….kasi keluar dulu skandal pr di selangor……kasitunjuk sket rupa diorang kat rakyat selngor…..

  4. kulaan says:

    Kepada Bang Nuar dan geng, korang selama ini pandang rendah terhadap Khalid Ibrahim. Jika lihat sejarah pengalan beliau, beliau bekerja dengan siapa sebelum ini> http://www.jomjalan.com.my/blog/2013/04/06/dawn-raid-guthrie-1981. Tak hairan lah beliau berjaya mengkucar-kacirkan seteru politiknya dalam jangka masa agak lama di Selangor.

  5. Rohee colnago says:

    Jangan cakap aje…. Buat la. Pastu kita tengok apa yang orang Selangor buat. Buat bodo atau buat pandai.
    Anuwar x kan buat cmni pada yang kuat….waras.

  6. Baba says:

    Biar saja Tuanku yg buat keputusan.

  7. alimedanbaru says:

    Lawan tetap lawan
    ALLAH menentukan segalanya
    BN kena ambil peluang ini
    seburuk dan tak sempurnanya UMNO
    TIDAKLAH SEKEJI DAN SEBUSUK MAINAN POLITIK PKR DAN DAP
    insyaALLAH kebenaran kembali ketempatnya….

  8. korokstabang says:

    bila mau abis daa rakyat selangor tak bosan dan meluat kaa

  9. adi says:

    Itu yang rakyat selangor mahukan pemimpin yang bukan pemimpin tapi penyamun berlesen. Walau apa pun terima aje la mb boneka. Pentadbiran kerajaan selangor akan datang dari salah satu tiga sungai.

  10. sireh ke gagang says:

    TSKI bubarkan dun selangor lepas dapat mandat dari DYMM Tuanku sultan . Biarkan baginda sendiri buat penilaian mendalam dalam isu ini. lepas itu kita tengok , mana duduk pakatan haram bila dun daha bubar dan org selangor kena mengundi sekali lagi.

    polis ,imigresen, spr sepakat berjaga depan pintu2 pusat pengudi. mana2 muka sepet , tahan dulu , suruh dia nyanyi negaraku kalau nak masuk mengundi. kalau boleh , suruh dia nyanyi lagu negeri selangor sekali .kerusi DAP menang tu , harus dipersoalkan kemenangannya .di semenanjung ini , secara am nya , semua negeri majoriti penduduk adalah bangsa melayu. mana mungkin undi cina sangat kuat , boleh menolak kuasa undi majoriti melayu dalam negeri melayu seperti selangor ! semacam ada permainan kotor yg halus pada PRU13 lepas. dengan tiba2 , pengundi2 cina boleh bertambah secara mendadak . bila masa anak2 cina ini beranak dan membesar seterusnya layak mengundi ? itu 1 persoalan yang harus terjawab andaikata selangor akan menghadapi PRN kali ini.

  11. alimedanbaru says:

    kalau bubar
    sahlah
    dalam lain perkataan
    baik Pas atau PKR apalagi DAP
    ‘beta tak berkenan’

Leave a Reply