Menu Utama

Khalid Ibrahim Calon MB BN Jika DUN Selangor Bubar?

Tan Sri Khalid Ibrahim bakal menjadi calon Menteri Besar Barisan Nasional jika Dewan Negeri Selangor dibubarkan oleh Tuanku Sultan Selangor.

Najib&Khalid-Buka PuasaSumber dalaman Barisan Nasional memberitahu bahawa pucuk pimpinan parti sedang mempertimbangkan secara serius Khalid sebagai calon Menteri Besar berikutan kajian yang menunjukkan kaum Cina lebih selesa dengan pentadbiran Khalid Ibrahim yang tidak begitu bersifat Melayu dan Islamik.

Khalid setakat ini dilihat positif terhadap cadangan tersebut namun ingin melihat terlebih dahulu sama ada DUN akan dibuabarkan atau tidak.

Di sebalik tindakan-tindakan membakar jambatan dengan PKR, Khalid dilihat masih bermain tarik tali dalam isu ini. Ini menjadikan senario politik Selangor beberapa minggu ini akan berada dalam keadaan sangat tegang dan kontroversi.

Bagaimanapun, sumber dalaman juga menyatakan perbincangan sulit ini membabitkan kepimpinan tertinggi BN Pusat tanpa kehadiran atau pengetahuan BN Selangor.

Pencalonan Khalid sungguhpun mungkin menjejaskan maruah BN Selangor terutamanya UMNO Selangor, namun ia merupakan jalan terbaik pada masa ini untuk merampas semula Selangor.

Semalam kami melaporkan kemungkinan Tuanku Sultan Selangor membubarkan Dewan Undangan Negeri Selangor sekiranya krisis politik negeri tersebut gagal diselesaikan sehingga hujung minggu ini.

Menteri Besar ‘dalam buangan’, Tan Sri Khalid Ibrahim dijangka menghadap Sultan petang ini bagi memaklumkan bahawa beliau telah hilang sokongan majoriti berikutan tindakan Pas menukar sokongan kepada Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun krisis ini dijangka berlarutan kerana calon tunggal Pakatan Rakyat dari PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail tidak mempunyai 30 akuan bersumpah (SD) dari ADUN yang menyokong beliau seperti mana yang beliau dakwa sebelum ini.

Selain itu, kemungkinan bubar juga boleh berlaku jika Tuanku tidak berpuas hati dengan calon yang dikemukakan kepada baginda.






25 Komen to Khalid Ibrahim Calon MB BN Jika DUN Selangor Bubar?

  1. syaa says:

    lawan tetap lawan.mudah mudahan khalid dpat tumbangkan kejahatan anwar dan kunco kunconya.

  2. Baba says:

    Ramai pengundi pakatan akan sokong bn kali ni,hahaha

  3. bujuk says:

    Ambik KI jd calon PRN ok lagi. Tapi jd MB….. parah sangat. Sebab sebelum ni umno cakap macam2 pd KI.

  4. raplahjingaa says:

    Cina selesa dengan pentadbiran khalid yang tak begitu bersifat Islamik dan Melayu ?? persetankan pengundi cina !! kenapa nak ambil pendangan cina yang bersifat menolak Islam dan Melayu ??

    Secara peribadi aku tak kesah UMNO nak ambil khalid sebagai calun, tapi kenapa sifat ” tidak begitu Islam dan Melayu yang diambil kira ?? kenapa UMNO nak jadi macam pakatan pembangkang yang menolak dua unsur core Islam dan Melayu dalam pentadbiran ?

    UMNO harus perkasakan orang melayu dan agama Islam…..tapi tanpa meminggirkan kaum lain yang kafir, itu terasnya….bukan memperkasakan kaum lain yang kafir dan buat bodoh pada orang Melayu.

  5. Madu 3 says:

    UMNO Selangor tido memanjang, camne nak menang undi?
    Mula-mula Khalid pecah belahkan PR, memang bagus.
    Join BN, Jadi MB… rosak pulak UMNO. Dalam UMNO pun ramai tamak haloba dan gila kuasa. Pastu gaduh. Ahli akar umbi UMNO fed-up, join PAS.
    Tak payah bagi ke Khalid. Tak kan xde orang UMNO yang elok perangai untuk di jadikan calon?
    Kalau nak sokongan orang cina, MCA kena buat kerja.

  6. sireh ke gagang says:

    Telah aku katakan kelmarin , DUN selangor harus dibubarkan . dan rakyat selangor suka atau tak suka , kena turun buang masa pergi mengundi lagi . Persoalan utama sekarang adalah sikap berdegil Anwar untuk terus mencalonkan bini sendiri sebagai MB .sekaligus mencabar kuasa pemerintahan DYMM sultan Sharifuddin . Jalan terbaiknya , Tunku menolak semua calon2 tak berkelayakan yg dikemukakan anwar , lalu membubarkan dun selangor.

    Berkaitan BN pusat menimbangkan khalid sebagai MB , itu cuma cadangan awal .belum terbukti lagi khalid itu pilihan utama andaikata BN berjaya merampas selangor. selagi MT ,TPM atau PM sendiri yang buka mulut , khabar itu masih bersifat spekulasi. jadi kita tak payah termakan berita spekulasi. selangor negeri melayu , salah 1 negeri2 melayu bersekutu , jadi undi cina tidak perlu diambil kira sangat .undi dan suara melayu itu wajar UMNO pentingkan dahulu .

  7. sireh ke gagang says:

    yang belum buka mulut* (ralat)

  8. Mamak Online says:

    Yang berkuasa kehilangan kuasa akibat tiada kesepakatan didalam tadbir urus pakatan sendiri.

    Mau tak lari, takpe kita tunggu petang ni tengok apa jawapan Tan Sri Khalid Ibrahim lepas jumpa sultan nanti…

  9. mzma says:

    Saya sokong… TSKI jadi MB sampai habis penggalnya & bubar sama dengan kerajaan persekutuan pada PRU14….

  10. yon76er says:

    bujuk@AHJ..kini pon PR@PKR siap buat RoadShow lagi memburukkan kawan lama dia tuu….Nama pon Pembangkang diSelangor , xkan BN Selangor nak setuju dgn PR masa tuu….TSKI pon xkurang juga menbelasah BN masa dlm PKR dulu…tapi itu semua POLITIK……klu xtau nak berpolitik bujuk@AHJ ..dok diam2 aje ok…

  11. yon76er says:

    “Sumber dalaman Barisan Nasional memberitahu bahawa pucuk pimpinan parti sedang mempertimbangkan secara serius Khalid sebagai calon Menteri Besar berikutan kajian yang menunjukkan kaum Cina lebih selesa dengan pentadbiran Khalid Ibrahim yang tidak begitu bersifat Melayu dan Islamik.”

    Statemen macam inilah yg memecah belahkan undi org MELAYU……tolong perbetulkan

  12. hasnul rahman says:

    Elok sangat ler kalau boleh jadi sebegitu.
    Nak harapkan UMNO Selangor pun tak jadi. Dah dua kali didicuba tapi masih gagal, malah pada PRU 13 semakin teruk.
    Lupakan mereka buat sementara. Tapi ahli akar umni jangan pulak diketepikan.
    Yg harus dilupakan buat sementara hanya barisam kepimpinan UMNO Selangor yg tak berkebolehan.
    Terimalah hakikat yg kalian telah pernah diberi tanggungjawab.
    Hasilnya? Jawab ler sendiri.
    Jangan marahhhhhhhhhhhh!

  13. alimedanbaru says:

    khalid tak perlu jadi mb
    memadai jadi penyokong BN
    dan pasti ada tugas khas dia kalau BN menang
    percayalah rakyt Selangor dan bosan dengan cara anwar berpolitik
    malah tak yakin langsung wan zizah untuk jadi mb
    sekiranya Pas perang besar dgn PKR dan DAP
    lagi cerah BN dan UMNO nak menang
    PAS DAN UMNO KENALAH BUAT KERAJAAN PERPADUAN
    SEKATIL TAPI TAK SEBANTAL…OK LAH TU

  14. mooo says:

    Dulu dalam blog ni jugak lah yg dok gelar ‘si gagap’..skg umno beriya2 sokong TSKI…

  15. raplahjingaa says:

    Gagap tetap gagap moooo….tapi gagap dia punya pasal puak-puak pakatan tak tidur lena.

    Alaaaa mooo…dulu nik ajis kata anwar lebih teruk dari syaitan…dan dulu jugak anwar kata nik ajis ulamak terompah…..la niiii…?? hehehe..

  16. dkds says:

    Tindakan pakatan memang amat zalim…hehehee

  17. Pak Tho says:

    Kalau KI tubuh parti sendiri, kompom pokcik ikut.

  18. WTF says:

    Mooh… Khalid Ibrahim masih GAGAP lagi!!

    Sekejap TERGAGAP2 kata majoriti sokong dia, kejap TERGAGAP2 kata takde org sokong dia!!!

    Dan GAGAP si Khalid Ibrahim boleh dibuat sambil TIDOQ!!!

    Tapi seGAGAP GAGAP Khalid Ibrahim, dia pandai pekenakan Anwar Ibrahim and family!!!

    WAKAKAKAKAKAKAKAKA!!!!

  19. Lebah says:

    Benar, pengundi Melayu Islam kita mahukan yang lebih Islamik, dan mempunyai sejarah Politik yang bersih dan serta berpegang dengan Aqidah Ahlussunnah Wal Jamaa’ah

  20. memang terok says:

    Tidak ada musuh kekal dalam politik demikian tidak ada kawan kekal dalam politik. Ungkapan ini sudah diaplikasi sejak zaman dulu lagi. Kita tidak lihat kemungkinan Khalid Ibrahim menyertai BN melalui Umno itu sesuatu yang terlalu janggal. Ini memandangkan Khalid tidak berparti buat masa ini. Kita rasa Khalid suka dan UMNo juga tak kesah . Soal Khalid pernah hentam UMNo macam2, itu soal biasa kerana semua orang politik tak henti menghentam lawan, memfitnah lawan serta memuji diri.

    Kita pernah dengar banyak tahun dulu seorang makhlok mengandaikan Umno ibarat tong najis yang perlu dibersihkan. Untuk membersih kena lakukan dari luar tak boleh masok kedalam kerana dengan masok kedalam tong, badan akan terpalit najis lalu jadi kotor. Tak berapa lama selepas itu makhlok yang sama masok UMno lantas memanjat tangga protokol dengan memintas ramai senior untuk duduk kukuh sebagai orang nombor 2 parti.
    Malangnya panas tidak sampai kepetang kerana tiba tengah hari hujan turun lebat. Dia lalu tinggal kan parti melalui pemecatan bukan rela hati.

    Ini lah politik……Khalid dialu2kan dan bukan mustahil untuk dia join Umno. Dia tak akan rujuk PKR, dia jugak nampak macam tak minat masok PAS. DAP bukan juga pilihan. Bagi menerus kesinambungan dia tidak bolih jadi Adun bebas . Kecuali kalau dia pilih untuk bersara terus lain cerita. Tapi kita tak rasa macam itu kerana Khalid pasti mengira several more good years in him, utuk diambil kesempatan.

  21. korokstabang says:

    apa pun kasi bubar dun dulu lah lain2 hal itu belakang kira

  22. arhi says:

    Kebanyakan org China bukan boleh percaya lagi,mereka lebih berminat sokong PR kerna PR telah berjanji nak bagi apa yg mereka perjuangkan spt kedudukah dan hak istimewa orng2 Melayu dan kedudukan agama Islam.Sekarang orang Melayu perlu sedar akan hakikat ini. Jangan kerna terlalu marah kpd sesetengah pemimpin Kerajaan yg bebal sanggup pula anda mencampakkan diri agama dan bangsa ke jalan yg sudah nyata membawa kepada kehancuran

  23. bujuk says:

    Bubar DUN tu susah sikit.. kecuali Anwar berkeras nak Azizah jadi MB jugak. Sebabnya TSKI mohon letak jawatan dan bukan mohon bubar DUN. Apapun kuasa pada sultan…

  24. sha's says:

    Suruh cik jijah ni settlekan masalah kat Kajang dulu…..
    Janji masalah parking dann kesesakan kat Kajang akan selesai kalau jadi wakil rakyat tapi sampai sekarang pun masih takde perubahan…….

  25. orang ulu says:

    Jijah Kajang itu kat Ulu Langat kalau tak tau . . Masaalah kesesakan dan sampah belum settle lagi . . jangan nak melangkah ke SHAH ALAM pulak . . . Ingat ingat sikit Kajang yang kau langkah. . . Tengok sikit kebawah bila melangkah. . . longkangnya banyak dah jadi tempat pembiakan nyamok aedes. . . nanti jadi Kandang Kerbau.

Leave a Reply

Threesome