Menu Utama

Khalid Diarah Tutup Mulut Sehingga Tuanku Pulang

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Sultan Selangor telah menasihatkan beliau supaya tidak membuat sebarang kenyataan sehingga baginda pulang pada 27 Ogos.

“Saya telah berkomunikasi dengan DYMM Sultan Selangor berhubung perkembangan terbaharu politik di negeri ini termasuk sentimen di kalangan Ahli-ahli Dewan Negeri Selangor.

“DYMM Tuanku Sultan telah menitahkan yang baginda berpuashati bahawa saya mempunyai sokongan majoriti Ahli Dewan pada ketika saya menyembah taklimat pada Isnin, 11 Ogos 2014,” kata Khalid dalam satu kenyataan malam ini.

Seterusnya, kata beliau, baginda telah menitahkan beliau supaya tidak membuat sebarang keputusan atau pengumuman berkenaan jawatan menteri besar sehingga baginda kembali pada 27 Ogos ini untuk beliau menghadap baginda.

Sehubungan itu, Khalid menasihatkan kepada pihak-pihak yang berkenaan yang mendakwa beliau telah mengelirukan baginda Sultan supaya menulis terus kepada baginda untuk mendapatkan penjelasan. – Malaysiakini.com






8 Komen to Khalid Diarah Tutup Mulut Sehingga Tuanku Pulang

  1. Pak Tho says:

    Apa pun tabik sprig ngan khalid ibr,
    Bukan gagak sebarang gagak,
    Gagak berasal dari narathiwat,
    Bukan gagap sebarang gagap,
    Tangkap lopong si peliwat.

  2. Baba says:

    Tutup mulut saja led, biar anwar dan jijah dok menyalak. Tunggu saja keputusan tuanku.

  3. dkds says:

    Eloklah…makin banyak kenyataan dr khalid menyukarkan keadaan.

  4. korokstabang says:

    biarkan anwar dan dap melalak gila meraban lagi lama lagi bagus

  5. memang terok says:

    Bagi mereka berniat untuk tendang Khalid Ibrahim keluar bukan sesuatu yang terlalu pelik. Mereka telah pun berikan 1001 sebab kenapa Khalid perlu turun dari tahta MB yang dia duduk bagi penggal ke2.

    Yang pelik ialah kenapa pulak president PKR yang dicalunkan mengganti Khalid. Bukan kerana dia seorang perempuan tetapi kerana dia seorang bini. Ini kejadian pelik tapi tak pelik. Seorang laki bermatian dalam memastikan bini dapat jawatan.

    Anda bayangkan jika Tan Sri Muhyuddin Yassin bermatian melantik isterinya Noraini menggantikan Khalid Nordin jadi MB Johor. Tentunya mereka ini tembak bukan setakat pakai senapang tapi pakai meriam.

    Prerogative Sultan tak payah fikir ke? Atau mereka memang ada cara untuk memaksa Sultan untuk bersetuju. ? Style 16 September ? Berjaya ke?

    Bodoh campur bengap campur gila dan tak sedar diri.

  6. raplahjingaa says:

    Elok sangat la tu…….lagi Khalid bercakap, lagi anwar meroyan lagi serabut jadinya Selangor. Depa ni semua kena belajar dari UMNO Selangor……..berdiam diri. hehehe…..

  7. Anak_Nogori says:

    Dr Maza pula minta Anwar Ibrahim dan Khalid Ibrahim bersara lah dari politik.

    Asri nasihat Anwar atau Khalid bersara politik?
    MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
    15 Ogos 2014

    SHAH ALAM – Pensyarah Pengajian Islam Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Madya Dr Asri Zainul Abidin menasihati seorang ‘ahli politik’ daripada pembangkang agar bersara daripada persada politik.

    Asri berkata, suasana kelam-kabut serta kucar-kacir yang berlaku di negeri Selangor sekarang berpunca daripadanya kerana ahli politik tersebut dilihat hanya mementingkan kehendaknya sahaja.

    “Demi kehendak seseorang, satu negeri jadi kelam-kabut dan hiruk-pikuk.. cukuplah.. berehatlah daripada politik,” tulisnya di laman sosial Facebook miliknya.

    Tulisan Asri ini berkemungkinan merujuk kepada orang kuat daripada PKR, yang merencanakan pertukaran jawatan menteri besar Selangor.

    Namun, rencana tersebut terhenti di tengah jalan sehingga menyebabkan suasana politik di negeri Selangor kini menjadi kelam-kabut.

    Namun oleh kerana Asri tidak menyatakan dengan jelas individu yang dimaksudkan, pengikut beliau tertanya-tanya sama ada beliau menujukan kenyataan itu kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim atau Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

    Perkembangan terbaru politik di Selangor menyaksikan Abdul Khalid Ibrahim masih memegang jawatan sebagai menteri besar, namun nasibnya mungkin diputuskan pada 17 Ogos ini menerusi hasil mesyuarat Pas Pusat.

    Kata putus daripada Pas itu nanti, berkemungkinan menyaksikan sedikit sebanyak perubahan yang akan berlaku di Selangor.

    Sama-sama kita nantikan!

  8. alimedanbaru says:

    Memang Sultan tak boleh campur hal politik
    tetapi Sultan berkuasa melantik MB
    SELANGOR BUKAN CALANG-CALANG NEGERI
    nak lantik CEO Selangor bukan calang-calang manusia
    Wan Azizah TERBUKTI, terbukti tidak dapat mentadbir parti PKR ..LAYAK KE
    Wan Azizah TERBUKTI, terbukti tak dapat control suami…. LAYAK KE
    Wan Azizah TERBUKTI, terbukti tidak upaya satukan Nurul dan suaminya…LAYAK KE
    Wan Azizah TERBUKTI, terbukti bukan isteri mithali… menyokong maksiat suami
    Apa yg WanAzizah boleh nasihatkan Sultan
    Wan Azizah hanya berupaya menyampaikan apa yg Anuar kata dan Apa yang DAP kata kepada Sultan Selangor
    Boleh ke???
    rakyat SELANGOR… LU FIKIRLAH SENDIRI!!

Leave a Reply

Threesome