Menu Utama

Khalid Beri Tempoh Hingga Tengah Malam, Bakal Rombak EXCO Selangor Esok?

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dijangka merombak barisan EXCO Kerajaan Negeri Selangor esok pagi, sebelum DYMM Tuanku Sultan berangkat ke luar negara, bagi membolehkan kerajaan negeri berfungsi seperti sedia ada.

Khalid dijangka akan mengumum rombakan EXCO dengan hanya mengekalkan empat orang EXCO dari Pas. Bagaimanapun mana-mana EXCO yang mengumumkan keluar PKR atau DAP malam ini akan dikekalkan dalam rombakan yang bakal berlaku esok.

Bagaimanapun Khalid tidak akan melantik Exco baharu buat masa ini dan akan mengarahkan EXCO yang dikekalkan dan akan memangku potfolio EXCO-EXCO yang digugurkan.

Dalam undang-undang tubuh kerajaan negeri Artikel 52.2B, Khalid perlu mempunyai minimum empat orang EXCO bagi membolehkan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri berfungsi.

Khalid yang disokong ADUN Barisan Nasional dan Pas (buat masa sekarang), setakat ini tiada pilihan kecuali menggugurkan barisan exco sedia ada jika mahu kerajaan negeri terus berjalan lancar.

Jika Khalid tidak melakukan rombakan EXCO, Kerajaan Negeri tidak akan dapat melaksanakan tugas mereka kerana Khalid hanya mempunyai empat EXCO bersama beliau berbanding enam dari PKR dan DAP. Ini bermakna sekiranya diteruskan, semua keputusan Khalid akan dihalang oleh mesyuarat EXCO.

Justeru, Khalid tiada pilihan kecuali melakukan rombakan EXCO segera jika mahu kerajaannya mempunyai sedikit kestabilan sebelum Pas membuat keputusan muktamad 17 Ogos nanti untuk berpihak kepada siapa.

Khalid dijangka menghadap Tuanku Sultan Selangor sebelum baginda berangkat ke luar negara esok.

Berikut senarai EXCO Selangor mengikut parti:

DAP
1. TENG CHANG KHIM (PENGERUSI JAWATANKUASA TETAP KERAJAAN TEMPATAN, KAJIAN & PENYELIDIKAN),
2. EAN YONG HIAN WAH, PENGERUSI JAWATANKUASA TETAP PELABURAN, PERINDUSTRIAN & PERDAGANGAN, PEMBANGUNAN KAMPUNG BAHARU, PEMUTIHAN KILANG HARAM

PKR
1. RODZIAH BINTI ISMAIL, PENGERUSI JAWATANKUASA TETAP KEBAJIKAN DAN HAL EHWAL WANITA
2. WONG KEAT PING @ ELIZABETH WONG, PENGERUSI JAWATANKUASA TETAP PELANCONGAN, HAL EHWAL PENGGUNA DAN ALAM SEKITAR
3. DR. DAROYAH BINTI ALWI, PENGERUSI JAWATANKUASA TETAP KESIHATAN, PEMBANGUNAN USAHAWAN, SAINS, TEKNOLOGI & INOVASI
4. GANABATIRAU A/L VERAMAN, PENGERUSI JAWATANKUASA TETAP PEKERJA LADANG, KEMISKINAN DAN KERAJAAN PRIHATIN

PAS
1. ISKANDAR BIN ABDUL SAMAD, (PENGERUSI JAWATANKUASA TETAP PERUMAHAN, PENGURUSAN BANGUNAN & PENEROKA BANDAR)
2. DR. AHMAD YUNUS BIN HAIRI (PENGERUSI JAWATANKUASA TETAP BELIA & SUKAN, INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN AWAM)
3. DR. HALIMAH BINTI ALI, (PENGERUSI JAWATANKUASA TETAP PENDIDIKAN & PENDIDIKAN TINGGI, PEMBANGUNAN MODAL INSAN)
4. SALLEHEN BIN MUKHYI (PENGERUSI JAWATANKUASA TETAP HAL EHWAL ISLAM, PERMODENAN PERTANIAN, PEMBANGUNAN DESA)

Sementara itu di media sosial sudah tersebar poster barisan EXCO Khalid Ibrahim yang baharu merangkumi Pas dan UMNO. Bagaimanapun barisan bayangan ini tiada asas sebenar dan berkemungkinan dibuat oleh ahli-ahli politik yang mahu menonjolkan diri dalam percaturan terbaru politik Selangor.

exco-bayang



« (Previous News)



2 Komen to Khalid Beri Tempoh Hingga Tengah Malam, Bakal Rombak EXCO Selangor Esok?

  1. dkds says:

    Pas baru sahaja umum bermain tarik tali…kalau mereka memegang kata majlis syura mmg lah akan berpihak pada khalid….tapi memandangkan 17 ogos nanti adalah meayuarat jawatankuasa yg kita tahu hampir kesemua ahli jawatankuasa adalah orang anwar….

  2. omega says:

    Anuwar terlalu obses dan rakus dengan kuasa. Akhirnya kena main dengan anak bilis sahaja

Leave a Reply