Menu Utama

Khalid Akan Kekal Menteri Besar Hingga Disember 2014?

Tan Sri Khalid Ibrahim kemungkinan besar akan kekal berkuasa sebagai Menteri Besar sehingga November 2014 jika beliau berdegil meneruskan tugas dan Sultan Selangor tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap surat yang dihantar oleh Parti Keadilan Rakyat hari ini.

Kenyataan Khalid Ibrahim bahawa beliau mahu undi tidak percaya terhadapnya diadakan di dalam Mesyuarat Dewan Negeri Selangor merupakan bayangan awal bahawa beliau akan terus mempertahankan jawatannya selama mungkin.

Mesyuarat Dewan Negeri Selangor hanya boleh diadakan melalui permintaan Menteri Besar atau perintah DYMM Tuanku Sultan Selangor sahaja. Berdasarkan kenyataan Khalid hari ini, adalah mustahil beliau akan cuba memanggil sidang Dewan Negeri Selangor secepat mungkin.

Undang-Undang Tubuh Negeri

LXX. (1) Duli Yang Maha Mulia hendaklah dari semasa ke semasa melalui Proklamasi yang disiarkan dalam Warta memanggil Dewan Negeri bermesyuarat dan tidak boleh membiarkan luput 6 bulan antara persidangan terakhir dalam satu penggal dengan tarikh yang ditetapkan bagi persidangan pertamanya dalam penggal yang berikutnya.

(2) Duli Yang Maha Mulia boleh memprorogkan (menunda/menggantung) atau membubarkan Dewan Negeri.

Berdasarkan undang-undang tubuh negeri Selangor, sidang Dewan hendaklah diadakan dalam tempoh enam bulan selepas sidang sebelum. Sidang sebelum ini ialah pada Jun 2014. Justeru Khalid boleh melengahkan sidang Dewan sehingga Disember 2014.

Pada bulan tersebut sekiranya, Sultan Selangor tidak memanggil sidang Dewan Negeri Selangor, ia akan terbubar secara otomatik, dan satu pilihan raya negeri Selangor perlu diadakan dalam tempoh 60 hari.






11 Komen to Khalid Akan Kekal Menteri Besar Hingga Disember 2014?

  1. dkds says:

    Nampaknya khalid ibrahim benar benar bertahan dalam bara api….

  2. Nusantara Jones says:

    Apa sahaja permainan si ketum dgn konco2 pembangkangnya, hidup majoriti rakyat Melayu tetap x berubah dr segi ekonomi dan sosial. Nasihat aku, back to real life……..

  3. itsme says:

    dh agak trlambat utk khalid beeundur walaupun itu adalah jln keluar paling mudah, jadi hanya satu jalan yg khalid akan ambil walaupun penuh ranjau.. lawan sampai habis, apapun dia dh rugi apa2 kerana dia dh cuba semua lorong yg ada.. goodluck to u tski.

  4. Baba says:

    Khalid akan pegang jawatan mb tu selama yg dia dpt pegang……baguslah. Bg anwar dll tension.

  5. Aku tk blh imagine kalo pakatan rakyat ni dpt putrajaya, mau tunggang terbalek msia sbb berebut kuasa

  6. reds says:

    wau…masih lagi x goyang…respek……gunakan masa ngan peluang yang ada nih dan tambah sengsara bang non….bapak penipu tu memang cilake….

  7. tengkudin says:

    ketum gay dah kene main daaa….hehe

    makin meroyan dibuatnya ketum gay tu..hehe

  8. mzma says:

    Semenjak TSKI melawan/menentang DS Aljuburi, Selangor dan khasnya rakyat telah terima rahmat.. Kemarau/Panas yg dijangka berterusan kebulan Sept telah pun berakhir… Hari2 tanah Selangor dibasahi hujan rahmat, harap2 TSKI dapat bertahan sampai DUN dibubarkan….

  9. raplahjingaa says:

    Siapa yang paling rugi ?? orang Selangor jugak yang rugi….tak habis-habis politik, bila yang kerajaan nak majukan negeri ??? MB, exco dan adun dok bertelagah sesama sendiri, dah tak dak masa nak tengok pentadbiran dan perlaksanaan, cina DAP duk syphon kekayaan Selangor masuk poket depa…..alahai

  10. Anak_Nogori says:

    Last2 pas jugak yg tersepit..tak sangka dun pas boleh belot walaupun ada baiah.

    Rupanya pemimpin pas ramai yg tak hormat nik aziz …majlis syura pas..

    Padan muka pas.

  11. korokstabang says:

    alamakkkk… kalau macamni lambat lagi lah nak abis jawabnya tergantung dan tergendala lah segala urusan kebajikan dan keperluan rakyat selangor

Leave a Reply