Menu Utama

Kewujudan Pasukan Peronda Sukarela Perlu Disiasat Sehingga Ke Akar Umbi

Lim Guan Eng merupakan orang yang paling tercabar apabila Pasukan Peronda Sukarela dipertikaikan kewujudan dan fungsinya. Malahan, dek kerana tercabar dan bengang dengan pelbagai pendedahan yang dibuat oleh Huan Chen Guan serta media, Lim Guan Eng bertindak melampaui batasan apabila dia mencabar Ketua Polis Negara bersemuka dengannya, bahkan mengambil tindakan terhadap PPS.

Polis bagaimanapun, dalam satu kenyataan terbaru memberitahu, Pasukan Peronda Sukarela akan disiasat dan anggota-anggotanya juga akan ditangkap sekiranya terus bermaharajalela.

Alasan yang diberikan oleh Lim Guan Eng amat mudah untuk menghalalkan kewujudan Pasukan Peronda Sukarela. Katanya, Pasukan Peronda Sukarela ditubuhkan di bawah kuasa Kerajaan Negeri Selangor dan penubuhannya bertujuan untuk membantu pihak polis mengatasi masalah jenayah di negeri itu.

Bagaimanapun, sebarang perkara membabitkan keselamatan, semuanya berada di bawah kuasa Kerajaan Persekutuan. Walaupun JKKK dijadikan sebagai bandingan oleh Lim Guan Eng, JKKK juga berada di bawah kuasa Kerajaan Persekutuan. Dan lebih menarik lagi ialah, JKKK tidak melakukan rondaan, menahan kenderaan sesuka hati, membuat sekatan jalanraya dan sebagainya.

Malah Unit Amal PAS juga tidak bertindak keterlaluan seperti Pasukan Peronda Sukarela. Unit Amal PAS hanya menjaga keselamatan ketika ahli-ahli PAS berdemonstrasi atau berhimpun. Unit Amal PAS juga tidak melakukan sekatan jalanraya. Unit Amal juga tidak bertindak ‘mengajar’ sesiapa sahaja yang menentang atau mendedahkan penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin tertinggi PAS.

Sedangkan PPS pula, lebih banyak laporan yang mengatakan, PPS tidak ubah seperti gerombolan samseng yang dibayar gaji daripada cukai di Pulau Pinang kerana segala tugas mereka hanya ditumpukan kepada Lim Guan Eng dan DAP termasuklah bertindak sebagai pemasang bendera mahupun menjalankan tugas-tugas propaganda.

Tindakan Guan Eng mempertahankan kewujudan PPS walaupun memang ternyata PPS merupakan sebuah pertubuhan haram yang telah melanggar undang-undang, sememangnya sesuatu yang sudah boleh dijangkakan. Kita tidak perlu pergi terlalu dalam tentang PPS. Namun melihat kepada statistik jenayah dan hot spot kawasan jenayah di Pulau Pinang, selain kesukaran pihak berkuasa untuk menjalankan tugas, rasa-rasanya ramai yang dapat menelah apa sebenarnya yang dilakukan oleh PPS walaupun menurut Kerajaan Negeri Pulau Pinang, PPS ditubuhkan untuk membantu pihak polis membanteras jenayah.

Banyak persoalan yang timbul ekoran pendedahan yang dibuat tentang PPS terutama sekali setelah Lim Guan Eng memberi alasan, PPS ditubuhkan di bawah kuasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Secara tidak langsung, persoalan utama yang berkisar tentang penubuhan unit tersebut adalah, bilakah masanya ia dibentangkan di Sidang DUN Pulau Pinang kerana penyelidikan mendapati tiada sebarang usul penubuhan PPS, walaupun Ng Wei Aik, ADUN Tanjung ada memperkatakannya. Tiada usul dan tiada kelulusan, tetapi PPS berada di bawah Kerajaan Negeri?

Justeru, PDRM dan pihak berkuasa lain, seharusnya memberikan tumpuan dan siasatan terhadap PPS sehingga ke akar umbi. Phee Boon Poh menyatakan bahawa senarai keanggotaan PPS telah diserahkan ke balai polis, tetapi dia tidak memperincikan tentang siapa atau di mana balai polis yang dimaksudkan. Bahkan tidak juga memberitahu bilakah masanya penyerahan dibuat.

Berdasarkan kepada gelagat dan tingkah laku yang ditunjukkan oleh para pemimpin DAP, terutama sekali mengambil contoh daripada pemilihan CEC yang sehingga kini dipertikaikan ekoran perlanggaran banyak undang-undang pertubuhan, tetapi gagal diambil tindakan oleh ROS, Lim Guan Eng dan konco-konconya terlalu sering memberikan pelbagai alasan termasuklah menggunakan ancaman saman kepada sesiapa sahaja yang mempertikaikan tindakan mereka.

Sikap angkuh yang ditunjukkan oleh Phee Boon Poh, Lim Guan Eng dan Ng Wei Aik selain tindak-tanduk serta aktiviti PPS yang amat mencurigakan, tidak dapat tidak pastinya sedang menyembunyikan sesuatu yang sangat-sangat busuk!






7 Komen to Kewujudan Pasukan Peronda Sukarela Perlu Disiasat Sehingga Ke Akar Umbi

  1. itsme says:

    dah lama dap ngidam nak pegang.kdn dan atm..
    bila dah dpt nanti, masa tu melayu2 barua tu sedar dan taubat.. ketika tu nasi dah jd bubur..

  2. Uturn says:

    Dap nak buat pasukan tentera dia sendiri la tu

  3. semangat dato' haron says:

    Orang melayu kalau dah terhantuk baru nk terngadah

  4. kayu says:

    DAP sedang membuat latihan untuk pemilihan bakal ketua tentera dan ketua polis mereka jika berjaya menjajah Malaysia melalui kaldai mereka..!!!

  5. Syed says:

    Doktrin DAP dan sikap pemimpinnya mmg kuku besi cap tukul … elemen pasukan seragam haram dah jadi darah daging mereka … pihak berkuasa mesti bertindak cepat sebelum terlambat ….

  6. korokstabang says:

    pasukan peronda sukerela yang anggotanya di lengkapi dengan cota adalah di kategorikan sebagai sebuah pertubuhan keselamatan bagaimana boleh sebuah pertubuhan keselamatan yang jelas tertakluk di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan khususnya di bawah Kementerian Dalam Negeri dengan sewenang2nya di tubuhkan oleh sebuah kerajaan negeri berdasarkan akta & peruntukan yang mana ?,

    sewajarnya pihak kdn mengambil langkah lebih tegas mengarahkan pdrm menangkap serta membasmi pertubuhan samseng2 jalanan ini sebelum keadaan menjadi lebih tidak terkawal.

  7. […] menjadi kontroversi sejak beberapa minggu lalu apabila orang ramai membuat laporan dan juga mempertikaikan penubuhan pasukan ini yang tidak mengikut undang-undang dan dikatakan menguatkuasa undang-undang […]

Leave a Reply

Threesome