Menu Utama

Ketua Pegawai Eksekutif MRT CORP Letak Jawatan

Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp Datuk Azhar Abdul Hamid hari ini mengumumkan meletakkan jawatan ekoran kemalangan yang mengorbankan tiga nyawa di tapak pembinaan MRT malam tadi.

Beliau membuat pengumuman itu dalam sidang media di Sungai Buloh hari ini. Pagi tadi MYKMU menggesa pihak pengurusan MRT CORP mengambil tanggungjawab setelah beberapa siri kemalangan berlaku dalam projek MRT ini tampak seperti tiada kesudahan.

MRT“Sebagai peneraju MRT Corp, saya ambil tanggungjawab peribadi atas insiden yang berlaku dan ia (letak jawatan) tindakan yang betul untuk dilakukan,” katanya.

Beliau juga berkata, keputusan meletakkan jawatan itu sudah dimaklumkan kepada Pengerusi MRT Corp Tan Sri Ali Hamsa.

Sedih dengan kemalangan itu, Azhar berharap selepas ini punca kemalangan yang dikenal pasti akan dapat diperbetulkan.

“Saya harap semua kelemahan yang dikenal pasti dapat diperbaiki,” katanya.

Azhar dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif MRT Corp pada 1 September 2011.

Ia sebahagian langkah susulan kepada keputusan kerajaan untuk menubuhkan syarikat bagi mengambil alih pemilikan dan pembangunan projek MRT di Lembah Klang daripada Syarikat Prasarana Malaysia Bhd.

Tiga pekerja binaan lelaki warga Bangladesh maut selepas dihempap landasan konkrit seberat 490 tan di tapak projek MRT berhampiran Institut Penyelidikan Getah Malaysia, Kota Damansara jam 8.30 malam tadi.

Pada jam 2.30 pagi semalam, mayat pertama mangsa ditemui pihak bomba.

Dua lagi mayat mangsa berjaya dikeluarkan daripada tapak kemalangan pada jam 1.35 tengah hari tadi.






10 Komen to Ketua Pegawai Eksekutif MRT CORP Letak Jawatan

  1. helang says:

    Tahniah! Saya berpendapat lebih ramai lagi pemimpin patut mengikut langkah Datuk Wira Azhar yang sangat perihatin dan bertanggung-jawab terhadap apa yang telah berlaku.

    Moga moga Datuk Wira boleh memberi peringatan terutamanya kepada ahli ahli politik terutama Anwar Ibrahim supaya letak jawatan dan jangan mimpi nak jadi PM kerana akhlaknya amatlah tidak baik dan juga kuat menipu.

  2. The Watch says:

    PAS tidak sepatutnya bersekongkol dengan pemimipin yang mengamal homosek.Begitu juga dengan parti yang menentang Islam

  3. […] From: MYKMU.NET: DEMI SEBUAH PERJUANGAN: Ketua Pegawai Eksekutif MRT CORP Letak Jawatan […]

  4. itsme says:

    patutnya dia kena settle dulu masalah tu then baru resign.. ini apa??

  5. Tubir says:

    apa yang berlaku sudah dapat dijangka berdasarkan mutu dan teknik pembinaan yang rendah mutunya.kita boleh lihat tiang tiang yang telah siap….amat mencurigakan .kita bernasib baik kerana ia runtuh masa pembinaam…jika ia runtuh dimasa operasi berapa ramai orang akan mati dan cedera.itu belllllum lagi cerita TBM yang korek buat tunel…pun ada cerita yamg tak kuramg bahayanya baka

  6. samad says:

    Stop work dulu. Siasat punca samada pekerja, kaedah ataupun material yang digunakan menyebabkan kegagalan struktur.

    Ingatlah, projek MRT ini di lakukan di kawasan kepadatan tinggi. Tolong pentingkan keselamatan bukan deadline.

  7. rapahjingaa says:

    Pengurusi MRT Corp tak mau letak jawatan sekali ke ??

  8. dkds says:

    budaya letak jawatan ini bukanlah elok pun…bukan menyelesaikan masalah tapi mendatangkan masalah

  9. anakbochek says:

    Personally pada aku, meletak jawatan bila ada masalah besar adalah tindakan mengelak dari menanggung beban permasalahan. A real man must face all the problems and consequences then only you step down after it has been settled.

    Contoh terbaik ialah Tun M, dia tidak meletak jawatan semasa ekonomi merudum akibat serangan matawang. Sebaliknya dia berani berhadapan dengan segala masalah politik (al juburi) dan ekonomi (pun al juburi punya bala) pada masa tersebut. Then only Tun M step down with honour.

    p/s – Al Juburi Al Liwati tak nak letak jawatan ke dengan segala masalah partai yang tidak kunjung selesai.

  10. zalia hisyam says:

    contoh yg terbaik dibuat oleh beliau. Bukan lari dari masalah tetapi bertanggungjawab
    dgn apa yg berlaku

Leave a Reply