Menu Utama

Kenaikan Tol CIQ: Ada ADUN DAP Jadi Mata-Mata Pihak Asing?

IMG-20140801-WA0000

SEHARIAN dan semalaman penulis mengambil masa, mengkaji dan memahamkan implikasi disebalik kenaikan tol CIQ untuk kenderaan dari Singapura masuk ke Malaysia yang berkuatkuasa mulai hari ini (1 Ogos 2014) yang menjadi modal politik DAP dan media mereka seperti Mkini.

Keputusannya, penulis mendapati bahawa kenaikan ini tidaklah membebankan rakyat Malaysia yang berulang alik untuk bekerja kerana majoriti besar rakyat kita (lebih 80%) keluar masuk Singapura menggunakan motorsikal – yang tidak dikenakan tol.

Bagi sebahagian kecil yang guna kereta, kenaikan sebanyak RM 6.80 itu tidak seberapa dibandingkan dengan kenaikan caj EVP sebanyak 15 dollar (dari 20 dollar ke 35 dollar) berkuatkuasa awal bulan lepas.  Ini baru sebut EVP, ada caj caj lain juga dengan keseluruhannya, kereta dari Malaysia yang nak masuk ke Singapura pula membayar hampir RM 200 sekali masuk!!!

Jadi siapa yang lebih membebankan siapa, buatlah keputusan sendiri, fakta dah depan mata.

Ini belum penulis sebutkan satu lagi pilihan yang lebih murah untuk ulang alik ke Singapura iaitu dengan mengggunakan perkhidmatan teksi yang tidak dikenakan EVP dan kalau masuk guna tol CIQ sekalipun, kadarnya tidaklah semahal kenderaan persendirian.

Semua ini menunjukkan kenaikan tol CIQ ini tidak begitu menjejaskan rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura.  DAP jadikan isu ini sebagai isu politik kerana sebahagian besar pengundi import DAP yang digunakan untuk menang di banyak kerusi Parlimen dan DUN dalam PRU13 yang lepas adalah berkhidmat disini.

Tujuannya bukan sebab semua orangi ni akan jatuh miskin kalau tol CIQ naik tapi nak kekal momentum kebencian kepada kerajaan, maklum sajalah sudah didoktrinkan apa saja yang naik oleh kerajaan BN semuanya jahat, yang dia naik tarif air, cukai, caj lesen, parking dan sebagainya tu tak apa.

Lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang bila DAP kalah di Teluk Intan kerana pengundi import dari Singapura enggan pulang walaupun berbas bas dihantar untuk bawa mereka balik, lagilah momentum itu perlu atau dalam PRU14 nanti DAP boleh bungkus.

Kenaikan ini sepatutnya dilihat dari sudut kepentingan negara  kerana sedang Singapork membuat duit dari kemasukan kenderaan kita ke negara mereka, rakyat depa pulak buat untung keluar masuk negara kita dengan kadar yang jauh lebih murah, dahlah nilai dollar Singapura berbanding ringgit tinggi sekarang ni.

Dah 2 kali untung disitu untuk mereka, walaupun dalam masa yang sama rakyat Malaysia yang berkhidmat di negara pulau itu pun dapat manfaat yang hampir sama.

Pendek kata, semua ini jika dirangkumkan, kenaikan tol di CIQ itu sebenarnya bukanlah bertujuan untuk menekan rakyat Malaysia, sebaliknya nak diseimbangkan dengan  kenaikan kos penyelenggaraan tambak sebelah kita yang perlu ditanggung rakyat Singapura yang menggunakannya.

Maka itu, tidak sepatutnyalah DAP dan wakil rakyat mereka di Johor mempersoalkan kenaikan ini kerana jelasnya ia berkepentingan nasional dan tidak memudaratkan rakyat kita langsung – kalau betul mereka berjiwa Malaysia.  Ahli Parlimen Singapura pun tak bising bila EVP dinaikkan walaupun kenaikan itu cecah 15 dollar, yang DAP pulak bising naik RM 6.80 tu kenapa?

Dah banyak disebut tentang kebarangkalian DAP jadi ejen Singapork di negara ini tapi bukti yang kukuh tu tak ada lagi sebab depa ni pandai bermuka-muka.  Adakah ini bukti yang dicari-cari selama ini?



(Next News) »



5 Komen to Kenaikan Tol CIQ: Ada ADUN DAP Jadi Mata-Mata Pihak Asing?

  1. Baba says:

    Cina tetap akan pertahankan negara yg dia pegang.

  2. marah rosli says:

    Dengarkan lah rintihan rakyat….jangan sampai rakyat kata kerajaan bodoh! Kenapa takut sangat pada Singapura (yang asalnya sebahagian Perseketuan Tanah Melayu) ??

  3. korokstabang says:

    kapir dap ni pengkhianat negara depa patut pindah kuar ke singapore saja

  4. Mek esah says:

    Tak payah caj mahal2 sangat….lg ramai rakyat depa dtg sini lg bagus….Singapork masuk sini dia bawak duit banyak2…..untung le rakyat Johor…tu belum dikira depa dtg melawat ladang babi kat N9

  5. Ecah hooi, patutlah DAP suka berpakat dengan PAS.

Leave a Reply

Threesome