Menu Utama

Kegagalan Sukan Komanwel, Menteri Mana Patut Jawab?

menteri segala menteri

TEMASYA Sukan Komanwel yang berakhir semalam menyaksikan kegagalan kontijen negara mencapai sasaran 7 pingat emas yang disasarkan Majlis Sukan Negara (MSN).  Kontijen negara hanya berjaya meraih 6 emas – 2 daripadanya adalah sumbangan saat akhir pasukan badminton.

Melihat kepada pencapaian beberapa pasukan dalam kejohanan di Glasgow ini seperti hoki, badminton (persorangan lelaki) dan sebagainya, prestasi kali ini boleh disifatkan sebagai antara yang terburuk dalam sejarah penyertaan negara ke temasya tersebut.

Kegagalan ini sudah tentu mengundang persoalan, siapa yang patut memikul tanggungjawab?

Jika ini pertandingan Piala Thomas, BAM selaku badan induk Badminton yang perlu jawab.  Jika ini Piala AFF, FAM selaku badan induk bolasepak yang perlu jawab, tapi ini temasya Sukan Komanwel, pihak mana yang perlu menanggung dan menjawab?

Penulis lontarkan persoalan ini (Menteri mana patut jawab) kerana dalam kabinet Malaysia hari ini nampaknya, Menteri yang incharge Kementerian kadang-kadang tidak perlu buka mulut pasal kementerian dia, ada Menteri lain yang tolong buka mulutkan.

Sehingga dia digelarkan Menteri Segala Kementerian, hebat!!!

Tapi orang ini ‘bijak’.  Taknak nampak kebulur jawatan sangat, kejap dia cakap atas kapasiti Ketua Pemuda, kejap atas kapasiti Pengerusi Pemuda BN dan sebagainya.  Atas  kapasiti Menteri yang hadir dalam mesyuarat kabinet dimana perkara itu dibincangkan, jangan cakaplah, berlambak.

Walhal bukan ada kait mengait dengan dia atau kementerian yang dia jaga pun.

Nah, sekarang ada isu kegagalan kontijen negara mencapai sasaran pingat emas dalam Sukan Komanwel, kenapa diam?  Komenlah sedikit, rakyat kebulurkan penjelasan ni!!  Atau ada Menteri lain yang boleh tolong jawabkan.

Rakyat nak tahu mana silap?  Adakah sasaran terlalu tinggi, atau sasaran terlalu rendah atau so so atau bagaimana?  Kalau tinggi, siapa bubuh sasaran itu dan macam mana dia letak sasaran?  Main baling dadu, main agak-agak atau macam mana?

Alasan tanya sebab banyak sukan yang disasarkan untuk dapat emas, tak dapat emas.  Yang tak disangka dapat emas pulak dapat emas.  Apa yang silap, ni cakap pasal lulusan Oxford (bukan Universiti ceruk hutan mana), tak patut silap bodoh macam ini berlaku

Masa inilah ketelusan diperlukan.  Bukan hantar orang lain untuk jawab bagi pihak dia, kita taknak tu.  Menteri berkenaan patut ulas kerana temasya sukan Komanwel ini boleh dikaitkan dengan sukan, belia, orang muda, maruah negara dan sebagainya – yang termaktub dalam bidang kuasa Menteri berkenaan.

Nak kendati ke nak pedati ke, masa inilah, bukan masa ucapan dalam perhimpunan agung UMNO saja.

Penulis tunggu sampai pukul 2 petang.  Takdak bunyi kalu, penulis anggap orang ini setaraf Anwar Ibrahim, cakap bung bang bung bang, apa habuk pun takde.

Awal-awal kondem, diminta beri peluang, sekarang dah beri peluang, apa tak perform juga.  Berapa lama masa mau?






11 Komen to Kegagalan Sukan Komanwel, Menteri Mana Patut Jawab?

  1. raplahjingaa says:

    Yang gagal adalah peserta dan pemain….yang tak patut jawab dan tak perlu bertanggung jawab adalah pegawai-pegawai persatuan sukan, MSN, teknikal, dan serba mak nenek yang lain, menteri sukan lagi la tak harus dipertanggugjawabkan….dia hanya penonton, bukan dia tau apa pun….yang lantik dia jadi menteri sukan laying harus dipertanggung jawabkan….hehe

  2. Madu 3 says:

    Tanya lah pada Najib…kan mamat ni dok sebelah dia masa tengok world cup final aritu.
    Jangan simpan lama-lama orang camni Jib…… rosak susu sebelanga sebab setitis nila..

  3. dkds says:

    Kj musibat celaka besar…

  4. Baba says:

    Jawablah….jgn asyik sibuk kementerian org lain saja.

  5. Rakyat Biasa says:

    memang dah lama tidak berkenan dengan menteri seorang nie. cakap ajer macam bagus.

  6. b-ReaL says:

    hahahaha menteri di segala kementerian kecuali PM dan KBS? hahahaha

  7. Ababyl79 says:

    “Penulis tunggu sampai pukul 2 petang. Takdak bunyi kalu, penulis anggap orang ini setaraf Anwar Ibrahim, cakap bung bang bung bang, apa habuk pun takde.”

    asal boleh je penulis kata takde habuk, siapa kata takde habuk?
    terus berhabuk dan berkarat lah walaupun dikira baru Najib masukkan simpan dalam kabinet

  8. Pak Tho says:

    Klau tanya macai tuuuu…uuut. Ini semua salah Umno. Sebab menteri orang Umno

  9. bangKano says:

    Kalo individu graduasi dari Oxford ka Harvard ka bukan bermakna depa tu hebat…memang dia hebat secagha teoritis tapi bila mai tang praktis depa tu macam kita manusia biasa jugak….tak dak mukjizat pun. Kalo rasul pun ada mukjizat cuma kat peristiwa tertentu jerrr supaya pengikut rasul akan percaya dia sebagai Penyampai Risalah Allah….!!!!

  10. bajak says:

    tukar la menteri mne pn…sukan malaysia mang xkn ke mane pn…

  11. WTF says:

    Mana si RMW 8 series ni, tak reti nak defend “bos” sendiri ka???

    Hehehehe

Leave a Reply