Menu Utama

Keadilan Terus Dimanipulasi, 13k Peguam Ada, Satu Yang Sakit Itu Juga Dipilih!

anwar-saiful-terbaru1

MELENGAHKAN perbicaraan atas alasan peguam sakit ini adalah taktik biasa KETUM dari dulu, semua orang tahu.  Tapi entah kenapa, berulang kali pendekatan sama digunakan, sistem keadilan kita masih menerima perkara itu sebagai suatu yang sahih walaupun jelas ia dimanipulasikan.

Agaknya terkunci mulut anak-anak buah AG untuk membantah permohonan tersebut walaupun jelas ia dimanipulasi dan bukan pertama kali berlaku.  Bila orang pertikai kewibawaan pejabat AG, pandai pulak nak marah.

Hakikatnya, menurut rekod, ada lebih 13,000 orang peguam di negara kita, anehnya KETUM hanya memilih seorang sebagai ketua pembelanya dan orang ini pulak diketahui sedia uzur sejak beberapa tahun lepas, bukan beberapa hari lepas.

Tapi nak salahkan sistem juga tidak boleh kerana mereka mungkin bergantung kepada undang-undang sedia ada yang tak beri mereka banyak pilihan.

Seharusnya kerajaan yang memerintah, membuat pindaan dimana yang patut bagi memperbaiki perkara ini agar tidak terus dimanipulasi oleh mereka yang berada dan berduit macam KETUM.

Kes rompak dan bunuh pegawai Ambank tahun lepas pun dah selesai hari ini dengan pelakunya dihukum gantung – tak sampai setahun.  KETUM punya kes, dari 2008 sampai sekarang (6 tahun) masih bertangguh-tangguh lagi walaupun peringkat Mahkamah dah berubah.

Penulis takut negara kita jadi macam India dimana yang miskin, melarat habis, yang kaya pulak, berlagak macam mafia.  Kalau di negara kita kes rasuah seorang polis pun dah jadi berita utama, di India, yang kaya beli polis satu negeri pun tak berapa nak kecoh lagi.

Sekarang ini yang pentingnya bukan KETUM masuk penjara atau tidak, tapi penulis taknak di kemudian hari, apa yang KETUM buat ni akan menjadi precedent dan terpakai dalam kes-kes berprofil tinggi yang lain.

Kalau itu berlaku, dimana keadilannya?

p/s  Gambar dalam artikel ini hanya hiasan, tidak ada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia.






7 Komen to Keadilan Terus Dimanipulasi, 13k Peguam Ada, Satu Yang Sakit Itu Juga Dipilih!

  1. alfie says:

    Perbuatan ini sudah beratus kali di guna oleh Anwar sebagai taktik untuk melambat kan process perundangan kita.

    Mana kah prinsip undang2 ‘Justice delayed is Justice denied’ kepada mangsa mangsa yang telah di nanyaai.

    Tak kan AG kita BODOH kot,kerana dia sudah tahu Anwar kan guna taktik ini beribu kali selagi di benarkan oleh pihak mahkamah. Ada kah sistem perundangan kita CACAT?

  2. bangKano says:

    Kalo kerajaan beghani pinda akta tertentu bermakna sedia menerima risiko tinggi dari puak puak guaman yang serba tamak dan salah guna kuasa lagi licik demi politik. Kerajaan di tuduh tak adil,menafi kan hak asasi & tak demokratik terhadap peradilan rakyat. Begini la kalo segelintir individu yang mahir memutar balik kan fakta mempermain kan undang undang secagha politis demi kepentingan peribadi & kelompok tertentu.

    Kerajaan & rakyat mesti jugak bijak menangkis perbuatan malaon malaon ni secagha intelektual…intelektual vs intelektualisme.

  3. baba says:

    saja dia nak tangguh,sebab nak tunggu bini dia jadi mb dulu

  4. raplahjingaa says:

    alfie…AG kita tu pun silap-silap anwar dah sumbat ” nasi ” masuk mulut dia, ghani patail ni dari dulu aku tak pernah percaya kat malaun sekor ni, apasal Najib masih dok simpan dia pun aku taktau….najib mata dah rabun kot.

  5. Pak Tho says:

    Sepatutnya bang non minta kebenaran guna khidmat karpal singh. Boleh bagi alasan yg lawyer dia tak bangkit dari kubur lagi. Pasti kes tertangguh sampai kiamat.

  6. wayang ketum says:

    ini ler sandiwara parti pembangkang.. yg jadi mangsa ank jati selangor… harap2 sultan selangor x terpengaroh dgn sandiwara parti pembangkang ini.. buka mata, buka minda, terangkan hati ank selangor, cukup ler kemelut parti pembangkang (orng luar) nk ‘ratah’ hasil negeri selangor.. harap sultan selangor bubarkan DUN buat pilihanraya.. (mmng ini ler permainan parti pembangkang menyusahkan rakyat), Kali ini pilih ler mereka yg benar2 bekerja utk rakyat… jgn ler masih jahil lagi.. cukup apa yg berlaku…

  7. Sudah lebih 60 kali kena tangguh sebab loyar buruk,….percayalah akan kena tangguh 60 kali lagi…

Leave a Reply

Threesome