Menu Utama

Kalau Ikut Cakap Lim Guan Eng, Nazri dan Perkasa, Banyak Kedai Makan Akan Ditutup

Saya terkejut membaca laporan Malaysiakini.com yang melaporkan PERKASA menyokong cadangan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berhubung larangan warganegara asing memasak masakan penjaja di Pulau Pinang.

“PERKASA menyokong dasar tukang masak warganegara asing tidak boleh memasak masakan Pulau Pinang. Saya sokong apa yang dilakukan oleh Ketua Menteri (Lim Guan Eng) dan Nazri.

“Ini bukan bermakna kita sokong DAP tetapi kita menyokong dasar yang bagus. PERKASA akan memberi sokongan terhadap perkara-perkara baik yang berpandukan kepada perlembagaan, budaya dan prinsip agama.

“Yang kata kita kolot dan perkauman itu adalah tidak benar,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Sebelum ini Lim dilapor melarang warganegara asing memasak masakan penjaja di negeri itu bagi mengelakkannya ”sesat” rasa dan kemudiannya kenyataan beliau disokong oleh Nazri.

Sekalipun dikritik oleh Pemuda MCA, Nazri menghentam MCA kerana mempertahankan kepentingan orang asing dan bukan rakyat Malaysia dan menganggap “parti itu tidak mewakili rakyat”.

Kita lihat yang bercakap ini jenis pemimpin yang tidak tahu apa yang berlaku dalam negara hari ini. Hakikatnya, kedai masakan kampung, kedai mamak, kedai Tomyam, kedai makanan Cina semuanya tidak lagi menggunakan tukang masak tempatan. Tukang masak ini datang dari Indonesia, Thailand, China, India dan Pakistan

Hampir 80% tukang masak di restoran dan gerai penjaja adalah waraganegara asing kerana tiada warga tempatan mahu bekerja dengan gaji yang rendah (bagi tahap rakyat Malaysia). Jika semua negeri ikut cadangan Lim Guan Eng apa akan jadi kepada usahawan-usahawan restoran dan kedai makan ini?

Agaknya Menteri dan Ketua Menteri sudah tidak ada kerja sehingga isu tukang masak pun hendak diambil tahu dan dihalang?

Hakikatnya, fahami masalah para usahawan tempatan berhadapan dengan tekanan untuk menjual makanan yang murah dan sedap. Jika mereka mengupah tukang masak tempatan, bukan sahaja kos menjadi tinggi, lebih malang mereka akan berhadapan dengan kehilangan tukang masak setiap 3-6 bulan kerana itulah realiti pekerja Malaysia di dalam industri makanan.

Tidak salah untuk kerajaan menggalakkan tukang masak tempatan. Tapi mengharamkan tukang masak asing? Ini kerja gila oleh mereka yang tidak faham industri kecil perusahaan makanan bermasak. Ini bukan tukang masak di hotel-hotel yang boleh dibayar gaji 4-5 ribu ringgit sebulan.

Ini soal realiti bukan soal idealis membuta tuli.






6 Komen to Kalau Ikut Cakap Lim Guan Eng, Nazri dan Perkasa, Banyak Kedai Makan Akan Ditutup

  1. bangKano says:

    Kita kena rasional sikit tentang isu tukang masak asing di restoran & gerai makanan……kualiti masakan sentiasa terpelihara……dulu masa tukang masak tempatan bekerja di restoran/gerai semua masakan enak enak belaka. Tapi bila di ambilh tukang masak asing rasa pasai upah murah kot rasa masakan dah macam hampeh…bukti ada sebuah restoran melayu kat Sekyen 10 Shah Alam pada tahun 90’an masakan nya memang sedap ala kampung kaw kaw lagi. Bila di ambil alih oleh tukang masak dari Indonesia dah rasa macam hampeh…manis & kuah ceghoi jerrr tak pedas lagi maka pengunjung/pelanggan semakin kurang. Tak tau apa jadi kat restoran tu pada masa ni…aku dah lama tak pi ke Shah Alam tuuu….!!!!

  2. kulaan says:

    Dari aspek kebersihan kena jaga jugak. Tukang masak asing kurang titik beratkan kebersihan. Fikir panjanglah sikit. Kalau dah betul fakta, aku sokong jugak inisiatif ini. Buatnya tukang masak asing tu ada penyakit TB…, hipatitis ?

    Lagi satu, ia menutup peluang pekerjaan anak-anak malaysia….

  3. Norashikin Awang says:

    Memang betul dasar tidak membernarkan warga asing menjadi tukang masak di gerrai-gerai penjaja makanan. Selama ini rakyat tempatan jugak yang bising kata semua kerja dah orang asing yang buat..Diperhatikan gerai-gerai yang mengguna khidmat orang asing ini makanan mereka tak tentu arah rasa ..ini menjatuhkan imej dan citarasa masakan Malaysia yang unik..ini satu perkara yang bagus kerana mempertahankan hak orang Mlaysia mengisi kekosongan yang ada..syabas..sekurang-kurangnya ada kesepakatan untuk perkara yang baik ….walaupun bukan atas dasar parti..rakyat diluar sana fikirlah dengan rasional..perkara ini akhirnya menguntungkan kita juga..

  4. raplahjingaa says:

    Yup, cook asing kebanyakannya tak ada thypoid immunisation, kebersihan dan hygiene di compromise. Tapi kena check jugak cook di restoran cina, betul ke depa tu cina malaysia ataupun cina yang dibawa masuk secara haram ke malaysia….cakap melayu haram sepatah pun tak tau….

  5. ronn says:

    dah penjaja buat la cara penjaja… mcm mana mampu gajikan orang jadi tukang masak?

  6. WTF says:

    Mungkin si Guan Eng ni take note akan kemalangan yang menimpa Karpal Singh dahulu!!!

    Drebar Karpal Singh pun foreigner jugak (warganegara India), tu yang sampai keluarga Karpal Singh tak nak ikat jamin drebar Karpal Singh tu, walapun drebar tu dah lama berkhidmat dgn keluarga Karpal Singh!!!

    Hehehehe

Leave a Reply

Threesome