Menu Utama

JKKK Tak Sama Dengan PPS

300x160xwpid-img-20140827-wa0008-300x160.jpg.pagespeed.ic.i6qXvQAaoV

PENANGKAPAN beratus-ratus ahli Pasukan Peronda Sukarela Pulau Pinang (PPS) yang ditaja DAP hari ini, cuba diselewengkan faktanya oleh pakatan pembangkang yang mendakwa pasukan itu setaraf dengan Jawatankuasa Keselamatan Kampung (JKKK).

Dari pagi tadi membawa ke malam, penulis terima beberapa kenyataan dari puak yang ada kaitan dengan DAP yang cuba mempersoalkan tangkapan tersebut dan kenapa PPS ini baik kerana kononnya setaraf dengan JKKK.  Kok betul takpelah juga, tapi salah semuanya.

Yang bodoh-bodoh para balaci tak tahu hujung pangkal ini pun percayalah bulat-bulat bahawasanya PPS ini setaraf dengan JKKK.

Betulnya, mana pulak JKKK sama dengan PPS.  JKKK ada vest atau uniform yang seragam satu negeri ka?  JKKK ada usung bendera parti politik setiap kali parti politik berkenaan ada program ke?

Itu hanya satu, sebetulnya ada banyak lagi yang penulis ringkaskan disini.

JKKK hanyalah jawatankuasa kecil peringkat kampung atau taman untuk jaga keselamatan dan kebajikan dalam kawasan tersebut, bukan merangkumi satu negeri macam PPS.  Tidak ada Exco mahupun ADUN yang menaungi penubuhan JKKK (apatah lagi Menteri Besar/Ketua Menteri), semuanya dibuat secara sukarela oleh komuniti dikawasan itu sendiri.

Sementara PPS diketuai oleh ADUN Sungai Puyu yang juga Exco kerajaan negeri.  Penubuhannya dirasmikan dalam satu majlis gilang gemilang oleh Ketua Menteri Pulau Pinang sendiri.

JKKK juga tidak terlibat dalam program parti politik macam PPS.  PPS seperti yang kita semua tahu hanya alat untuk kegunaan DAP di Pulau Pinang, buktiknya, dok usung bendera DAP dan bendera DAP semata-mata terutama dalam musim pilihanraya kecil atau bila DAP anjur program-progra, tertentu.

JKKK juga tidak ada keahlian sampai berpuluh ribu macam PPS.

JKKK juga tidak pukul orang tak tentu arah macam yang dilakukan PPS.  Ada ahli perniagaan, ada wartawan yang menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap kepimpinan atau tanya soalan yang memerahkan telinga Guan Eng akan dipukul oleh ahli PPS.

Pendek kata, JKKK langsung tidak sama dengan PPS.  PPS ini hampir sangat dengan samseng atau gangster, silap-silap ahli kongsi gelap yang cuba dihalalkan melalui penubuhan PPS.






18 Komen to JKKK Tak Sama Dengan PPS

  1. raplahjingaa says:

    Tu la…banyakkan la lagi SRJKC……akibatnya dah mula terasa……

  2. sireh ke gagang says:

    Aku tak sedap hati . PDRM dah mula bertindak , tapi yang menjadi persoalan , pejabat AG dan AG sendiri . PDRM kena bersedia segala bukti untuk membolehkan samseng2 ini ditahan selama mungkin . itu shj aku harapkan .

  3. Nusantara Jones says:

    LGE sengaja mahu mencetuskan ketegangan kaum di antara polis melayu dgn penyokong DAP. Tapi yg bodohnya ialah Najib masih lembik mau bagi muka kat kaum ni.

  4. kulaan says:

    Hang nak suruh Najib tangkap sendirika? Bukan kah KPN dan mula buat kerja…Kita mesti pileh….

  5. alfie says:

    Taktik ini sudah di ajar kepada pembangkang oleh CIA yang Anwar bawak kesini,seperti di negara Latin America dimana parti pembangkang di negara2 ini yang PRO-AMERICAN di ajar untuk mengebom ibu pejabat mereka sendiri agar mereka mendapat simbati dari rakyat jelata sampai membuat kerajaan yang sudah dilantik mula dibenci oleh rakyat.

    I think this tactic the CIA call it ‘ The El Salvador Conspiracy ‘,so dont be surprise if Guan Eng’s own supporters who threw the fire bomb. Its the best way to FAN the spirit of HATRED towards the Malays that the Chinese will be willing to die for this cause. Tonight in the chinese social media the populsar topic is about the Indonesian President who is about to appoint a Chinese Mayor for Jakarta City. They are saying that the racial riots in Indonesia a few years back HAS now brought benefit to the chinese Indonesia.

    I think the chinese Malaysian are now dare to walk the thin line,and to PUSH direct confrontation between MALAYS/UMNO powers and them.

    alfie

  6. alfie says:

    KIta jangan lupa sifat sifat pembangkang yang suka dan PANDAI berbohong jadi tak mustahil sekarang bahawa mereka pun juga suka dan PANDAI berpura2 juga.

    alfie

  7. Anak_Nogori says:

    Tulah…bila tak makan dikaitkan pps dgn jkkk dikaitkan pula dgn rukun tetangga..sejak bila rukun tetangga ditugaskan memasang bendera mana2 parti?..

    Malah rukun tetangga tidak ditugaskan utk menjaga mana2 pemimpin parti..tugas mereka menjaga keselamatan penduduk yg diwakilinya

    PPS..dibyr guna Wang rakyat Penang..sepatutnya jaga kepentingan rakyat..bukan guna duit rakyat utk jaga kepentingan LGE atau DAP.

    Kalau ini berlaku pads umno..dah berbuih dap..pkr malah pas bising kata salahguna wang rakyat.

  8. Hadisuhaimi says:

    Bebal betul la lge.. Jkkk adalah ahli jawatan kuasa kepada ketua kampung. Klu takda jkkk tingal lah ketua kampung seorang nak mentakbir kampung atau kawasan dibawah tatbiran nya.

  9. Uturn says:

    Pps ni tentera komunis dap

  10. korokstabang says:

    undang2 di bawah akta mana yang membenarkan penahanan keatas sesaorang dalam tempoh panjang apa yang pdrm boleh buat tahan untuk ambil keterangan dan lepas semula

  11. Komen saja says:

    Tak guna semua komen diatas …. kalau semua nak mencetus perkauman fikir dulu masa depan anak anak kita ….. jangan lah sampai semua orang benci satu sama lain ….. lagipun kalau tak erti tolong diam senyap senyap

  12. kayu says:

    Elok ditangkap dan dihapuskan awal-awal sebelum militan ini dilengkapi dengan senjata dan kelengkapan tentera untuk berperang dengan kerajaan,,,.. ,kerajaan komunis Penang sedang membuat persiapan untuk mengeluarkan Penang dari Malaysia serta membentuk tentera mereka sendiri…., yang bodohnya adalah pencacai Melayu yang menjadi barua-barua Limkitsial anak beranak..!!!!!..baru dapat Penang beberapa tahun terus membuat persiapan unutk mengeluarkan Penang dar malaysia… lihat sendiri bertapa liciknya komunis anak beranak ni ….Melayu masih lena lagi…!!!

  13. dagang says:

    JKKK hanya 1 jawantan kuasa kecil terdiri dari lengkongan 10 orang shj. Mereka ini jentera penggerak kemajuan kampong atau penempatan kecil penduduk.

    PPS dianggotai olih berribu orang dan ini merupakan pertubuhan yang perlu didaftarkan dgn penjelasan aktiviti utama pertubuhan ini. Tanpa berbuat demikian PPS ini haram. Pertubuhan haram mesti disekat. Hanya kerajaan lemah saja membiarkan pertubuhan beruniform dan bersenjata merosakkan kerajaan sendiri. Hanya bangsa yang tidak bertamadun sahaja membiarkan kaum mereka dijajah pemikiran dan bakal dirampas Tanah pusaka mereka.

    Untuk apa mendaki kepuncak andai pangkalnya dimakan anai2. Satu hari akan jatuh kebumi jua. Jagalah Tanah kamu ini sebelum tergadai. Ini negeri kamu ,untuk bangsa kamu kalau mereka kata tidak adil maka halau saja mereka ke bumi asal mereka. Melayu mesti tegas dalam hal ini . Jangan biar kepala dipijak dan jangan pula memijak kalau mereka berdamai dan mahu ikut telunjuk kamu.

  14. bujuk says:

    Aku tak sokong artikel ni kecuali bab PPS ambil tindakan sendiri seperti samseng dan gengster. PPS sepatutnya tangkap pesalah dan bagi pada polis untuk tindakan seterusnya dan bukan ambil tindakan sendiri.
    Yg. lain… macam penuhkan majlis parti, buat kerja2 parti dan lain2 takda bezanya dengan JKKK. Walaupun JKKK tak pasang bendera, tak buat huru-hara dan sebagainya.. tapi arahan untuk buat kerja2 tu datang dari JKKK. Samada korang nak terima atau tidak je… sebab JKKK adalah Ketua UMNO/BN kampung pada kebiasaannya.

  15. alimedanbaru says:

    JKKK ADALAH – Jawatankuasa Kemajuan Kampong BUKAN
    Jawatan Kuasa Keselamatan Kampong.
    Hal KESELAMATAN dan Kawalan KAMPONG biasanya diambil alih oleh Rukun Tetangga. Kalau adapun hal keselamatan ianya adalah satu cabang daripada berpuluh perkara yg diaktivitikan oleh JKKK,
    Tetapi PPS berfokus kepada soal keselamatan yg bercanggak dan bertindih dengan tugasan Rukun Tetangga yg ada disetiap taman perumahan. Guan Eng sengaja cari pasal mahu menghancurkan struktur RUKUN TETANGGA di Pulau Pinang dengan memberi peruntukan RM10,000.00 setahun kepada PPS sedangkan Rukun Tetangga hanya menerima antara RM4,000 KE RM6,000 shj setahun.
    Rukun Tetangga dianggotai oleh anggata masyarakat pelbagai parti politik tetapi aku yakin PPS dianggotai oleh semua ahli DAP.. MAKSUDNYA GUAN ENG MAHU PPS (DAP) MENGUASAI SEMUA HAL EHWAL DALAM SATU KAWASAN KOMUNITI. BEKERJA, MENGAWAL DAN MEMPASTIKAN DONTRIN DAP DISERAPKAN DALAM MASYARAKAT. ATAU DALAM LAIN PERKATAN MACAM ‘GESTAPO DAP’!

  16. raplahjingaa says:

    Hang tak kan nak bantah guan eng bujuk oiii…….macai PAS macam hang bukannya boleh melihat apa pun kecuali kerosakkan agama dan bangsa. Pernah ke pemimpin PAS or macai macam hang menyanggah DAP dalam apa-apa hal pun ??? tak kan hangpa berani….

    Tolong bagi aku satu ciri munafik yang tak dak kat hang, boleh tak ???

  17. bujuk says:

    RM10000 dengan bilangan ahli dikatakan hampir 10000, maknanya sorang rm1 saja setahun.
    Kemajuan ka Keselamatan ka…. tapi mereka buat semua tu. Aku tak salahkan JKKK, boleh jadi mata telinga k’jaan dan ambil tindakan segera untuk kebaikan semua. Aku berpendapat PPS juga tak berbeza, tapi biasalah… namapun manusia, banyak kelemahan dan suka ambil kesempatan jika tak dipantau. Kalau Polis/Tentera pun ada jadi penyagak dan perompak.. inikan pulak yg. lain2. Pada aku jika ada ahli PPS yg. melakukan jenayah, maka ambil tindakan pada mereka seperti anggota polis/tentera yg. lakukan jenayah. Bukannya ambil tindakan pada pertubuhan atau jabatan.
    Samalah juga jika ada ahli dalam sebuah keluarga buat jenayah.. takkan nak d pulau 1 keluarga? Apakah jika ada ahli/pemimpin umno rasuah maka umno perlu diharamkan???

  18. WTF says:

    Tak faham isu rupanya si Bujuk ni!!!

    Di dalam minit mesyuarat mana dan pada tarikh apa di mana DUN negeri Pulau Pinang bersetuju supaya satu pasukan “keselamatan” ditubuhkan atas nama PPS???

    Dan adakah mana2 kerajaan negeri boleh menubuhkan pasukan keselamatan sendiri sedangkan semua tahu bahawa apa2 yg berkaitan dgn aspek keselamatan di negara Malaysia adalah di bawah tanggungjawab kerajaan Persekutuan!!!

    DAN APASAL BILA DAP KENA TEMBAK, PAS JUGAK YANG CEDERA!!!

    TAKE BEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEER!!!

Leave a Reply

Threesome