Menu Utama

Jangan Marah McDonald’s Malaysia, Marah Amerika Syarikat – Duta Palestin

Duta Palestin ke Malaysia, Dr Anwar Al Agha berharap Rakyat Malaysia tidak menyasarkan pekerja rakyat Malaysia yang bekerja di perniagaan seperti McDonald’s dan Starbucks dalam usaha memboikot syarikat berkaitan Israel.

Dr Anwar Al AghaDalam wawancara dengan The Star hari ini, Dr Anwar berkata pekerja terbabit hanya berusaha untuk mencari nafkah hidup. Justeru tidak adil menjadikan pekerja terbabit sebagai sasaran kecaman dan serangan dari rakyat Malaysia yang lain.

Sungguhpun mengakui boikot merupakan satu saluran bagi memberi tekanan agar Israel menghentikan tindakan agresif terhadap Gaza, beliau khuatir kempen di media sosial menuduh syarikat terbabit dengan Israel “cannot always be verified”.

Menurut Dr Anwar, adalah lebih tepat jika orang ramai menyalurkan kemarahan dan kekecewaan kepada Kerajaan Amerika Syarikat yang baru-baru ini meluluskan bantuan tambahan sebanyak RM 718.8 juta kepada Sistem Pertahanan Peluru Berpandu Iron Dome Israel.

“It would be better if the people go and protest at the US administration and pressure them to stop funding the Israelis with sophisticated weapons.”

Both McDonald’s and Starbucks Malaysia have released official statements saying that they do not support nor do they channel funds to support Israel’s aggression in Gaza.

“Our people have also broken down in tears because of threatening telephone calls,” said McDonald’s Malaysia managing director Stephen Chew on Monday.

“There were also incidents where our people were physically intimidated and publicly humiliated, and of property being vandalised,” he said. “Some were even afraid to go back to their hometowns for Hari Raya for fear of being harassed.”

In a letter to the media, he said: “Our staff in uniform have been publicly humiliated. Others were shunned by their peers when they went to the mosque.

“Even the children of our staff have been singled out in their schools, confused by warnings by some teachers not to go to McDonald’s.”






4 Komen to Jangan Marah McDonald’s Malaysia, Marah Amerika Syarikat – Duta Palestin

  1. raplahjingaa says:

    Lebih baik boikot Old Town white coffee, dah sah cina DAP punya.
    dan secara tak langsung kita jugak boikot Israel….

  2. stingray says:

    Setuju dgn hang rap…tp jgn lupa boikot AnUwar Aljubs skali…mangkuk hayun sekoq ni berpisah tiada dgn Israel…

  3. Muhammad Razman Shaharin Hadi says:

    Produk zionis itu bukan hanya ada pada makanan dan minuman, bahkan ianya termasuk media, sistem pentadbiran, pola2 fikiran, sistem pendidikan, sistem agama Islam termasuk keugamaan yg lain, cara kehidupan sosial, dll.Produk2 zionis kini telah bertapak dan berada dimana2 saja kita berada untuk melemahkan nilai2 murni kemanusiaan dan meracuni nilai kesucian hati kita.Kita memboikot zionis bukan hanya kerana perasaan marah kita terhadap kezaliman2 yg mereka telah lakukan tetapi yang paling utama adalah untuk mengelakkan kita dari bersubahat dengan org yang melakukan pekara2 yang zalim serta haram di sisi ALLAH SWT dan dilarang oleh ALLAH SWT.Siapakah yang berkuasa keatas segala-galanya di dunia dan di akhirat? Apakah zionis atau ALLAH SWT? Bermusyawarahlah…Alhamdulillah…Insya-Allah.

  4. Azre Ghazali says:

    Salam. Boikot product yang mempunyai perkaitan jelas dengan mana-mana organisasi yang tidak dipersetujui majority bukan isu baru.

    Dalam proses tersebut akan wujud implikasi ekonomi yg akhirnya akan melumpuhkan jenis perniagaan yg terlibat. PBB juga bertindak pada jalan yg sama cuma berbeza saiz dan pendekatan. Sekatan ekonomi umpamanya merupakan yg dilaksanakan terbukti berkesan untuk mengekang kekuatan ekonomi dan akhirnya memberi kesan sumber kewangan untuk senjata,

    Manakala dalam konteks di Malaysia yg majoritinya beragama Islam telah membuktikan sokongan terhadap Palestin melalui pendekatan yg terhad. Negara kita sudah tentu tidak boleh bertindak seperti resolusi PBB diperingkat global MAKA .. umat Islam sudah tentu terpaksa memilih pada pendekatan yg termampu.

    Setiap tindakan JIHAD memerlukan pengorbanan. Sukar tetapi itu pilihan kepada kakitangan McD. Jika mereka benar-benar bersimpati dan beriman kepada jalan Allah swt maka berhijrah.

    McD tidak akan bangkrap kerana mereka mempunyai pelanggan dari berbagai agama. Cumanya – sudah tentu ia akan memperlihatkan margin keuntungan yang minimum. Jika McD kurang untung .. itu lebih bermakna jika dibandingkan dengan kesiksaan rakyat Palestin hasil dari pengeboman tanpa belas dari pihak Zionis.

    Islam di seluruh pelusuk dunia berusaha sebaik mungkin untuk membantu dan AKAN melaksanakan berbagai cara untuk menghentikan tindakan Zionis. Walaupun ia mungkin tindakan KECIL .. tetapi Islam di seluruh dunia akan tetap meneruskan usaha JIHAD ini demi iman dan tanggung jawab terhadap sesame agama seperti yang dituntut.

    Ini lah pengorbanan Jihad. Ya … sahabat dan saudara kita mungkin terjejas .. tetapi JIKA dibandingkan dalam masa yg sama … saudara Islam kita .. melibatkan nyawa dan masa depan populasi Palestin (pembunuhan etnik) yang BESAR.

    Jika ini berlaku di Negara kita .. berlaku kepada saudara kandung kita .. maka kita juga mengharapkan bantuan dan sokongan dari saudara Islam yang lain.

    Populasi rakyat Palestin itu jauh lebih besar dari populasi kakitangan McD dinegara kita. Kesengsaraan mereka jauh lebih sadis dari masalah kakitangan Islam di McD dinegara kita. Mungkin inilah permulaan bagi semua .. mengambil kira langkah dalam perjalanan kita sebagai Muslim.

    Sepertimana perancangan Zionis yang sungguh licik. Kita terleka bahawa kita Muslim di dunia ini lah yg menyumbang kekayaan ekonomi Zionis dan mereka menggunakannya untuk memusnahkan saudara kita sendiri !!!

    Saya tidak bersetuju dengan komen Duta Palestin. Perjuangan beliau terlalu NIPIS untuk rakyat sendiri !!! …

    Ini bukan perkara baru ……….. tidak masuk akal beliau memberi komen sedemikian yg akhirnya akan menguntungkan Zionis. Beliau seharusnya berterima kasih atas usaha rakyat Islam di Malaysia yg telah cuba sedaya mungkin walaupun kita tahu ia mungkin terlalu kerdil untuk menghentikan Zionis.

    Saya mencadangkan pihak NGO Islam di Malaysia bermesyuarat bagi melihat kesan-kesan tindakan sokongan kita kepada Palestin dengan pendekatan yang lebih serious.

    Ini melibatkan bukan sahaja McD .. tapi keseluruhan … agar di Malaysia ini .. kesedaran dan tinddakan rakyat Islam menjadi lebih bermakna.

    Islam di Malaysia melebihi 60 peratus (berdasarkan populasi jumlah Islam Melayu). Ini adalah kekuatan. Maka jika kita gagal mengambil peluang atas kekuatan ini MAKA kita tidak berbeza dengan DUNIA ARAB .. yg tidak mampu membantu saudara mereka di Palestin.

    Jgn kita terleka … Kalau di Malaysia ini Melayu boleh membelasah Melayu .. ia jugak sama di dunia Arab. Ramai Melayu mudah menerima RASUAH … yg tiada iman dan kesedaran ….

    Tiada beza jugak di dunia ARAB. …. especially bila mereka berada dinegara luar dari peperangan …….. mereka ini tidak bersyukur dan ….. kelihatan menonjolkan diri sebagai PENGKHIANAT bangsa dan agama sendiri.

    Apa pun ini hanya pandangan saya. Wassallam.

Leave a Reply