Menu Utama

Jangan lagakan Mahathir-Najib

16707_761827343855595_7590503565175758394_nSetiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor meminta mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya tidak memberi teguran secara terbuka berhubung masalah parti dan kepimpinan.

Tengku Adnan berkata, selaku setiausaha agung parti yang pernah berkhidmat kepada tiga perdana menteri, beliau berharap Dr Mahathir dapat berjumpa secara peribadi untuk memberi teguran.

“Kita hormat apa jua cadangan yang diutarakan oleh Tun (Mahathir). Hanya saya minta pada Tun, kalau boleh jangan terlalu terbuka.

“Kalau ada masalah pada parti dan pimpinan, datang berjumpa dengan presiden. Kalau presiden tiada, naib presiden ada, saya pun ada.

“Yang penting berbincang secara dalaman dan jangan expose. Ini masalah parti,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Mahathir semalam menulis dalam blognya yang menarik balik sokongan kepada Najib selepas melihat prestasinya lebih buruk berbanding Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini.

Ketika ditemui media selepas itu, Mahathir berkata Najib terlalu lembut dan sering berdiam diri dalam isu-isu penting negara.

Beri masa pada PM

Sehubungan itu, Adnan yang juga pengerusi Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan meminta supaya memberi masa kepada Najib untuk membawa perubahan kepada negara.

Beliau juga berkata menjadi keutamaan sekarang upaya tiada pihak melaga-lagakan antara Mahathir, Najib dan Umno.

“Apa yang Najib lakukan ialah membawa pembaharuan. Kita sedar ada perkara yang kita lepas pandang pada waktu dulu dan kita nak betulkan keadaan. Mungkin dalam pada kita nak perbetulkan keadaan, ada orang terasa.

“Saya rasa mungkin perlukan masa. Kita hormat apa Tun katakan pada kita dan akan lihat padanya. Yang penting anda semua jangan laga-laga kan antara Tun dengan Najib atau Tun dengan Umno.

“Saya percaya apa yang Tun buat ialah kerana dia sayang kepada negara ini. Janganlah laga-lagakan,” katanya lagi.

malaysiakini.






24 Komen to Jangan lagakan Mahathir-Najib

  1. baba says:

    itulah cara yang terbaik, jumpa dan bincang. tak payah buat teguran di media. lebih baik jumpa. kita harap dua pemimpin ini selalu berjumpa dan berbincang. banyak masalah dapat diselesaikan.

  2. […] From: MYKMU.NET: DEMI SEBUAH PERJUANGAN: Jangan lagakan Mahathir-Najib […]

  3. yon76er says:

    Harap org2 penting UMNO sendiri jng melatah apabila TUN menegur KEPIMPINAN mereka..Baik dari yg teratas mahupon yg diperingkat Ahli…Parti kita bukan macam Parti yg 1 lagi tuu…jenis Yes Boss ….kita bolih berbinchang dan membuat keputusan bersama…

  4. Keris_Melayu says:

    tun adalah pemimpin yang melalui banyak zaman.. Namun najib mewarisi satu zaman kepimpinan yang amat teruk dimana org cina bersatu menolak BN semata-mata demi mencapai politik kaum mereka dan ianya disokong oleh orang-orang melayu atas nama demokrasi dan keadilan sejagat tanpa mereka sedar hak diri yang tergadai dlm diam..

    ini berbeza zaman tun razak walaupun mewarisi negera selepas rusuhan kaum namun org melayu masih bersatu dalam mempertahankan kedudukan mereka dan mereka juga bersatu dalam mencari damai..

  5. Reena Alias says:

    najib tidak boleh dislahkan 100%. Kepimpinan terdahulu dan juga kumpulan yang mendokong beliau haruslah jujur dalam memberi input terhadap beliau. kita tidak mahu zaman paklah berulah lagi..

  6. Keris_Melayu says:

    tun adalah pemimpin yang melalui banyak zaman.. Namun najib mewarisi satu zaman kepimpinan yang amat teruk dimana org cina bersatu menolak BN semata-mata demi mencapai politik kaum mereka dan ianya disokong oleh orang-orang melayu atas nama demokrasi dan keadilan sejagat tanpa mereka sedar hak diri yang tergadai dlm diam..

    ini berbeza zaman tun razak walaupun mewarisi negera selepas rusuhan kaum namun org melayu masih bersatu dalam mempertahankan kedudukan mereka dan mereka juga bersatu dalam mencari damai.. Namun begitu najib harus melakukan sesuatu supaya kata -kata tun ini tidak menjadi persepsi umum yang boleh mendatgkan kemudaratan pada imej beliau..

  7. dkds says:

    Semoga Allah berikan kekuatan buat kedua pemimpin ini..

  8. Shah says:

    Sifat kesabaran PM Najib adalah yang terbaik. Sifat ketegasan Tun pun di ambil kira demi parti dan negara

  9. hentam ajelah says:

    ….basuh je depan2 tun m. …melayu kalau cakap elok2 bukannya nk dengar….sampai dah kena sembelih dek cinabeng pun tk paham2…..

  10. sobar says:

    Jgn ulangi kesilapan2 panglima p.lah dulu. Bkn membetulkan, tapi lebih mengusutkan bila tak menjawab isu yg tun bangkitkan. Sebaliknya dok serang tun dgn isu2 peribadi. Harap tak ulangi kesilapan lalu….

  11. mooo says:

    Parti yg nak melingkup mcm ni lah…

  12. mamat says:

    kita awal2 dah tegur DSN secara terbuka tetapi tak nampak beliau dan pemimpin UMNO ambil berat teguran kami… apakah jika kami membuat teguran secara tertutup DSN dan pemimpin UMNO akan ambil tindakan? Syukur TDM membuat teguran secara terbuka dan harap DSN akan menerimanya serta ambil tindakan…

  13. Anti Pengkhianat says:

    Adakah suara Melayu dari akar umbi yang memenangkan UMNO didengari oleh DSN?
    Islam/Melayu dilanyak cukup-cukup oleh cina kafir harbi ada DSN peduli?
    Memang patutpun TunM buat teguran secara terbuka kerana hanya suara negarawan ulung seperti TunM sahaja yang mungkin didengar oleh DSN…aku rasa sebelum ini TunM pasti pernah buat teguran secara peribadi kepada DSN….tetapi oleh kerana DSN sangat berlembut (lemah dalam tindakan) kepada musuh luar dan di dalam UMNO maka TunM terpaksa buat teguran secara terbuka maka musuh (terutama yg bersembunyi dalam UMNO/BN) akan ketaq sebab takut penyamaran mereka akan terbongkar kepada rakyat.

    Saya sangat berharap TunM teruskan buat teguran biarpun secara terbuka kerana apa yang disuarakan oleh TunM adalah suara majoriti rakyat terutama Melayu/Islam yang teraniaya di negara sendiri….

    Hidup Tun Mahathir pembela rakyat.yang sejati.!!!!!!!!

  14. Paha Kiri Pun Terasa says:

    Dek kerana 1Malaysia DSN telah memerangkap dirinya sendiri……
    Kerana itu TunM perlu buat teguran secara terbuka agar DSN tidak terus terbuai lena dalam perangkap 1Malaysia ciptaan DSN sendiri…….

  15. raplahjingaa says:

    alaaaa Tengku adnan…kan Tun dah kata, dia dah nasihat Najib awal-awal lagi….tapi tak berkesan, Najib masih dengan cara dia sedangkan dengan cara dia, ahli akar umbi tak nampak apa-apa kesan pun untuk memperkasakan bangsa melayu. Cina dah mula naik tocang….sampai agama dan bangsa kita dihina tanpa ada rasa bersalah.

    Itu la orang-orang kuat UMNO jangan nak melatah bila ditegur Tun, aku rasa akar umbi UMNO semuanya memandang tinggi pada Tun jauh lebih tinggi dari pandangan depa pada Najib…dan ahli-ahli akar umbilah yang sedang memperkasakan UMNO sekarang ni dan bukan kebanyakan pemimpin-pemimpin UMNO yang dok ada…. banyak yang mengabihkan beras.

    DSN kena ingat selagi Tun masih ada…belajarlah dari negarawan ulung tersebut. Jangan jadi sombong sedangkan pemerintahan sekarang ni tak banyak achievement yang boleh kita banggakan.

    Teruskan Tun……..youre a true statesman.

  16. Nusantara Jones says:

    Najib jgn jadi mcm ketumgay yg melawan ckp pemimpin senior.

  17. KUKUBIMA says:

    APA YG TUN SEBUT TU DIKONGSI RAMAI ORANG MELAYU.DEK KERANA TAK TAHAN TU LA TUN TEGUR SECARA OPENLY.SEBENAR NYA KALAU KITA FLASHBACK BALIK BANYAK UCAPAN UCAPAN TUN SEBELUM INI YG MENEGUR PENTADBIRAN NAJIB SECARA RINGAN TAPI DIA TETAP SOKONG NAJIB ,DGN HARAPAN NAJIB BERUBAH ,TAPI AH JIB GOR TETAP DGN LINE DIA.ISA YG MELINDUNGI NEGARA DIBUANG NYA.PEGUAM NEGARA YG MAKAN GAJI BUTA,PUN MASIH DISIMPAN NYA,PENASIHAT PENASIHAT YG DIA LANTIK DISEKELILING DIA SEMUA NYA BUAYA BUAYA YG MENUNGGU MASA UNTUK MEMBAHAM DIA PUN DIA MASIH SIMPAN LAGI.MENTERI MENTERI DIA YG BUAT KERJA ALA KADAR PUN DIA BUAT TAK APA.PENGHINAAN TERHADAP MELAYU ISLAM PUN DIA BUAT TAK KISAH.JADI APA LAGI YG TUN NAK HARAPKAN PADA DIA?

  18. itsme says:

    raplahjingga ngan kukubina terbaiklah..

  19. Adiwira says:

    mana yang ada sekarang ni cuma nak bodek najib ja… salah pun dikira betul nilah sikap yess boss yang tak pernah lekang dengan orang melayu… kenapa pulak perlu menyalak? adakah tidak boleh dilakukan teguran secara terbuka? dah memang pentadbiran najib teruk jadi apa masalah? mungkin teguran secara terbuka ini dapat menyedarkan kembali najib? sepatutnya kita terima teguran dan yang lebih penting kemajuan dalam pentadbiran sesebuah negara perlu diutamakan. Mungkin umum tidak menyukai tuguran TUN secara terbuka tetapi adakah salah? sudah2lah dengan sikap yes boss tu. kepada najib cuba lihat @ renungkan kembali tuguran TUN dan angaplah sebagai teguran yang membina dan menyedarkan dari lena…

  20. Anak_Nogori says:

    belajar lah dari sejarah dulu…jangan marahkan nyamok…kita bakar kelambu..kunun nak ajar pak lah..UMNO yg jadi mangsa,,nak bangkit banyak ranjaunya.

    sekarang org UMNO seharusnya bersatu..nak2 dihidangkan dgn kemelut perebutan kuasa kerajaan Selangor…amik peluang ini…jangan dilepaskan begitu saja..kena pro aktiflah..

  21. bangKano says:

    Pada aku baik Tun M ato DSN depa sama jerr masing masing ada kekuatan & kelemahan. Tang kelemahan Tun M punyai sikap ego yang melampau & bertindak tidak memperduli kan masaalah persekitaran seperti tergesa gesa melaksana kan PPSMI tanpa sebarang risec & pandangan pihak bijak pandai,guru & murid murid yang terlibat. Tindakan nya melulu…semua nya nak pantas ke depan tanpa memikir kan kapasiti komuniti yang tebabit…hasil nya projek PPSMI yang kunun nya nak memantap kan bi & penguasaan sains & matematik gagal sepenuh nya. Yang untung murid murid dari kalangan elit yang serba lengkap infrastruktur jika di banding kan anak anak golongan bawahan luar bandar & bandar…depa la yang menjadi masaalah untuk mencapai kepahaman ketika sesi pembelajaran/pengajaran sains dalam bahasa asing tak mudah di kuasai mereka. Tak negara yang maju cuma mengguna kan bahasa selain bahasa ibunda untuk menguasai ilmu termasuk AS,UK & negara Eropah termasuk Asia seperti China,Jepun & Korea Selatan. Ni la kebebalan Tun M yang amat ketara walo pun beliau dah berjaya memaju kan kan ekonomi negara ni tapi tak jugak berjaya mengatasai kehebatan China,Jepun & Korea dalam bidang ekonomi,teknologi dll yang sanggup bergantung pada bahasa nenek moyang mereka. Bahasa sendiri bukan halangan nak capai kemajuan teknologi yang penting usaha gigih & keyakinan diri terhadap budaya sesuatu bangsa. Kalo Jepun boleh maju dalam ekonomi & teknologi ngan bahasa nenek moyang depa napa kita masih lagi merasa hina nak menguasai ilmu menerusi bahasa melayu…? Kalo Jepun sendiri tak malu malu guna kan istilah & terma bahasa antarabangsa dalam sains & perdagangan napa kita plak merasa malu cedok istilah antarabangsa ke dalam khazanah bahasa melayu…? Dalam era globalisasi ni pinjam & cedok dari idea & istilah pihak lain dah jadi satu kelaziman alami…bangsa inggeris pun nak maju depa banyak cedok istilah/terma & kata kata dari bahasa latin napa kita malu berbuat tindakan serupa…? ” Malaysia Boleh ” cuma jadi slogan klise lagi hipokritis termasuk manusia elit melayu termasuk Tun M sendiri. Memang melayu mudah lupa dan masih tertanam jiwa rendah diri serta minda ketaklukan/captive mind termasuk Tun M ni.

    DSN pun sama jugak bebal nya….masih lagi mempunyai sikap rekonsialiasi yang tak kena pada masa & ruang…semua nak nak di kompromi demi politik peribadi & parti supaya dapat belas kasihan dari elit & kelompok pemegang ekonomi negara haghap haghap depa ni menyokong BN kunun….biaq marwah marwah & agama oghang melayu di perleceh kan asal kan matalamat politik tercapai…ujung ujung melayu sentiasa mololong lolong mintak tolong nak survive di tanah tumpah darah nya sendiri pada kaum penghijrah dari China.

    Rumusan Tun M & DSN sama sama bebal lagi pandir ….2×5=10….5×2 pun 10 jugak…bak kata Pie: Dok Pi Dok Mai Dok Tang Tu Jugak….!!!!

  22. kancil says:

    Pasti cadangan nak hapus Akta Hasutan menambah senarai sikap tak peduli DSN terhadap rasa hati dan nurani orang Melayu. Pelbagai pihak Melayu dah resah gelisah, keliru dan tertekan. Tapi yang lebih menyakitkan tentulah tindakan berdiam diri DSN kepada suara-suara ini. Eloklah TM meletop sebelum orang Melayu meletop. Apa hakikat sebenar falsafah pemikiran DSN ? Pada mata rakyat masih ada lagi perkara yang dirahsiakan oleh DSN. Maka kecurigaan pun mengelembung. Teguran TM buka floodgate. Tapi DSN dan group harus terima hakikat semua ini adalah daripada mereka yang sayangkan beliau.

  23. bujuk says:

    hihihi…. TunM mahu Najib laksanakan semua nasihat dan idea dia. Sama zaman Paklah dulu…. tunM rasakan hanya pandangan dan idea dia terbaik dan mesti diikut. Sedangkan masa dia jadi PM dia tak dengar pun Nasihat Tengku Abdul Rahman dan Tun Hussein. TunM patutnya diam dan tak mencampuri urusan negara selepas bersara seperti PM yg. lain. Apakah tunM mahu Najib jadi boneka dia selepas K.Ros undur diri?

  24. WTF says:

    Laaaa, suka hati Mahathir la nak kata apa yang dia suka!!!

    Hang pun boleh kata apa hang suka Bujuk, terutama pasal kononnya Rosmah Mansor kontrol Najib Razak!!!

    Tapi nak suruh kami percaya, susahlah Bujuk!!!

    Grow up Bujuk, jangan baca Harakah sangat!!!

Leave a Reply