Menu Utama

Jangan Kata Dua, Satu Bulan Pun Tiada Malam Ini – Angkasa

hoax-moon
Agensi Angkasa Negara (ANGKASA), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan ini menafikan mesej-mesej di laman sosial dan juga pesanan ringkas yang mula tersebar berkenaan dengan kemunculan Bulan Berkembar dan juga Planet Marikh akan membesar seperti Bulan pada 27 Ogos 2014 ini.

Ia merupakan mesej lama yang telah tersebar sejak tahun 2003 lagi. Adalah dimaklumkan bahawa jarak planet Marikh adalah stabil pada orbitnya pada malam berkenaan adalah 201.69 juta kilometer atau 125.28 juta batu dari Bumi, dan
bukannya 34.65 juta batu seperti yang dikhabarkan. Pada jarak ini, Marikh hanya akan kelihatan seperti sebuah bintang merah di langit malam. Marikh juga akan terbenam sekitar jam 12 tengah malam dan oleh yang demikian ia tidak lagi kelihatan selepas daripada waktu itu.

Manakala bagi keterangan berkenaan dengan Bulan berkembar dan juga gambar yang diolah semula itu, adalah jauh dari kebenaran. Seperti yang kita sedia maklum, Bumi hanya mempunyai sebuah satelit semulajadi iaitu Bulan yang sentiasa dapat kita lihat.

Untuk makluman juga, Bulan pada malam tersebut berada pada fasa bulan pada hari berkenaan, 27 Ogos 2014 adalah pada fasa anak Bulan dan bukannya bulan penuh seperti yang dinyatakan dalam mesej-mesej tersebut.

Bulan juga akan terbenam awal pada hari tersebut iaitu sekitar 8:30 malam dan ianya tidak lagi kelihatan pada jam 12 tengah malam seperti yang ditulis dalam rantaian mesej berkenaan. Fasa bulan penuh yang terdekat adalah pada 11 Ogos 2014 dan 9 September 2014.

Menambah kepada dua fenomena yang palsu ini adalah yang mana ia hanya akan berlaku lagi pada tahun 2287. Fenomena ini adalah tidak benar sama sekali dan tidak akan berlaku, jauh sekali untuk berulang pada masa akan datang.

Kelemahan helah ini adalah kepada ketiadaan sumber penulis dan rujukan dari hasil penulisannya. Dan masyarakat Malaysia harus lebih bijak dalam menyampaikan berita dan juga mencari kesahihannya sebelum memanjang-manjangkan berita palsu seperti ini.

Sumber Agensi Angkasa Lepas Malaysia






4 Komen to Jangan Kata Dua, Satu Bulan Pun Tiada Malam Ini – Angkasa

  1. raplahjingaa says:

    Bulan…bulan….jangan sebulan 2 kali orang perempuan datang bulan cukup…hehe

  2. […] From: MYKMU.NET: DEMI SEBUAH PERJUANGAN: Jangan Kata Dua, Satu Bulan Pun Tiada Malam Ini – Angkasa […]

  3. Pak Tho says:

    hanya ilmu yg menhalang seseorang itu tidak mudah terpedaya.

  4. samad says:

    Paling best ialah jarak Marikh 34.65 juta batu dari bumi.

    Peh dekat sangat tu. Sikit lagi nak berlanggar.

Leave a Reply