Menu Utama

IJN Nafi Saari Sungip “jadi mangsa sumpah baiah” Pas

Sejak petang tadi, penyokong Parti Islam se-Malaysia (PAS) menyebarkan pesanan ringkas (SMS) bahawa ADUN Hulu Klang, Saari Sungip dari PAS dimasukkan ke Istitut Jantung Negara kerana sakit jantung. Namun menurut Suara.TV, Institut Jantung Negara (IJN) menyatakan laporan tersebut adalah palsu dan tidak berasas.

SMS tersebut dipercayai bertujuan menakutkan wakil rakyat Pas yang ingin belot dari parti tersebut. Mereka mendakwa Saari Sungip sakit jantung setelah derhaka dengan baiah Pas apabila mendahului keputusan parti Pas untuk menyokong Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor.

Semalam Saari Sungip dan Hasnul Baharudin, ADUN Morib dari Pas mengejutkan negara apabila mengumumkan sokongan secara terbuka kepada Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baru. Ini sekaligus menimbulkan kemarahan pucuk pimpinan Pas yang sedang bermain tarik tali sama ada mahu menyokong Khalid Ibrahim atau Wan Azizah,

Malah Hasnul Baharudin dikatakan mengeluarkan kenyataan terbuka petang tadi mengkritik Pas yang masih belum membuat keputusan mengenai perebutan jawatan Menteri Besar di Selangor.

Menurut Suara.TV, Hasil tinjauan dan pemeriksaan mereka di Institut Jantung Negara (IJN) sebentar tadi mendapati tiada nama pesakit yang didaftarkan diatas nama Saari.

“Mengikut data kemasukan sepanjang hari ini, tiada sebarang nama yang direkodkan atas nama beliau” ujar pegawai IJN yang bertugas.

Beberapa blog sebelum ini mendakwa kononnya Astro Awani melaporkan ADUN tersebut berada dalam keadaan kritikal setelah mengadu sakit dada kepada isterinya, Alizs Jaafar dirumah mereka di Taman Sri Ukay, Hulu Klang sebelum dimasukkan ke hospoital bagi mendapatkan rawatan kecemasan.

Laporan tersebut kemudiannya disebarkan oleh pihak-pihak tertentu melalui aplikasi Whatsapp.

Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr. Hasan Ali dilaporkan berkata Saari Sungib mungkin melanggar baiah bersama Pas sekiranya beliau memutuskan untuk keluar parti semata-mata kerana keengganan Pas Pusat menyokong pencalonan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor.

Menurut Hasan Ali pelanggaran baiah berlaku apabila seorang pemimpin atau ahli Pas melakukan perbuatan yang bercanggah dengan pendirian Pas Pusat.

Saari merupakan salah seorang dari dua ADUN PAS yang menyokong perlantikan Wan Azizah Ismail semalam.






10 Komen to IJN Nafi Saari Sungip “jadi mangsa sumpah baiah” Pas

  1. Baba says:

    Hahahahaha, kena sumpahan sebelum keluar parti

  2. dkds says:

    Rasanya di hospital lain kot…

  3. Pak Tho says:

    Apalah sangat baiah pas ni. Main bini org, jlat pantat bini orang, tayang spender lagi lagi dasyat dari baiah tu,selamba je langgar. Dapat sokongan lagi dari ahli pas. Alasan…….,fitnah Umno. Kalau macamni mentaliti ahlinya, alamat berkubur lah pas.

  4. kulaan says:

    Zaman akhir zaman, baiah pun orang tak takut dah..Orang masing-masing lebih takut mati..Jadilah kita semua umpama buih di lautan…

  5. Lan Halmi says:

    Baiah atas perkara ciptaan manusia dari baiah atas hukum Allah.karut .

  6. raplahjingaa says:

    PAS ni mengarut tak habis-habis…berapa kali dah UMNO depa sumpah macam-macam….ok jer, aku rasa sumpah baiah PAS tu pun mengarut, ntah betul ke idak hukumnya.

    Yang pasti 2 ADUN PAS sanggup jadi ahli bebas !! siapa yang rugi ?? PAS jugak yang rugi….macam selalu.

  7. alimedanbaru says:

    APA NAK DIHAIRAN BANG
    sedangkan demi politik..kalimah ALLAH boleh digadai beli
    inikan pulak manusia wan zizzah
    apa kelebihan anwar untuk disokong
    kalau bukan bersebab $$$$$$$
    apa yg ADUN PAS untong dengan sokong Anuar dan durhaka pada parti
    kalau bukan bersebab wang ringgit harta benda
    memng tiada bukti
    yg pasti mereka dulu berani durhaka kpd Tuhan
    apa ada pada parti dan presiden parti
    politik hanya alat untuk capai matlamat kepentingan diri
    parti kenderaan sahaja yg boleh ditukar ganti….

  8. shimo says:

    Org bodoh je ckp gini….baiah….what da F….
    ramai lg org bt bende keji dr tu aman damai je…
    cntoh…klau ketua pemude PAS kne ghaout. ..dia langgor ape plak..??? xpyh cite tulah laa…anda smua bkn cukp ilmu nk ulas tindakn tuhan….

  9. omega says:

    Kat mental hospital kot

  10. semangat dato' haron says:

    Saari sungip laknatullah….sekarang imej pas parti yang ahlinya setia dlm jemaah dah tercalar. Ini buktinya betapa dajjalnya Anwar…

Leave a Reply

Threesome