Menu Utama

Hisham Mahu Akta Hasutan Dimantapkan

LANGKAWI 15 Ogos – Akta Hasutan perlu diperkasakan dengan secepat mungkin ekoran pelbagai penghinaan yang kian berleluasa sejak kebelakangan ini, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau yang juga Pengerusi Biro Perlembagaan dan Perundangan UMNO berkata, perkara itu merupakan sesuatu yang wajar diperjuangkan bagi mengimbangi kebebasan bersuara serta hak individu dengan perkara pokok yang boleh menghancurkan negara.

Hishammuddin Hussein“Jika undang-undang sedia ada tidak cukup untuk mempertahankan institusi raja serta semua agama yang ada di negara ini daripada dihina, maka tiada sebab untuk UMNO tidak memperjuangkan perkara ini (memperkasa Akta Hasutan).

“Kebelakangan ini kita lihat bagaimana pelbagai penghinaan dibuat termasuk ke atas Yang di-Pertuan Agong. Jika majoriti rakyat merasakan sesuatu perlu dilakukan terhadap mereka yang sewenang-wenangnya menggunakan media sosial, maka kita perlu lakukan,” katanya di sini hari ini.

Baru-baru ini Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah menzahirkan rasa dukacita baginda terhadap banyak kejadian yang menggugat keharmonian kaum dan agama kebelakangan ini.

Titah baginda, pelbagai ketegangan agama dan ideologi perkauman yang berlaku dalam masyarakat terutamanya di media sosial membayangkan sikap tidak beradab terhadap pelbagai keputusan yang telah dimuktamadkan oleh datuk nenek semua warga.

– Utusan Malaysia






12 Komen to Hisham Mahu Akta Hasutan Dimantapkan

  1. mohd faisal bin abdullah says:

    Bagus sgt tu.klu blh yg post terus d tahan utk soal siasat dlm 2 jam dr posting. Klu PDRM tak cukup anggota PINJAMKAN anggota tentera. Padan muka krna salah gunakan kebebasan bersuara yg d benarkan.malula dgn negara jiran.

  2. Pak Tho says:

    Setuju. Akta tu perlu diperkemaskan lagi.

  3. raplahjingaa says:

    Hisham kena la pi bagi tau sepupu dia kat putrajaya….yakinkan sepupu dia tu.

  4. zizan says:

    Sebenarnya tak perlu nak mantapkan apa akta.Bagitau kat sepupu kau yang lembik tu supaya bersikap adil dan jangan buat pendakwaan terpilih semata-mata ingin mengejar undi bukan melayu. Kalau sikap pilih bulu sepupu kau tu tak ubah,pinda lah akta apa pun tak guna. Ada faham ke mat keris?

  5. Rohee colnago says:

    1) Kembalikan ISA
    2) Najib kasi sunat lagi sekali
    3) Ghani Patail…terajang luar
    4) Dan… Yang paling utama, si gila kuasa, si tamak, si gelojoh, si munafik, si bangsat, si kaki sondol, si penipu, si sombong, si kaki songlap Anuwar Berahim di sumbat dalam penjara, kasi seal rapat-rapat dan simpan lama-lama. Forever and ever. Cut off from the world. Art of war…. Korbankan seorang utk kebaikkan billion orang.

    Yang no. 4 ni perlu di lakukan dulu bersama-sama dengan no.3

  6. Baba says:

    Tu la dulu ada ISA pergi hapuskan, lepas tu ada plak nak hapuskan akta hasutan. Skrg tgk apa terjadi. Lain kali jgn ikut telunjuk pembangkang.

  7. alimedanbaru says:

    Pandang kedepan
    lepas dibagi peluang..rupanya banyak yg kurang ajar dan masih berkepala babarian
    banyak yg berperangai spt melepaskan anjing tersepit
    najib cuba berkompromi
    ingatkan mereka dah matang
    dulu beria-ia mati-matian nak mintak hapus ISA
    rupanya mereka jalang
    mereka hantu syaitan
    yg tak boleh dibuat baik
    eloklah kerajaan bertegas semula
    kalau tak akan muncul pembela keris dan tombak
    siapa susah nanti….

  8. kayu says:

    Selepas dimantapkan ,tangkap Melayu banyak-banyak ,..!!!…,undang -undang hanya untuk tangkap Melayu ..!!!!..,bangsa lain kebal undang-undang, kerana menteri dan yb bangsa lain sibuk jaga bangsa mereka,,,.!!..menteri dan wakil rakyat Melayu sibuk menjaga poket dari jaga bangsa sendiri….!!!!

  9. FARID IBRAHIM says:

    Teruskan D.Sri…sehingga titisan darah terakhir kita berpegang teguh pada amanat nenek Kluang kita Untuk Malaysia yg tercinta dan berdaulat ini. Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!

  10. FARID IBRAHIM says:

    Maaf nenek moyang kita…typing errors

  11. sireh ke gagang says:

    takda guna apa pun ISA diwujudkan semula . kalau nak , wujudkan akta baru yang lebih keras dari ISA .TAPI mengikut acuan kita sendiri. bukan copy & paste dari ISA . SOSMA 2012 dikatakan akta pengganti ISA. Tapi kita lihat , sosma ini macam lembik dan kurang efisyen . mungkin rakyat perlu diperjelaskan berkaitan SOSMA ini , seperti mana yang kerajaan lakukan pada GST skrg. penjelasan dalam mass media yang berterusan dan taklimat2 giat dijalankan. pasal AG , malas aku komen . kesimpulannya , AG dah harus dipencenkan ! itu shj .

  12. Jambol says:

    Alahai ! Dulu dialah yang beria-ia sangat menghapuskan ISA semasa menjadi Menteri Dalam Negeri. Sekarang nak mantapkan Akta Hasutan yang sepatutnya dilaksanakan dah lama dulu. Sudah sedarkah dia yang “seruan” dan “nasihat” nya itu tidak dipedulikan oleh orang ramai ?

    Jelas sekali akta hasutan yang ada tiada kuku; bukan saja perbicaraan yang dijalankan mengambil masa bertahun-tahun, hukuman yang dijatuhkan menggalakkan lebih ramai orang melanggar akta tersebut. Sistem kehakiman perlu direformasikan juga.

Leave a Reply

Threesome