Menu Utama

Hari-Hari Terakhir Hadi Awang

Oleh Riana Abd Aziz

Lebih dari dua minggu krisis perebutan jawatan Menteri Besar Selangor dan sepanjang masa itulah rakyat Selangor serta rakyat Malaysia melihat dengan jelas pelbagai watak sebenar manusia yang menjadi pemimpin parti politik selama ini.

hadi-peningUmpama drama sinetron waktu petang, watak Presiden Pas dan barisan kepimpinannya dilihat amat bercelaru. Bermula dengan garang kononnya menolak nama Wan Azizah, isteri Anwar Ibrahim sebagai pengganti Khalid Ibrahim dan berakhir dengan akur kepada kehendak majlis kepimpinan Pkr dan Dap.

Hingga ke hari ini usaha menaikkan semula nama Presiden Pas, Hadi Awang berjalan dengan begitu agresif. Pelbagai alasan dan cerita dibuat agar menampakkan Pas kononnya dari awal tidak mengkhianati pakatan pembangkang.

Kenyataan dari Ketua Pemuda Pas Pusat semalam, Suhaizan Kaiat mendedahkan bahawa Pas telah membuat keputusan mengemukakan nama Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sebagai calon alternatif Menteri Besar Selangor adalah disebabkan Presiden PAS, Hadi Awang sudah mengadap Sultan Selangor dan dinasihatkan menghantar dua nama calon.

Pendedahan Suhaizan dilihat cuba memperlihatkan bahawa Pas kononnya kekal setia dalam urusan pentadbiran Selangor. Pas kononnya tidak pernah membelakangi Dap dan Pkr.

Turut menyokong kenyataan Ketua Pemuda Pas Pusat adalah Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Zulkefly Mohd Omar, “Keputusan itu dibuat sendiri pimpinan Pas Pusat tanpa pengaruh DAP dan PKR”

“Keputusan meletakkan dua nama, iaitu Dr Wan Azizah dan Azmin, adalah bagi membolehkan Sultan Selangor membuat pilihan.

“Kita hormati rakan parti dan keputusan itu dibuat hasil perbincangan bersama pemimpin Pas dan itulah pendirian kita,” katanya.

Usaha menegakkan kesilapan yang amat besar dalam sejarah setiakawan antara Pas, Dap dan Pkr hanyalah untuk menutup keretakan yang berlaku dalam Pas itu sendiri.

Sepanjang kemelut perebutan jawatan Menteri Besar, dapat dilihat dengan jelas berlaku keretakan dan perbalahan terbuka antara dua golongan. Golongan Ulama dan golongan profesional. Pertikaian antara mereka bermula dengan isu menafsirkan “Kenyataan Rasmi” Hadi Awang berhubung dengan penolakan nama Wan Azizah sebagai pengganti Khalid.

Ada yang tafsir itu hanyalah pandangan peribadi Hadi Awang dan ada yang menafsirkan itulah keputusan rasmi parti.

Amat memalukan bila nama Sultan mula digunakan untuk menjustifikasi penolakan Presiden Pkr, Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar. Kalaulah ini sebabnya, kenapa perlu bermesyuarat lagi untuk membincangkan mengenai kepimpinan Wan Azizah?

Tambah parah, Pas mula bermain wayang lagi sekali bila menjawab isu 2 Adun Pas yang ingkar arahan Pas Pusat.

Setiausaha Agung Pas, Mustafa Ali berkata, pihaknya telah menerima laporan dihantar Pas Selangor, bagaimanapun belum memikirkan tindakan kerana menanti penyelesaian kemelut politik di Selangor berakhir.

Nampaknya Hadi Awang wajar berfikir untuk penggal hadapan, undur cara hormat atau diundurkan. Ahli parti tidak lagi sebodoh yang disangka.

Maka hanya masa yang akan menentukan bilakah Hadi Awang akan disingkirkan dari Pas!






15 Komen to Hari-Hari Terakhir Hadi Awang

  1. yon76er says:

    Ada aku kisah ker?????? saapa pon yg ganti dia (2×5…5×2)…

  2. mooo says:

    PR tak sibuk pun pemilihan MB/KM di Johor, Melaka, NS, Perak, Kedah, Perlis, Trengganu, Pahang, S & Srawak.

  3. WTF says:

    Hehehehe, ya ker Mooh!!!

    Bukan masa perlantikan MB Terengganu awal tahun ni, hang melalak macam lembu kena culik dgn UMNO???

    Hehehehehehe!!!!

  4. Pak Tho says:

    Kalau Sultan titah agar mahu wakil dari pas bukan dari pkr,mcmna?. Tak meleleh ke air liur. Atau takut nanti dap letak hukum munafik kat pas

  5. alimedanbaru says:

    Orang Islam itu amat berkasih sayang dengan saudara Islamnya
    dan amat tegas dengan orang kafir.
    Pandang kiri
    toleh kanan
    tengok depan
    lihat belakang
    campur tolak kali dan bahagi
    maka jawabnya – Pas dan kepimpinannya tak boleh pakai
    Majlis Syura melambangkan ‘keIslaman’ dan lunyai
    Pas hanya pada lebai dan jubah sahaja…
    Pas terlepas peluang menjadi HERO yg jadi penyelesai bukan jadi abdi tukang ikut,,

  6. Nusantara Jones says:

    Dulu ketumgay nyaris musnahkan UMNO dgn rasuah, kronisme dan kes rogol sejenis. Skrg ketumgay berjaya musnahkan geng pak lebai dlm PAS dgn golongan liberal. Inilah balasan Allah kepada mereka yang menyembunyikan perbuatan mungkar.

  7. WTF says:

    Parti yg nak melingkup mcm ni lah…

    Betul tak Mooh!!!

  8. Sebab tu DAP giat dgn program merekrut anak malayoo sbb depa dh nmpak PAS dan PKR dah rapuh dan tunggu masa nak berkecai je…ancaman buat org malayoo, berhati2 sebelom malayoo hilang kuasa…anak muda makin cenderung dgn DAP

  9. raplahjingaa says:

    Itu lah aku rasa untuk selamatkan PAS…..macai PAS semua lebih elok keluar PAS 360 dan join DAP !! bila ramai ex macai PAS dalam DAP, depa boleh angkat mat sabu jadi presiden !!

  10. alimedanbaru says:

    dalam kes Iblis dia kena kutukan dan hukuman
    sebab enggan tunduk kepada Adam
    dia sombong, engkar dan tidak mahu ikut perintah Tuhan
    dalam kes Pas
    Pas enggan akui UMNO sebagai pemimpin yg berjaya satukan rakyat masa itu
    ternyata dalam pilihanraya pertama dulu, Perikatan berjaya dengan cemerlang
    Pas tetap berdegil
    dengki
    tak iktiraf kepimpinan pilihan rakyat… UMNO
    LALU
    seperti perangai setan..Pas mula menjadi buas
    memfitnah, memecah belah masyarakat
    buat fatwa kafir mengkafir dan apa sahaja demi nak musnahkan Melayu UMNO
    itulah dia PAS
    yang hingga kini berkawan pulak dengan babak setan
    DAP dan PKR
    apa nak jadi dengan kau PAS
    sumpahan sampai kiamat kot??

  11. omega says:

    Selamat bersara wahai Lebai Malang. Dulu dengan amanat Hj Hadi anda naik ke mercu kuasa. Hari ini anda dimalukan oleh jemaah anda sendiri. anda tak ada maruah sebagai seorg ketua yg dihormati.

  12. bujuk says:

    Jangan risau… pemilihan akan datang akan ada pimpinan PAS yg. akan dikeluarkan, tapi insyaAllah TGHA takkan kemana2. AHli PAS masih percayakan beliau kecuali beliau memilih untuk tidak lagi memimpin PAS.
    UMNO tak perlu bimbang pasal TGHA… tapi bimbanglah kedudukan DSNajib yg. semakin lemah dan lemas.

  13. alimedanbaru says:

    baguslah bujuk TGHA tak kemana-mana
    dia masih disitu menjadi tunggul
    menjadi pak angguk
    dan telan air liur bila keputusan Majlis Syura dicampak oleh jenerasi baru Pas
    baguslah TGHA jadi penunggu arahan dari Anwar dan Guan Eng
    lu mimpilah bujuk
    Najib merancakkan ekonomi negara
    terpandang sebagai negarawan oleh pemimpin dunia
    sementara TGHA terpandang sebagai budak suruhan DAP dan PKR
    aku kesian bujuk
    aku kesian dgn TGHA….ADUHAIIII

  14. WTF says:

    Siapa2 jadi Presiden PAS memang aku tak ambil kisah, sebab buat macam mana pun, PAS takkan dapat perintah Malaysia!!!

    Hehehehehe!!!!

  15. raplahjingaa says:

    PAS dah dikuasai golongan anwarinas hampir secara total, lebai-lebai PAS bertambah malang nasib depa…mungkinkan ini satu kifarah ?? atas dosa-dosa depa menyesatkan ummah, dan melemahkan Islam.

Leave a Reply

Threesome