Menu Utama

Giliran Saari Sungip Buat U-Turn

Wakil rakyat PAS Saari Sungib menjelaskan, kehadirannya pada sidang media bersama Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebelum ini bukan untuk menyokong presiden PKR itu sebagai menteri besar Selangor, sebaliknya bertujuan menolak Tan Sri Khalid Ibrahim.

Bagaimanapun, kata ADUN Hulu Kelang itu, beliau menandatangani akuan berkanun (SD) yang antaranya menyokong Azizah kerana ia sudah didraf awal sedemikian rupa.

“Objektifnya ialah nak nafikan dakwaan Tan Sri Khalid yang mengatakan beliau ada (sokongan) majoriti (ADUN). (Bagaimanapun) sifat undang-undang SD itu berbentuk begitu, iaitu menarik sokongan dari Tan Sri Khalid dan sokong Wan Azizah.

“Bagi saya, Wan Azizah atau tidak, yang penting saya nak cukupkan 30 ADUN (yang tolak Khalid) itu. Oleh kerana (ADUN) DAP dan PKR (sahaja) tak cukup, jadi saya masuk,” katanya ketika dihubungiMalaysiakini.

Saari sebelum ini hadir dalam sidang media itu bersama seorang lagi ADUN PAS Hasnul Baharuddin (Morib), yang menyebabkan disiasat parti Islam itu kerana membuat pendirian sebelum jawatankuasa pusat PAS bermesyuarat.

Majlis Syura, Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul AM PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat sebelum ini menyokong Khalid kerana tidak nampak keperluan beliau ditukar.

Keputusan itu bagaimanapun berubah selepas mesyuarat jawatankuasa pusatnya 17 Ogos lalu dan selepas PKR memecat Khalid. PAS kemudian menerima pencalonan Azizah di samping mencalonkan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali.

Tindakan terhadap Saari dan Hasnul kini dilapor ditangguhkan sehingga menunggu kemelut pentadbiran negeri itu selesai.

Pengkhianat atau wira?

Sementara itu, terdapat beberapa ahli jawatankuasa (AJK) pusat PAS yang tidak melihat tindakan Saari dan Hasnul sebagai salah secara keseluruhannya atau berniat jahat.

Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa antaranya berpendapat tindakan mereka berdua minggu lalu bertujuan mengukuhkan Pakatan negeri walaupun tindakan itu “mungkin betul dan mungkin tidak”.

“Saya tak nyatakan mereka salah atau betul. Saya cuma nak gambarkan betapa sukarnya waktu itu untuk membuat perkiraan demi mengukuhkan Pakatan di peringkat ADUN,” katanya ketika dihubungi kepada Malaysiakini.

“Tetapi itu pun tidak boleh dianggap salah kerana keputusan besarnya ialah bersama (Pakatan). Cuma, cara bagaimana di peringkat ADUN ini bertindak tidak ada pendekatan yang tuntas (menyeluruh).”

Sementara itu, seorang lagi AJK PAS Hanipa Maidin pula semalam berkata, tindakan Saari dan Hasnul sedikit sebanyak membantu Pakatan keluar daripada keadaan tidak menentu yang boleh mendorong sultan membubarkan DUN.

Katanya, walaupun ada yang menganggap mereka “pengkhianat”, tidak mustahil suatu hari nanti generasi akan datang menobatkan mereka sebagai wira.

– Malaysiakini.com






17 Komen to Giliran Saari Sungip Buat U-Turn

  1. WTF says:

    Cakap jer lah Saari Sungip yang hang dapat offer lagi bagus dari DAP & PKR berbanding apa yang Hadi Awang offer!!!

    Nak COVER2 pulak!!!!

  2. raplahjingaa says:

    PAS 360…lalalalalala…lalalala…lalalala…

  3. PakLong says:

    Presiden buat U-Turn, Mursidul Am buat U-Turn…laa ni si mamat Saari Sungip pun buat U-Turn. Memang dasar parti suka buat U-Turn kot? Apalah nak jadi dengan orang-orang PAS ni…asyik mendustakan kata-kata sendiri. Mungkin ini balasan dari Allah terhadap golongan yang suka mengkafir sesama orang Islam dan sering mendoakan malapetaka menimpa orang-orang Islam yang lain yang tidak sependapat dan sealiran dengan mereka. Wallahuallam.

  4. WTF says:

    “Saya jumpa Nik Aziz dan beliau berikan nasihat yang terlalu susah untuk saya lakukan.

    “Beliau ingatkan dalam politik banyak yang munafik. Saya ingatkan beliau suruh hapuskan munafik tetapi jangan malukan mereka, sebaliknya sabar membetulkan mereka,” katanya ketika berucap di hadapan 300 hadirin di kediamannya di Shah Alam.

    Nik Aziz baru-baru ini tetap bertegas mahu Khalid kekal sebagai menteri besar Selangor kerana tiada apa-apa kesalahan yang dilakukan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang itu.

    https://my.news.yahoo.com/jangan-malukan-munafik-sabar-betulkan-mereka-kata-nik-131709287.html

    Baik Nik Aziz pesan kat diri sendiri, hahahahahahahaha!!!!

  5. […] From: MYKMU.NET: DEMI SEBUAH PERJUANGAN: Giliran Saari Sungip Buat U-Turn […]

  6. Baba says:

    Dia u turn la sebab ada ura2 nak kena tindakan dr pas.

  7. Anak Lenggong says:

    Best baca bicara ini…

    Tidak dapat dinafikan Pas bernafsu tapi tak mampu lawan PKR, DAP?

    Pemimpin, penyokong dan ahli Pas yang pro golongan ulama perlu mengakui bahawa penguasaan mereka dalam parti itu sudah berakhir, bersedialah untuk transformasi melalui laungan reformasi yang bakal menyaksikan golongan itu sekadar ‘penghias organisasi.’

    Kegagalan golongan itu menahan arus kuat dalam menentukan pencalonan Menteri Besar (MB) Selangor pada mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat, kelmarin sudah menjadi isyarat awal bahawa Pas kini bukan lagi ‘milik ahli Pas’.

    Sebaliknya Pas ibarat sekadar sebuah parti yang segala keputusan harus mendapat restu dan kelulusan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP. Tanpa izin kedua-dua parti itu segala kehendak, kemahuan dan keputusan Pas hanyalah ibarat buih di tengah lautan, banyak tetapi tidak membawa apa-apa manfaat.

    Bayangkanlah, maruah Pas bagaikan diinjak-injak apabila keputusan parti itu mencalonkan dua nama iaitu Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Azmin Ali ditolak mentah-mentah oleh PKR dan DAP. Sebaliknya Pas dipaksa untuk akur dengan kehendak kedua-dua parti tersebut yang hanya mahu Wan Azizah sahaja dicalonkan.

    Perasaan hormat terhadap Pas seolah-olah tidak wujud memandangkan cadangan Pas diketepikan tidak sampai enam jam selepas mereka membuat keputusan dalam satu mesyuarat yang menjadi tumpuan seluruh negara.

    Ketika pemimpin-pemimpin Pas daripada golongan bukan ulama mahu penyokong serta ahli mereka menghormati keputusan parti yang dibuat melalui mesyuarat itu, mereka sendiri seolah-olah ‘mengkhianati’ arahan dibuat demi memenuhi nafsu dan kehendak politik PKR dan DAP.

    Hebat betul pemimpin-pemimpin Pas tersebut menunjukkan teladan bagaimana hendak menghormati pendirian dan keputusan parti.

    Sebenarnya, pusingan ‘U’ yang dibuat oleh Pas bukanlah satu kejutan sebaliknya sudah dijangka oleh banyak pihak. Sebab itulah ramai yang sinis apabila sebelum ini pemimpin-pemimpin Pas kononnya akan mengikuti keputusan Majlis Syura Ulama mengekalkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai MB.

    Memang benar, Abdul Khalid sukar dipertahankan oleh Pas memandangkan beliau bukan lagi ahli PKR tetapi bagaimana dengan Wan Azizah? Presiden PKR itu bermati-matian ditolak oleh Pas sehingga pada saat-saat akhir pun pemimpin Pas dilihat bertegas dengan pendirian itu.

    Tetapi ketegasan itu sebenarnya hanya membuatkan pemimpin-pemimpin PKR dan DAP mengukir senyuman. Mereka tahu kelemahan Pas dan memahami sejauh manakah keberanian pemimpin parti itu.

    Sebab itulah, mereka tidak berasa takut untuk memberi tekanan kepada pemimpin-pemimpin Pas supaya membuat keputusan segera berhubung kedudukan MB Selangor.

    Dan ternyata tekanan itu berjaya, pemimpin-pemimpin Pas yang sebelum ini begitu lantang tidak mahu Wan Azizah, akhirnya kehilangan suara dan keberanian untuk menyanggah arahan PKR dan DAP.

    Keadaan itu memungkinkan Pas dilihat sekadar bernafsu untuk melakukan itu dan ini tetapi hakikatnya sama sekali tidak berkemampuan bagi mencapai kepuasan yang mereka inginkan dalam agenda politiknya.

    Jangan disalahkan golongan ulama dan bukan juga kegagalan kepimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Presiden sebaliknya salahkan seluruh pemimpin, penyokong dan ahli Pas kerana gagal menyedari bahaya menanti apabila mereka menempatkan pemimpin yang dilihat lebih cenderung memenuhi agenda PKR dan DAP.

    Abdul Hadi sudah menunjukkan ketegasannya apabila semalam menegaskan, Pas tetap mencalonkan dua nama dan bukan satu nama seperti mana dikehendaki oleh sekutunya.

    Akibat peranan segelintir pemimpin kumpulan bukan ulama, Pas dalam pakatan pembangkang bukanlah ‘tuan’ apatah lagi pencatur perjalanan politik gabungan itu, sebaliknya Pas hanyalah ‘hamba politik’ yang perlu akur dengan apa juga kehendak dan kemahuan politik PKR dan DAP.

    Kesanggupan dan kesediaan Pas untuk setia bersama pakatan pembangkang berikutan tekanan segelintir pemimpin bukan ulama membuktikan parti itu sudah tiada lagi jati diri, Pas tidak lagi memiliki apa-apa kekuatan dan Pas juga hilang segala prinsip perjuangan.

    Jati diri Pas sudah dirosakkan dengan agenda politik PKR dan DAP, kekuatan Pas sudah dineutralkan oleh nafsu politik PKR dan DAP manakala prinsip perjuangan sudah digadaikan kepada kedua-dua parti itu demi matlamat mengejar kekuasaan.

    Jangan mengharapkan apa-apa lagi daripada Pas, usah berbicara soal untuk mengajak Pas mempertahankan hak Melayu dan usaha dipelawa Pas memartabatkan Islam kerana Pas tidak mempunyai kemampuan untuk itu semua, Pas hanya ada nafsu politik, nafsu mahu berkongsi kuasa bersama-sama PKR dan DAP serta nafsu mahu menumbangkan Barisan Nasional (BN) semata-mata.

    Mungkin seperti biasa hujah-hujah seumpama ini akan dianggap sebagai usaha untuk memecah belahkan pakatan pembangkang, tidak mengapa kalau itulah yang hendak ditafsirkan oleh pemimpin dan ahli Pas yang masih belum lagi membuka mata, hati dan fikiran mereka bahawa parti itu hanya sekadar `pak turut’ dan `lebai malang’ dalam pakatan pembangkang.

    Kepada ahli-ahli Pas terus beristiqamah dalam perjuangan parti itu kerana ia amat penting bagi memenuhi segala kehendak PKR dan DAP. Janganlah membuat tindakan dan janganlah membuat desakan mahupun bantahan terhadap kedua-dua parti berkenaan kerana ia ibarat menghabiskan air liur sahaja.

    Lebih baik jika selepas ini apa pun mereka hendak cakap, apapun mereka hendak lakukan, tanyalah dahulu ‘tuan sebenar’ politik mereka iaitu PKR dan DAP. Pemimpin-pemimpin Pas khususnya daripada golongan ulama sudah tiada apa-apa lagi kekuatan, Majlis Syura Ulama bagaikan ‘pelengkap organisasi’.

    Ini memandangkan bukan Pas yang menentukan nasib mereka, bukan majlis syura yang berhak memastikan Pas tidak tergelincir daripada landasan perjuangan tetapi segala-gala ada di tangan Majlis Presiden Pakatan Rakyat.

    Buatlah apa pun keputusan, nyatakan apa pun pendirian, akhirnya majlis tersebut akan mempunyai kuasa veto untuk memastikan Pas akur dengan apa yang diatur oleh PKR dan DAP.

    Dan selepas ini teruslah bersedia untuk membantu kedua-dua parti habis-habisan dalam pilihan raya kerana kemenangan mereka amat penting bagi membuktikan betapa setianya Pas dalam pakatan pembangkang.

    Malang sekali bagi Pas, sebuah parti yang cukup hebat dari segi perjalanan politik, begitu ‘gah’ kerana sejarah penubuhannya dicetuskan oleh sekumpulan ulama kini sekadar ‘pak turut’ dalam pakatan pembangkang.

    Tahniah kepada Pas khususnya segelintir pemimpin daripada golongan bukan ulama dalam parti itu kerana berjaya melaksanakan misi ‘Pas untuk semua’ dengan begitu hebat sekali. Ini memandang sudah terbukti Pas mampu melaksanakan misi ‘untuk semua’ kemahuan politik PKR dan DAP. Hebat!

    Oleh : Zulkiflee Bakar

  8. Pak Tho says:

    Betul lh apa yg dikatakan oleh dap, pas ni parti munaPIG. ( sebutan munafik ikut telo lks.)

  9. bujuk says:

    Atas apa alasan sekalipun… Mereka yg. langgar arahan parti perlu dhukum. Kalau ada prn lagi bagus… tak payah d calonkan semula orang camni.

  10. anonymas says:

    Sangap punya Saari

  11. anakbochek says:

    Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa antaranya berpendapat tindakan mereka berdua minggu lalu bertujuan mengukuhkan Pakatan negeri walaupun tindakan itu “mungkin betul dan mungkin tidak”.

    “Saya tak nyatakan mereka salah atau betul. Saya cuma nak gambarkan betapa sukarnya waktu itu untuk membuat perkiraan demi mengukuhkan Pakatan di peringkat ADUN” – Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa

    ————–
    Agenda mengukuhkan Pakatan adalah lebih unggul berbanding agenda hudud, negara Islam dan segala macam “islamik” bullshit yang cuba dibawa PAS. Agenda mengukuhkan Pakatan juga lebih penting walaupun pemimpin penting dalam Pakatan tersebut ada rekod meliwat, berzina, rasuah, LGBT, rasis, tolak Islam serta tolak perlembagaan. What the fuck PAS…

  12. reds says:

    pas patut buang perkataan islam…..dan nama parti ditukar kepada parti biawak semalaysia atau parti ular sawa semalaysia……perjuangan pas bukan lagi untuk islam….huhu..

  13. sireh ke gagang says:

    bujuk , tahalus siyasi . berapa % PAS dapat dari peliwat kali ini ?
    INI KALILAH ! pas telah terbukti parti yang cakap tak serupa bikin dan terus perasan sendiri .melayu tak bodoh ye bujuk . ….

  14. samad says:

    Tudia kita tgk geng PAS mencari alasan untuk perbuatan munafik mereka.

    Hehehehe take beer PAS

  15. ayob says:

    Aku dah bosan dgn pas.tiap kali mengundi sanggup hantar undi balik kampung kerana nak sokong pas.pru akan datang tukar alamat nak undi jat selangor sokong barisan nasional lagi baik.pas sekarang dah lain.tak ada pendirian langsung.dulu masa jln sendiri ok je skrg ikut telunjuk org lain.kena gempak dah u turn.fikir la sikit.Bn walaupun bercampur dgn bukan islam cakap dia laku.pas apa ada menurut je kata dap.kat selangor blh jadi mb punkasi kat org.ini hari ckp lain esok blh uturn.skrg aku pulak nak buatuturn.ha…..rasakan..r

  16. […] oleh salah seorang ADUN Pas yang dihadir dalam sidang akhbar tersebut, YB Saari Sungip, yang menyatakan kehadirannya pada sidang media bersama Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebelum ini bukan untuk […]

  17. […] oleh salah seorang ADUN Pas yang dihadir dalam sidang akhbar tersebut, YB Saari Sungip, yang menyatakan kehadirannya pada sidang media bersama Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebelum ini bukan untuk […]

Leave a Reply

Threesome