Menu Utama

Giliran PAS Selangor Pula Berpecah Belah

Majlis Syura PAS hanya akan bermesyuarat pada 17 Ogos nanti walaupun terus didesak dan ditekan oleh DAP agar menyegerakan mesyuarat atau sekurang-kurangnya menyatakan pendirian sebenar PAS sama ada menyokong Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor atau sebaliknya.

Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga merupakan ADUN Meru, Dr. Rani Othman menyatakan, ADUN-ADUN PAS telah diarahkan kunci mulut daripada memperkatakan tentang isu Menteri Besar Selangor. Sekaligus memberi petunjuk bahawa kebanyakan ADUN PAS akan menuruti arahan pucuk pimpinan parti agar menyokong Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Bagaimanapun, berdasarkan perkembangan terkini, ADUN Hulu Kelang, Shaari Sungib yang cukup dikenali sebagai penyokong kuat Anwar Ibrahim meskipun berada dalam PAS, menyatakan yang dia menyokong usaha menyingkirkan Khalid Ibrahim untuk digantikan dengan Wan Azizah Wan Ismail.

Shaari Sungib tidak gentar langsung dengan tindakan disiplin yang boleh diambil ke atas dirinya oleh pucuk pimpinan PAS memandangkan dia cukup yakin golongan Anwarinas yang berada dalam pucuk pimpinan PAS akan membelanya sekaligus memperkecil-kecilkan Presiden, Mursyidul Am dan Ketua Dewan Ulama PAS.

Ini bukanlah kejadian pertama yang melibatkan kucar-kacirnya PAS kerana perlakuan Anwarinas. Semenjak golongan Anwarinas bertapak dalam pucuk kepimpinan PAS bermula dari tahun 1998, PAS sememangnya sudah lama dilemahkan dan hanya layak menjadi alas kaki PKR dan DAP semata-mata. Kumpulan Anwarinas juga telah berjaya menjadikan PAS kecut perut apabila terpaksa berhadapan dengan kemarahan dan gertakan PKR serta DAP.

Walaupun mungkin sebahagian daripada ADUN PAS Selangor yang akan patuh kepada pucuk pimpinan parti tersebut, tetapi yang pastinya, sebahagian yang lain lebih terpesona dan patuh kepada Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng. Kalau ada yang beranggapan, 15 ADUN PAS Selangor akan menyokong Khalid Ibrahim sepenuhnya, anggapan itu akan silap.

Kuasa kumpulan Anwarinas bukan kecil. Pengaruh Anwar Ibrahim ke atas kumpulan ini juga menyeluruh. Kegagalan PAS memberi kata dua atau mengenepikan kumpulan tersebut semata-mata kerana menjaga hati Anwar Ibrahim dan Tahaluf Siyasi akan menyaksikan PAS bagaikan gergasi yang telah ditambat dan tidak mampu berkutik barang seinci pun apabila kumpulan Anwarinas yang juga dikenali sebagai kumpulan Parasit tersebut memulakan kerja mereka untuk mengotakan hajat dan kehendak Anwar Ibrahim.

Shaari Sungib mungkin salah seorang daripada mereka. Namun di kalangan 14 orang ADUN PAS yang lain, ramai daripada mereka adalah Shaari Sungib.

Kita hanya perlu menunggu keputusan mesyuarat Majlis Syura PAS untuk melihat Shaari-Shaari Sungib itu muncul satu persatu. Golongan Ahli Parlimen PARASIT sudah pun bersuara, jadi, ADUN-ADUN PARASIT juga sedang menunggu masa untuk bersuara.

Yang pasti, selain perpecahan PKR, turut sama berpecah adalah PAS. Atau lebih tepat lagi, mana-mana yang ada sentuhan Anwar Ibrahim, pastinya akan berpecah. Dan kalaulah bukan kerana ego yang melampau, rumahtangga Anwar Ibrahim pun sudah lama berpecah sebagaimana yang dikatakan Khalid Samad dalam Twitternya yang ‘terkenal’ itu tentang Wan Azizah yang telah dipukul suaminya, meskipun selepas itu, Khalid Samad kelam-kabut membetulkan ayatnya semula.






17 Komen to Giliran PAS Selangor Pula Berpecah Belah

  1. raplahjingaa says:

    Laaaaaa….PAS pun bertelagah ?? kuat betul pengaruh anwar dalam PAS, patut anwar di lantik jugak menjadi ketua umum PAS…hehehe

    Tak payah lah bertelagah….sokong je anwar tu biar orang selangor bermenteri besar kan makcik dari ceruk tuk kun seberang perai, Pulau Pinang, hehehe…..orang selangor akan dapat pemimpin dari kalangan rakyaat lim guan eng !!

    alahai…

  2. kuman says:

    Semenjak golongan Anwarinas bertapak dalam pucuk kepimpinan PAS bermula dari tahun 1998 … is the day he repeat what he done to UMNO and time will tell wheather the Ulamak faction will reign the power or balik kampung jadi nelayan .

  3. aku says:

    biasalah standard PAS..berani dengan UMNO je..sebab UMNO takkan lawan punya sesama Islam..

  4. Azre Ghazali says:

    Subhanallah …

    Tidak cukup cukup ker … peringatan dan tanda-tanda dari ALLAH swt kepada kita umat Islam di Malaysia mengenai perpecahan yg sdg berlangsung berpuluh tahun !!!!

    Apakah golongan anwaris terlalu bodoh atau berpura-pura bodoh akan apa yg diberi peringatan dari Allah swt.

    Ketika ini .. anak-anak Selangor sudah muak dengan pengkhianatan terhadap agama Islam …

    Anwar yg menyokong kalimah Allah swt utk diguna pakai oleh Kristian yg disokong oleh DAP …

    Penghinaan terhadap Ketua Agama Islam @ Sultan ….

    Tujuan penubuhan DAP yg mahu kuasa Sultan bertukar kepada BONEKA …

    Hak-hak istimewa anak-anak Melayu ditanah air sendiri .. yg mahu dihapuskan .. yg telah di tonjolkan oleh DAP pada 13hb May ……..

    Dan apakah lagi ayat-ayat yg perlu saya nyatakan disini … utk menyedarkan mereka ini yg saya kira …. didokong oleh RASUAH … yg menyaksikan tiada perbezaan diantara mereka dengan golongan YAHUDI ZIONIS …

    Malah lebih parah lagi. Sekurang-kurangnya Yahudi Zionis itu tidak mengKHIANATI bangsa mereka sendiri … !!!

    Subhanallah …

  5. semangat dato' haron says:

    Harap2 orang hulu kelang sedar betapa parasitnya manusia bernama shaari sungib ni…

  6. jackal47 says:

    Dalam UMNO pun sekarang pun ramai Anwarinas..baju UMNO..badan untuk Anwar..contoh mcm bekas Timbalan Menteri new politic tu…
    Cuma aku tertanya gak..dalam kecoh2 ni..mana gi penghantar passport Ketum tu..x nak defend dan memuja Ketum lagi ker? Ke senyap2 menyokong Ketum?? huhuhu

  7. Pak Tho says:

    Setelah dunia digemparkan dgn virus Ebola yg menulardan membawa kematian, di Malaysia telah ditemui virus baru yg dikenali sebagai virus al jubs telah menular dikalangan ahli² pas yg menyebabkan, perpecahan dan berantakan dikalangan mereka. Padan muka.

  8. Nadim says:

    Sdr Raplah Jingga…. kita namakannya KETUMPAS

  9. korokstabang says:

    hahaha sudah bergadoh sesama sendiri lawan presiden sendiri jangan tak lawan hahaha

  10. shimo says:

    Terbace article dtulis oleh dr mujahid drp PAS ttng btapa PAS tidak perlu kluar dr pakatan rakyat kerana inilah satu2nya cara bgaimana PAS boleh mmegang kuasa d putrajaya…dbt karangan lebih 500 pth perkataan yg mnunjukn beliau seorg doktor…dgn gaye bahase dan ayat interlek….make ramailaa yg mrasekn doktor ini sbnrnye lebih brilmu dr HJ HADI….dprkatakn PAS mminjam pgangan islam yg myatakn “matlamat tidak boleh menghalalkn cara”…lalu nik ajis myatakn yg betapa PAS pernah bekerjasame…PAS pernah dkhianti…PAS pernah bersorgan… dan PAS tidak kisah jike brsorgan atas mnahan pendrian berpinsip….maka lenggok bahase yg d kata nik ajis itu…mnmpkn mgkin kuase tidak pnting bg PAS…jnji brprinsip…lalu doktor dr PAS itu tidak trtahan lg..beliau prnh miss bas rombongan kmpgnye ke putrajaya…tp kali ini tdak lagi…wlau nik ajis sklipn xdk dpt mnahan hajatnye itu…gelarknlaa apa shj kepadanya…yg pasti…PAS..hj Hadi..nik ajis…syura ulama…perlulah befikir sblm brkata2…brtanya kpdanye yg bnyk mggunkn pkataan2 sofiscated untuk mnipu sunat ahli2 PAS sblm majlis syura mgeluakn fatwanye…dan nik ajis sudah menjadi kisah smalm bgnye…bliau telah memohon maaf kpada rakyat sblm ini ats ksilapanye yg lalu…jgla mmbt dose lg..bimbag xsmpt lg memohon ampun…mujahid dan parasit lain kali ini xkn trlepas bas lg…kali ini mereka akan tetap mnuju ke putrajaya…samada berpakaian atau berbogel bramai2…

  11. raplahjingaa says:

    PAS nak kuasai putrajaya ?? tolong pi cakap kat mujahid, jangan nak mimpi, dalam pakatan pembangkang pun PAS hanya jadi macai dengan kerusi parlimen paling sikit…inikan pulak nak kuasai putrajaya, kat markas PAS dia boleh sembang laaaa…sebab yang dok nga-nga dengar semua yang jenis ada otak tapi tak tahu nak guna.

  12. jamaludinjepun says:

    Dalam dunia ini yang tak bolih ubah adalah AL-QURAN dan hadith .Sasaorang beragama islam mengetahui dan menyedarinya.

  13. ROSSAB says:

    PAS nak kuasai Putrajaya? Mujahid dok angan angan jadi menteri ,menteri apa tak kesah lah dan dia tak kesah kalau jadi macai budak suruhan Dap pun janji jadi menteri.Ini lah orang orang bangsa Melayu yang tak ber maruah yg sanggup jual Bangsa dan Agama dan negara menjadi pengkianat semata mata untuk pangkat dan harta. Nama saja dr tapi bahalol biol baghal

  14. reds says:

    ade jugak yang masih bangang nak defend kak jijah dalam pas…khalid bleh bagi macam2 untuk memudahkan dia bekerja….ni nak jaga rakyat ke nak jaga bang non…..memang dasar kuda….

  15. Selangor dah ditimpa bala secara perlahan-lahan.

  16. WTF says:

    In your WET DREAMS wahai Mujahid Rawa if you think PAS boleh kuasai Putrajaya!!!

    DREAM ON PAS, DREAM ON!!!

    TAKE BEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEER!!!

  17. sireh ke gagang says:

    cakap mujahid rawa tu , jangan di pakai sangat. dengan boleh , percaya jangan sekali. kebanyakkannya , hanya imiginasi liar dia semata2. takde yang berbunyi ilmiah pun .

Leave a Reply

Threesome