Menu Utama

Gagal Sukan Komanwel: Pegawai Kena Resign, Menteri?

khairy-kj-sukan-700x410

MENARIK rasanya melihat cara Menteri Belia & Sukan ‘memikul’ tanggungjawab kegagalan pasukan negara di Sukan Komanwel Glasgow yang baru sudah.  Dalam dia mengaku memikul sepenuhnya tanggungjawab sebagai Menteri, ada pulak kenyataan susulan yang mahu pegawai dari sukan-sukan yang gagal menyumbang supaya meletak jawatan.

Pegawai kena letak jawatan, dia kepala yang besar sekali tak kena apa-apa?  Pelik.

Tak cukup dengan itu, Menteri berkenaan cuba menyalahkan program sejak 4 tahun yang lepas sebagai punca kegagalan kontigen negara di Sukan Komanwel kali ini.  Mungkin dia terlupa, 1  dari 4 tahun tersebut, KBS sudah berada dibawah kendalian dia.  Kalau ada yang tak kena dengan program sepanjang 4 tahun itu, dia adalah antara puncanya.

Bagaimanapun, penulis nak ingatkan 4 tahun lepas di India, kontigen negara berjaya membawa pulang 12 pingat emas, KBS pada waktu itu dipimpin oleh Datuk Seri Ahmad Shabery Chik, meletakkan sasaran 10 emas.  Apa yang buruk dikatakan Menteri berkenaan pasal 4 tahun lepas, sekurang-kurangnya Ahmad Shabery berjaya melepasi KPI, berbanding dengan dia hari ini.

Soal pegawai kena letak jawatan tu penulis sokong, tapi kenapa pula Menteri berkenaan pertahan jurulatih hoki. K Dharmaraj yang bukan setakat gagal bawa pulang apa-apa hasil, malah memalukan negara dengan kekalahan besar kepada England dan pasukan tidak ternama seperti Trinidad & Tobago?

Adakah ini ada kena mengena dengan campur tangan Menteri dalam kemelut ketua jurulatih hoki kebangsaan semasa bawah bimbingan Paul Revington dulu?  Penulis tak pasti, yang penulis tahu, kalau ikut logik Menteri (pegawai sukan gagal perlu letak jawatan), Dharmaraj sepatutnya jadi pegawai pertama disingkirkan akibat dari prestasi pasukan hoki di Glasgow.

Semua ini bagaimanapun menunjukkan kekurangan Menteri berkenaan dalam banyak hal.  Dahlah tak capai sasaran, cara sasaran diletakkan pun silap sebab itulah banyak sukan yang dijangka menyumbang Emas, tidak mencapai sasarannya, yang tak disasarkan pulak yang berjaya.

Rakyat perlu ingat, jawatan Menteri Belia & Sukan ni dari segi hierakinya adalah jawatan paling junior.  Budak tak sekolah pun boleh buat kerja itu, jangan kata lagi budak lulusan Oxford.  Kerja senang pun tak boleh nak handle, apa lagi kerja susah-susah?

Penulis rasa dalam hal ini slogan kepimpinan melalui tauladan perlu diguna pakai.  Sebelum suruh orang lain resign, apa kata Menteri resign dulu?  Atau nak guna alasan klise “hanya Perdana Menteri berhak suruh saya letak jawatan?”

Kalau itulah alasannya, takdelah apa kebaikan membawa ‘orang muda’ dalam kabinet sebab cara melepas diri masih lama.






12 Komen to Gagal Sukan Komanwel: Pegawai Kena Resign, Menteri?

  1. kulaan says:

    Undurlah…..

  2. -smh- says:

    ada percanggahan sikit…bg aku..menteri tak sesuai letak jawatan jika silapnya pegawai/top management sukan terbabit yg silap urus player…menteri apa aku pk..sure minta pegawai/top management sesuatu sukan tu..pilih yg terbaik…

    tp utk kes hoki…bila aku tgk game hr tu..tgk list player…aku dh nmpak skuad tu byk yg muda pengalaman…berbanding lawan yg aku tgk list kebanyakkan senior dlm hoki antarabangsa…skuad hr tu byk silly mistake..tp bg aku..satu keputusan yg menarik hantar mereka…ni target utk long term…sbb kita terlalu simpan pemain muda utk beraksi saingan antarabangsa yg besar..last2 takde pelapis…mcm kes badminton…kalau tak percaya lepas ni…skuasy konfirm akan merudum once nicole bersara nanti…

    -smh-

  3. raplahjingaa says:

    Banyak sangat politik dalam persatuan sukan kita…..lepas tu pegawai-pegawai ni tak boleh ditegur pulak, silap-silap kena tindakan tata tertib, sampai bila nak maju ??

  4. Ali says:

    Menteri kena tunjuk teladan kepada yang lain.

  5. tukul says:

    dlm sukan antarabangsa kalau kita tengok orang melayu yg jarang atau tak ada yg dapat pingat emas.Buatlah kajian mengapa org melayu sukar utk dapat pingat emas.
    menteri kena cari jalan supaya org melayu capai sasaran atau nisbah 10 pingat emas sekurangnya org melayu ada 5 emas sasaran.

  6. Parpu@pelukan keramat says:

    Kj ni patut kena humban dlm laut saja.kementerian lain dia sibuk siang malam nak komen,kementerian sendiri merudum.

  7. dkds says:

    Kj ni bangang….

  8. korokstabang says:

    Komplen dan kritik keatas kementerian dan badan2 lain seolah dialah yang maha hebat dia lah maha bijak dia lah maha pandai dia lah yang terbaik tapi kali ini amat nyata sekali kj gagal selepas di beri tanggung jawab di kementerian nya sendiri dia hanya sesuai di beri tugas sebagai pengkritik bukan sebagai pembawa tanggung jawab apatah lagi satu tanggung jawab besar di kementerian, di harap YAB PM melihat akan ketidak kemampuan kj ini yang hanya bijak berkata kata tapi gagal dalam melaksana.

  9. itsme says:

    mcm tak adil nak salahkan kj dlm hal ni walaupun sedikit sbyk ada kaitannya.. kj br je pegang dlm setahun manakala projek2 komanwel tlh lbh dulu bermula jd tak byk petkara yg kj mampu buat dlm masa yg singkat apatah lg setiap persatuan sukan ada kepala masing2 walaupun mrk tertakluk kpd kuasa kbs. kbs secara amnya hanya penyelaras kpd persatuan2 sukan yg ada dan kepala yg mengelolakanya perlu memikul segala tanggungjawab.. krn pemilihan mrk dibuat oleh persatuan tersrbut bkn kbs/kj.

  10. roh altantuya says:

    Kenapa kita harus meneruskan tradisi menyara golobgan sampah sarap dan bangkai2 yg tidak memberi sebarang manfaat pada negara?

    Bukankah lebih baik agar peruntukan ini disalurkan pada golongan yg lbh memerlukan atau utk pembangunan negara dalam sektor lain yg bokeh menjana pendapatan pada negara?

  11. bangKano says:

    Betoi la oghang melayu payah nak rebut sebarang pingat/gelaran di perengkat global dalam pelbagai bidang termasuk sukan. Mungkin depa ni terlupa kot nak guna khidmat bomoh sebelum pertandingan bermula.

    Napa depa tak risik kat team Bolasepak Jerman yang menang dalam Piala Dunia 2014 baru baru ni depa guna tok moh mana…? Tok moh siam ka ato vodoo Afrika. Sebelum ni kepoh team bolasepak di negara Amerika Latin nak guna khidmat tok moh…tapi tak menang jugak.

    Percaya pada perkara khurafat ni tak membawa kita ke mana pun malah semakin memundur lagi tamadun bangsa kita. Keampuhan AS dalam bidang ketenteraan & angkasa lepas bukan terletak kat bantuan makhluk halus tapi kekuatan pemikiran bangsa nya dalam merekayasa teknologi canggih….!!!

  12. bangKano says:

    Bangsa melayu memang tabu tang kritik cuma kembang hidung bila di puji berlebih lebihan..maka untung la si pemuji dapat minum teh percuma…Teh rendek. Bila kena kritik depa tuduh oghang tu dengki la,nak jauh kan dia kunun,benci bangsa sendiri la,nak tunjuk pandai la dan bermacam macam lagi songel nya. Terdapat satu kisah yang tak berapa nak benar di mana soghang raja autoritarian sanggup membunuh soghang kanak kanak yang dah beri idea baik punya lagu mana nak hapus kan todak yang melanggar Singapura.

    Kalo lagu ni la sampai bila la melayu nak berubah….?

Leave a Reply

Threesome