Menu Utama

Exco Pulau Pinang ditahan Polis.

imageDifahamkan exco Pulau Pinang YB Phee Boon Poh telah ditahan di Balai Polis Polis Daerah sebentar tadi.Perkara ini telah dinyatakan oleh Rsn Rayer melalui facebooknya.
image
Sementara itu Bernama telah melaporkan Polis telah menahan 154 anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang kerana ingkar amaran supaya tidak menjalankan sebarang aktiviti selepas mendapati pasukan itu sebuah pertubuhan haram yang tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata kesemua anggota PPS termasuk tujuh wanita itu ditahan pada pukul 10.15 pagi ini di kawasan Padang Kota, di sini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 Akta Pertubuhan kerana tidak berdaftar dengan ROS.

“Polis mula mengambil tindakan (menahan) terhadap anggota PPS selepas mereka tetap menjalankan aktiviti sedangkan sebelum ini saya telah beri amaran. Pertubuhan itu telah diharamkan dan semua aktiviti perlu dihentikan segera.

“Mereka degil (jalankan aktiviti) dan seperti sengaja nak cabar undang-undang negara serta gertak polis supaya ambil tindakan jika (polis) berani. Kita ambil tindakan kerana mereka salah, ini (tindakan PPS teruskan aktiviti) memang perbuatan gengster,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Selasa lepas, Khalid mengeluarkan kenyataan bahawa PPS dianggap sebagai pertubuhan yang menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 41 Akta Pertubuhan kerana tidak berdaftar dengan ROS.






10 Komen to Exco Pulau Pinang ditahan Polis.

  1. korokstabang says:

    inilah natijahnya apabila ISA dihapuskan puak kiasu semakin bongkak malah kian hari semakin berani mencabar undang2 di bawah perlembagaan

  2. Uturn says:

    Baru depa tau , nak celen kpn sgt

  3. raplahjingaa says:

    Kalau dah gangster diangkat jadi pemimpin…….apo nak di kato…

  4. sireh ke gagang says:

    kita terus nak meratapi ISA yang dah luput itu pun , tak guna apa juga. adalah lebih baik , kalau sesiapa antara kita ada maklumat & Info sahih pasal PPS ini , terus menyalurkan kepada PDRM . itu lebih bermakna .

  5. Nusantara Jones says:

    Di bawah kelembikan Najib spt yg kita tgk hari ini, tak mustahil rusuhan kaum akan berlaku tak lama lagi. Zaman Dr. M dulu, Tun tak bagi muka sikit pon kt puak pelampau yg cuba menghuru-harakan negara. Biarlah digelar diktator, mahazalim dsbg. Tun lebih pentingkan ketenteraman negara. Najib? Wa tak caya lg…..

  6. Mr Y says:

    Bro nusantara jones… banyakkan berdoa semoga Malaysia terus aman.. dulu lain sekarang lain.. dulu BN menang lebih 2/3… sekarang hanya majoriti mudah.. disebabkan itu… pm kita perlu lebih berhati-hati dengan konspirasi PR… jangan diturut emosi ..

  7. Pak Tho says:

    TEGAS,PANTAS & BETUL, moto baru PDRM..

  8. kayu says:

    Elok ditangkap dan dihapuskan awal-awal sebelum militan ini dilengkapi dengan senjata dan kelengkapan tentera untuk berperang dengan kerajaan,,,.. ,kerajaan komunis Penang sedang membuat persiapan untuk mengeluarkan Penang dari Malaysia serta membentuk tentera mereka sendiri…., yang bodohnya adalah pencacai Melayu yang menjadi barua-barua Limkitsial anak beranak..!!!!!

  9. semangat dato' haron says:

    Jgn sesekali bg Penang keluar dr m’sia. Kita kena bersabar sehingga 2050 di mana ketika itu melayu mencapai 80% populasi dan undi bkn melayu sudah menjadi tidak relevan

  10. alimedanbaru says:

    cuba banyangkan kalau Guan Eng tu dengan Anwar duduk diPutrajaya.
    Sebenarnya Guan Eng dah menunjukkan cita-cita nak tubuhkan pasukan seperti ASKAR MELAYU DIRAJA.
    Dia bermula dengan PPS di Pulau Pinang. Banyangkan kalau PPS diujudkan diseluruh negara dengan majoritinya adalah ahli DAP…
    APAKAH SELAMA INI RUKUN TETANGGA TIDAK BERKESAN?
    APAKAH RELA YG JUGA TERDIRI DARI PELBAGAI KAUM TIDAK BERKESAN?
    Guan Eng sentiasa pertikaikan polis sebab itu dia ujudkan PPS… percayalah kalau dibiarkan dan tidak dibubarkan, satu hari PPS akan dibekalkan dengan senjata dengan alasan untuk menjaga masyarakat dan keselamatannya?
    ITULAH KEMUNCAK MATLAMAT YG TERSIRAT…

Leave a Reply

Threesome