Menu Utama

Dua Pemandu Bas Cetuskan Kekecohan di CIQ, Kilang di Singapura Perlu Tamatkan Kontrak Mereka

Oleh Nur Azlina Shaari

Sekitar jam 4 pagi tadi berlakunya satu situasi kekecohan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar, pada hari pertama kadar Tol baru dikenakan. Dua orang pemandu bas kilang telah mengadakan mogok (enggan membayar tol) sebagai bantahan kenaikan kadar tol baru yang keluar dan masuk antara Malaysia dan Singapura.

Situasi tersebut telah menyebabkan berlakunya kesesakan pada jarak lebih kurang 100 meter untuk masuk ke Singapura sehingga bas-bas kilang yang lain tidak dapat melalui laluan bas. Juga, menyebabkan rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura terpaksa berjalan kaki masuk ke Singapura dari Causeway untuk ke tempat kerja mereka.

Seperti dilaporkan dalam New Strait Times, keadaan ini seakan telah dirancang sebagai satu cara bantahan kepada pihak kerajaan dan dengan melakukan cara ini, mereka berharap agar mogok mereka diterima serta kadar tol yang baru tidak dilaksanakan dengan alasan ia membebankan rakyat.

Kerajaan perlu menyiasat sama ada tindakan semberono dua pemandu bas ini dirancang bersama mana-mana parti politik atau tindakan sendirian. Sangat mustahil untuk dua orang ini tanpa sebarang sokongan persatuan telah melakukan tindakan melanggar undang-undang tanpa sokongan atau arahan pihak yang berkepentingan.

Mereka ada jalan alternatif yang mengenakan tol rendah tapi tetap mahu melalui jalan ini dan kemudiannya enggan membayar tol sehingga menyebabkan ramai pekerja kilang terpaksa berjalan kaki masuk ke dalam Singapura.

Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Syed Jaafar Albar, beliau memberitahu mogok di CIQ itu amat menyusahkan rakyat dan langsung tidak munasabah.

Ini kerana, pemandu bas kilang yang mogok yang enggan masuk ke Singapura dan membayar tol perlu berbincang dengan pihak syarikat mereka terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan yang lebih memburukkan keadaan seperti ini.

Seharusnya, mereka perlu memahami situasi dan memahami fakta sebenar mengenai kadar kenaikan tol yang baru ini dan bukanlah mengambil tindakan yang menyusahkan ramai pihak.

Kadar tol baru arah Singapura lebih rendah berbanding arah masuk Malaysia di mana kadar tol masuk kenderaan kelas-kelas tersebut ialah masing-masing RM9.70 (kereta); RM14.70; RM19.70, RM4.80 (teksi) dan RM7.80 (bas) manakala kadar tol arah keluar pula RM6.80 (kereta); RM10.20; RM13.60; RM3.40 (teksi) dan RM5.50 (bas).

Maka, ia tidak terlalu membebankan rakyat Malaysia selain keputusan menaikkan kadar tol bukanlah atas dasar mahu menguntungkan pihak kerajaan sahaja.

Justeru itu, pastinya ada pihak-pihak tertentu yang mencuba untuk lebih memburukkan isu kadar kenaikan tol ini supaya ia menjadi bahan politik dan diperbesarkan isu ini sehingga matlamat memburukkan pihak kerajaan tercapai.

Pihak kilang di Singapura juga perlu menarik balik kontrak perkhidmatan mereka atau memang mereka juga bersengkongkol dengan pemandu Bas ini?






5 Komen to Dua Pemandu Bas Cetuskan Kekecohan di CIQ, Kilang di Singapura Perlu Tamatkan Kontrak Mereka

  1. semangat dato' haron says:

    G humban je pemandu2 tu dlm selat tebrau. Buat nyusah org lain je…

  2. korokstabang says:

    pemandu bas ni mogok sebab membantah kenaikan vep kerajaan singapura dari 25 dollar kepada 35 dollar dan bukan kerana membantah kenaikan di ciq bukankah itu yang sebenarnya berlaku ? lagi pulak bukankah pihak kilang di singapura yang sepatutnya menguruskan kenaikan pekerja mereka sebagaimana kebiasaan peraturan2 kilang.

  3. dagang says:

    Singapura naikkan kadar tol tinggi tak complain tapi kadar tol Malaysia lebih rendah dari Singapura kena complain…… ada betul ka?

    Singapura jual air kepada Johore dengan harga tinggi berganda walau pun harga dibeli paling murah…. tak ada pula tuduhan kata Singapura bersikap mementingkan diri sendiri……….itu macam ada baik ka?

    Poooorah…… ramai orang sudah buta akal….otak dah biul…

  4. Baba says:

    Dap yg suruh tu

  5. Jambol says:

    Sandiwara penyokong pembangkang.

    Kerana 2 orang pemandu bas yang menimbulkan kekechohan ini, pihak berkuasa “akan mengkaji semula” kenaikan tol CIQ !!! Kalau DAP yang menaikkan tol, tentu semuanya senyap, walaupun dinaikkan 4 kali ganda !!!

    Flip-flop adalah amalan 1Malaysia !!!

Leave a Reply

Threesome