Menu Utama

Drama Demi Drama… Itu Sahajalah Kepandaian PKR

Dari tahun 1998 sehinggalah sekarang, Anwar Ibrahim cukup kaya dengan idea menipu. Selepas pujukan dan rayuannya agar jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Kewangan tidak dilucutkan, Anwar Ibrahim telah mengumpulkan kekuatan untuk menakut-nakutkan Tun Dr. Mahathir yang pada waktu itu adalah Perdana Menteri Malaysia.

Dan dari tahun 1998 iaitu semenjak dia dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, tidak pernah sekali pun Anwar Ibrahim menceritakan atau menerangkan tentang KESEMUA MENTERI-MENTERI BESAR pada waktu itu, telah diberikan pelbagai bukti tentang kejahatan dan petualangannya, termasuklah menjadi tali barut Zionis untuk menjahanamkan negara ini. Tidak pernah juga Anwar Ibrahim berani menyentuh tentang maklumat-maklumat kewangan yang telah didedahkan oleh Tun Dr. Mahathir kepada MENTERI-MENTERI BESAR dan KETUA-KETUA MENTERI dalam satu mesyuarat tergempar yang mempunyai sistem keselamatan ketat.

Segala perbincangan dalam mesyuarat tertutup itu telah dirakamkan dan sehingga ke hari ini, rakaman tersebut tidak pernah disiarkan atau didedahkan oleh UMNO meskipun Anwar Ibrahim telah melakukan pelbagai onar dan pembohongan. UMNO masih lagi berpegang teguh kepada konsep kerahsiaan.

Begitu jugalah dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang dihadiri buat kali terakhir oleh Anwar Ibrahim sejurus sebelum dia dipecat dari UMNO yang turut menyaksikan dia membawa bala tentera dan konco-konconya untuk menggertak UMNO dan Tun Dr. Mahathir.

Anwar Ibrahim hanya mampu mendakwa semua itu adalah konspirasi tertinggi untuk menyingkirkannya, kononnya dia adalah suara baru yang menentang KORUPSI, KRONISME dan NEPOTISME walaupun salah satu daripada punca pemecatannya adalah kerana KKN itu sendiri selain penyelewengan dan sumbanglaku.

Drama demi drama disajikan dari tahun 1998 sehinggalah sekarang.

Julai 2014, satu lagi drama besar melibatkan Anwar Ibrahim. Kali ini, dramanya adalah jawatan Menteri Besar Selangor. Anwar Ibrahim bersungguh-sungguh mahukan isterinya, Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baru menggantikan Khalid Ibrahim. Alasan yang diberikannya ialah Wan Azizah ada pengalaman sebagai Ketua Pembangkang, Ahli Parlimen, ADUN dan Presiden parti.

Sedangkan semua orang tahu, jawatan-jawatan tersebut diperolehi oleh Wan Azizah kerana dia adalah isteri Anwar Ibrahim, bukan kerana keupayaan dan kebolehannya sendiri. Malah sepanjang menjadi Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen, Wan Azizah tidak dapat memberikan sumbangan suatu apa pun kerana dia hanyalah boneka dan ahli politik remote control yang panel kawalan jauhnya berada di tangan Anwar Ibrahim.

PKR dan Pakatan Rakyat bergolak gara-gara drama Anwar Ibrahim yang geramkan rezab tunai negeri Selangor berjumlah lebih RM3 bilion kesan daripada ‘penjimatan’ luar biasa Khalid Ibrahim termasuklah peruntukan daripada Kerajaan Pusat yang tidak dibelanjakan sebagaimana perlu, sebaliknya dijadikan sebagai salah satu pendapatan Kerajaan Negeri Selangor.

Berbeza daripada tanggapan Anwar Ibrahim, drama kali ini turut dicemuh oleh akar umbi PKR sendiri. Kongres Tahunan PKR yang diadakan di Stadium Shah Alam dan Dewan MBSA baru-baru ini menjadi bukti jelas bagaimana Anwar Ibrahim kehilangan cengkaman. Malahan gelombang demonstrasi jalanan yang cuba diwujudkannya, langsung tidak mendapat sambutan sehinggakan DAP yang turut menjadi dalang utama, sekadar mampu menghantar beberapa orang Cina totok yang gagal memahami Bahasa Kebangsaan untuk berdemonstrasi di tepi jalan.

LANGKAH KAJANG, LANGKAH 50 KES LIWAT, dan terbaru, langkah memarahi Rafizi Ramli, si Pengarah Strategik PKR, cuba dijadikan sebagai pemangkin untuk menaikkan Anwar Ibrahim dan keluarganya. Rakyat Selangor yang sebelum ini sekadar menjadi pemerhati pada banyak kegagalan pentadbiran Pakatan Rakyat, kini terpaksa menonton drama demi drama retorik PKR yang turut dibantu oleh DAP dan PAS.

Kemarahan rakyat Selangor pada isu sebenar iaitu kegagalan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, cuba ditutup dengan kemelut perebutan jawatan Menteri Besar Selangor.

Dan sememangnya, selagi Anwar Ibrahim tidak dimasukkan ke penjara, pada setiap masa, setiap saat, kita akan terus menonton drama demi drama terutama apabila Anwar Ibrahim dan seluruh keluarganya sedang terkantoi dalam banyak isu dan kes.

Itulah sahaja kepandaian PKR memandangkan PKR diasaskan daripada sebuah drama dan operasinya juga berupa drama. Justeru, tiada apa-apa hasil yang boleh diharapkan melainkan drama semata-mata!






6 Komen to Drama Demi Drama… Itu Sahajalah Kepandaian PKR

  1. hentam ajelah says:

    Jgn lupa drama2 itulah dunia mengenal malaysia lebih dekat….anwar telah memberi bonus tentang kesempurnaan demokrasi di malaysia…..

  2. dagang says:

    Andai nak bermain drama bodoh menyerikan persidangan dewan nampak ngantuk tu tak jadi hal. Ini drama sebuah pati politik yang menjadi kerajaan . Sarat dengan adegan2 penipuan melampau yang menimbulka 1000 tanda tanya dihati rakyat yang sampai kini belum faham apa kejadah halatuju dibawa.

    Ramai yang berpendapat perjuangan mereka mengumpul duit dan gunakan duit itu untuk menjatuhkan kerajaan Negara sendiri dengan apa cara sekali pun.

    Drama kejadah apa macam ni. Bodohkah sangat rakyat yang memilih mereka. Eloklah saja PRN diadakan semula di Selangor. Buang yang busuk basi pilih yang baru lagi fresh.

  3. Syed says:

    Anawar Ibrahim mengamalkan KKN….. politik Desparado … A.I wajib bertaubat… dan wajib menerima hukuman berat secepat mungkin ….

  4. raplahjingaa says:

    ” Kajang Move ” anwar membawa keuntungan besar pada DAP !!….PAS berbalah, PKR pun berbalah, yang makin kuat DAP.

  5. semangat dato' haron says:

    Pecat KJ dari UMNO. Musuh dalam selimut

Leave a Reply