Menu Utama

DRAMA 16 SEPTEMBER 2008 Berulang Semula Pada 9 Ogos 2014

Tentu anda masih ingat dengan ungkapan ini, ‘WE HAVE NUMBERS!’

Tentu ramai juga yang masih tidak lupa, “KAMI SUDAH ADA JUMLAH YANG CUKUP UNTUK MENGAMBILALIH KERAJAAN MALAYSIA.”

Dan pelbagai ungkapan lain yang menunjukkan segala-galanya bakal berubah secara drastik kerana orang yang mengeluarkan kata-kata tersebut telah pun mendapat mandat baru daripada Ahli-Ahli Parlimen. Kononnya mandat yang diperolehi ialah majoriti mudah iaitu 112 orang yang mana kalau dicampurkan dengan jumlah yang telah dimenangi oleh Pakatan Rakyat, jumlah yang diperlukan untuk melompat bagi menggenapkan jumlah 112 orang Ahli Parlimen Pakatan adalah 40 orang.

Ingatkan sudah berakhir drama bodoh begitu. Rupa-rupanya drama tersebut berulang hampir enam tahun kemudian.

Selesai memecat keahlian Khalid Ibrahim kerana keengganan Khalid Ibrahim memenuhi tuntutannya, diumumkan kononnya 35 orang ADUN sudah berada di sebelah pihaknya dan mereka semua akan menghadap DYMM Sultan Selangor bagi membolehkan Wan Azizah dilantik sebagai Menteri Besar yang baru.

Bagi orang bodoh dan pentaksub Anwar Ibrahim, mereka boleh menerima pembohongan tersebut dengan mudah.

Satu-satunya orang yang boleh memecat Khalid Ibrahim daripada jawatan Menteri Besar Selangor adalah DYMM Sultan Selangor sendiri. Anwar Ibrahim mahupun Lim Kit Siang apatah lagi Wan Azizah, Tony Pua mahupun Teresa Kok tidak mempunyai sebarang kuasa untuk memecat Khalid Ibrahim daripada jawatan Menteri Besar Selangor. Malah kalau digabungkan keseluruhan penyokong dan pemimpin Pakatan Rakyat untuk memecat Khalid Ibrahim pun, Khalid Ibrahim kekal sebagai Menteri Besar Selangor. Sebanyak mana pun Exco meletakkan jawatan kononnya enggan bermenteri besarkan seorang individu yang tidak berparti seperti yang diberitahu oleh Tony Pua, ia tetap tidak akan berjaya mengenepikan Khalid Ibrahim.

35 ADUN Selangor dan akan menghadap DYMM Sultan Selangor untuk memberitahu Khalid telah dipecat keahliannya daripada PKR… satu pembohongan yang cuba membodoh-bodohkan rakyat Selangor.

Anwar cuba menggunakan contoh dirinya untuk membuat tindakan itu. Malangnya, oleh kerana Anwar Ibrahim seorang bekas pelajar Persuratan Melayu yang cuba menyamar sebagai si pandai ekonomi, bodohlah dia kerana semasa dia menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri, yang melantiknya adalah Perdana Menteri pada waktu itu. Sumpah di hadapan DYMM Yang Di-Pertuan Agong hanyalah formaliti yang harus dipenuhi oleh Menteri Kabinet. Kalau Perdana Menteri pada waktu itu mahu memecatnya, walau dengan alasan apa sekalipun, Anwar Ibrahim tidak boleh berbuat apa-apa kerana lantikannya di bawah tangan Perdana Menteri.

Berbeza dengan cubaannya memecat Perdana Menteri dan berlagak seoah-olah dia adalah DYMM Yang Di-Pertuan Agong, ternyata Anwar Ibrahim jenis si bodoh yang tidak sedar diri. Dan nampaknya dia mengulangi kebodohan itu hari ini menerusi cubaan untuk memecat Khalid daripad ajawatan tersebut dan menyerahkan jawatan Menteri Besar Selangor kepada isterinya.

Sebenarnya satu-satunya cara untuk menghadap DYMM Sultan Selangor dan mengadukan tentang pemecatan Khalid Ibrahim adalah dengan mengadakan undi tidak percaya kepada Khalid di DUN Selangor. Pakatan memerlukan 29 ADUN sekurang-kurangnya untuk menjadikan undi tidak percaya kepada Khalid satu realiti.

PKR hanya menguasai 14 kerusi termasuklah kerusi yang dipegang oleh Khalid Ibrahim. UMNO memiliki 12 kerusi DUN, PAS dan DAP pula masing-masing menguasai 15 kerusi.

Dari manakah dan apa rasionalnya Anwar cuba mengulangi drama 16 September dengan ‘WE HAVE NUMBERS?’ Kalau keseluruhan DAP dan PKR bergabung sekalipun, jumlah yang ada hanyalah 29. Dicampurkan dengan PAS, jumlah keseluruhan adalah 44 ADUN. Bagaimanapun, perlu diambil kira pendirian PAS bahawa PAS menyokong Khalid Ibrahim. Walaupun mungkin bukan kesemua memandangkan sebahagian daripada mereka merupakan penjilat Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng, namun sukar bagi DAP-PKR memperolehi 35 ADUN seperti yang ditemberangkan oleh Anwar Ibrahim.

Bagaimana sekiranya, Khalid Ibrahim dan beberapa orang ADUN PKR menyeberang masuk PAS? Bagaimana sekiranya UMNO satu saf dengan PAS Selangor dalam kemelut perebutan jawatan Menteri Besar Selangor? Apa hasil daripada temberang Anwar Ibrahim itu?






8 Komen to DRAMA 16 SEPTEMBER 2008 Berulang Semula Pada 9 Ogos 2014

  1. yon76er says:

    Ko bolih lah meranchang Nuar Ooiiiii..tetapi janganlah lupa Allah yg menentukan semuanya….dari mula niat jahat kamu nie bermula xda yg bolih kata nampak 1 pon yg mudah laluan nya…Tak faham2 ker..tapi NAFSU mengatasi segala2 nya kan…..yang pasti Penyokong kamu masih BODOH, BUTA DAN PEKAK ATAS APA NIAT JAHAT KAMU selama ini….

  2. Pak Tho says:

    Anak tahu gak adun pas yg menyanjung anwar drp TGHH dan Nik Aziz

  3. Mr Y says:

    Apalagi… nuar harap demo jalanan akan berlaku apabila DYMM Sultan Selangor menolak MyBini dan mengharap untuk menhadikan negeri Republik Selangor yang pertama!

  4. Parpu@pelukan keramat says:

    Hanya jenis jahanam saja yg percaya anwar ni

  5. shawn says:

    Tapi ada bezanya….dulu nak rampas dari parti lawan tp hari ni kena rampas dari partinya sendiri. Anwar tetap badut. Tetap memualkan.

  6. kukubima says:

    memang ada dua tiga kerat adun pas yg kiblat politik
    nya mengarah kelubang jubur.dan mungkin sokong wan azizah
    tapi kemungkinan ada adun pkr yg tak sebulu dgn anuar
    kemungkinan mereka ikut jejak ts khalid crossover
    Ke pas juga tak boleh ditolak.jika pas dan umno satu saf
    adun adun pkr ni juga tak tunggu lama lagi dalam pkr.dema
    ni kemungkinan akan turut lompat samada ke pas atau umno
    sepert pernah terjadi pada pbs di sabah satu masa dulu

  7. syaa says:

    mereka solat hajat untuk hancurkan umno tapi pakatan rakyat yg hancur.tapi doa mereka yg jahat terkutuk tu kena dia balik.pas pas pas.tuhan tidak jahat untuk terima doa orang jahat,hati busuk mcm bangkai.

  8. itsme says:

    yg kita pasti ialah anwar punya agenda yg lbh besar dr MB, namun jika rakyat sgor masih berdegil utk menyanjung pkr dan sekutunya maka harapan anwar utk meneruskan agenda jahatnya masih akan tetap ada ttp jika sebaliknya maka berkuburlah cita2 anwar dan sekutunya yahudinya.

    anwar yg kena kenal sebagai peliwat pengkhianat dan penipu namun kita jgn lupa dia juga adalah trend setter kpd segala kejahatan yg mula membiak dinegara kita ini. Jika benar ini maka umno memerlukan seorg trend setter yg lbh baik dr anwar dan ini memungkinkan anwar akan terus tenggelam dan berkubur. org umno tdk perlu mengharap yg pas akan keluar dr pr ttp umno memerlukan seseorg yg lbh menonjol dlm kepimpinannya bg mengelang segala bentuk ancaman yg dtg. ds najib mmg telah membina legasi yg tersendiri mamun kita kena akui ds najib juga tdk brp berjaya mendidik rakyat menjadi rakyat yg baik dengan polisi2 baru yg diangkat beliau. semakin ramai anak muda yg pergi kpd pas pkr dan dap tanpa mengenepikan ada juga yg pergi keumno ttp jumlahnya mungkin sgt sedikit berbanding yg pergi ke pas pjr atau dap atau mungkin juga duduk diatas pagar. jika keadaan ini berterusan maka tidak hairanlah msia akan jatuh ketangan china cauvanist dan ini pasti menjadi igauan ngeri bagi pencinta keamanan dan kedamaian serta kemajuan yg terancang.

Leave a Reply