Menu Utama

Dr Zuhdi Orang Anwar Pro Dap?

Membaca jawapan AJK Pas Pusat Dr Zuhdi Mohd Mahzuki di bawah mengenai latar belakang perjuangan masyarakat Madani dan kehebatan beliau menjadi pembela DAP menjadi bukti teori sebelum ini bahawa Dr Zuhdi hanyalah bidak Anwar Ibrahim untuk menekan Presiden Pas, Hadi Awang.

Idea dialog antara agama da masyarakat madani adalah slogan Anwar Ibrahim semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri dahulu.

Adalah mustahil dari perbincangan yang beribu-ribu dalam Whatsapp AJK Pas Pusat (beradasarkan kenyataan Zuhdi bahawa jika dicetak printscreen perbincangan tersebut memerlukan lebih 115 helaian kertas A4), hanya dialog Dr Zuhdi bahagian itu sahaja yang muncul.

Apakah ini bukan agenda kumpulan Anwarinas dalam Pas sendiri yang mahu Hadi Awang keluar membuat kenyataan terus komited kepada Pakatan Rakyat?

JAWAPAN KEPADA RAFIZI RAMLI, ANTHONY LOKE DAN TONY PHUA

Hampir 20 tahun yang lalu, ketika Samuel Huntington mengemukakan teori tentang ‘Pertembungan Peradaban’ (The Clash of Civilisation), yang menuduh Islam adalah sebuah agama yang sering berkonflik, saya adalah seorang yang menjadi penentang kuat menolak teori tersebut. Pada ketika itu, saya mendukung usaha yang dilakukan oleh guru saya Profesor Osman Bakar untuk menolak teori Huntington, sebaliknya memperkenalkan Agenda Dialog, yang bertujuan untuk mewujudkan sebuah dunia yang lebih harmoni dan menghargai nilai kemanusiaan. Agenda Dialog ialah satu usaha untuk mencari titik-titik persamaan antara peradaban khususnya yang berkaitan dengan nilai sejagat dan menghormati titik-titik perbezaan yang biasanya berkaitan dengan kepercayaan beragama. Saya menggunakan umur muda saya untuk mengusahakan perkara itu, walaupun biasanya umur muda seseorang dicorakkan oleh pemikiran radikal dan ekstrim.

Saya terlibat membantu penganjuran siri Persidangan Antarabangsa Dialog Peradaban yang diterajui oleh Profesor Osman Bakar, termasuklah satu persidangan yang bertemakan ‘Islam and Confucianism’. Di samping itu, saya juga menghadiri beberapa siri wacana yang turut disertai oleh tokoh-tokoh kontroversi seperti Dr Nurcholis Majid dan Profesor John Esposito, sebagai usaha melangsungkan Agenda Dialog tersebut. Berikutan dengan siri-siri persidangan dan wacana itu, Kementerian Pendidikan kemudiannya memperkenalkan satu kurikulum wajib di universiti-universiti tempatan dikenali sebagai Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS). Kurikulum TITAS ini bertujuan untuk membawa generasi muda Malaysia yang terpelajar menghargai empat peradaban besar dunia yang mereka warisi, di samping menjadikan mereka generasi yang menghargai keharmonian hidup dan menolak unsur-unsur melampau.

Ketika TITAS mula diperkenalkan, saya terlibat menyumbangkan fikiran dalam membina kurikulum tersebut. Saya bersama-sama dengan Profesor Chandra Muzaffar, Profesor Hashim Musa dan beberapa rakan yang lain menulis Bab Pertama Buku Teks TITAS berkaitan dengan ‘Pengenalan kepada Peradaban’ dan Bab Terakhir berkaitan dengan ‘Cabaran-cabaran Peradaban Masa Kini’. Ketika TITAS diperkenalkan, harapan yang tinggi diletakkan agar kurikulum ini akan melahirkan generasi muda Malaysia yang berusaha ke arah memupuk keharmonian kaum dan menghindarkan ekstrimisme.

Apabila Anthony Loke beberapa bulan yang lalu melahirkan pandangan prejudis terhadap kurikulum TITAS ini seterusnya menyarankan TITAS tidak lagi menjadi kursus wajib di universiti, saya adalah antara mereka yang tertanya-tanya adakah beliau mendapat gambaran yang betul tentang latar belakang kursus TITAS ini?

Apabila Profesor Chandra Muzaffar ditamatkan kontrak perkhimatan, saya telah menggantikannya mengajar satu kursus dalam program Sarjana Dialog Peradaban. Sekali lagi saya meneruskan peranan mempromosikan Agenda Dialog terutama kepada bakal pemegang ijazah sarjana yang bakal menjayakan kurikulum TITAS di seluruh negara. Saya juga terlibat menyelia pelajar-pelajar ijazah tinggi dan ijazah dasar termasuk mereka yang mengkhusus dalam Sarjana Dialog Peradaban. Kesempatan mengajar TITAS dan Sarjana Dialog Peradaban memberi peluang kepada saya memperolehi ramai anak murid dari pelbagai kaum yang bilangannya mungkin menjangkau ribuan. Mereka yang pernah menjadi murid saya, boleh melihat sendiri sikap saya yang konsisten terhadap hubungan harmoni antara kaum dan saling faham-memahami antara peradaban.

Saya bukanlah seorang ahli politik, dan jauh sekali untuk menjadi selibriti politik. Saya hanya seorang akademis yang menyumbang fikiran kepada orang politik, supaya politik negara ini akan lebih menghargai keharmonian kaum dan mengelakkan ekstrimisme. Menjelang PRU 2004, saya pernah dijemput membentangkan satu kertaskerja tentang peranan Masyarakat Madani, sebagai salah satu langkah menyediakan Manifesto Barisan Alternatif. Dalam pembentangan itu, saya menekankan sekali lagi Agenda Dialog, dan peranan Masyarakat Madani sebagai elemen penting mencapai peradaban Malaysia. Meskipun demikian, peranan Masyarakat Madani ini tidak boleh lari dari garis panduan agama sesuai dengan perkataan ‘Madani’ itu sendiri berkaitan rapat dengan peranan agama sebagai asas pembinaan sesebuah peradaban

Saya juga beberapa kali membela DAP yang dituduh sebagai punca Tragedi 13 Mei dan juga dicop sebagai small brother PAP Singapura. Dalam satu forum yang dianjurkan oleh mahasiswa UIA menjelang PRU 13 yang lalu, saya dijemput menjadi ahli panel bersama rakan saya Dr Mazlee malik (UIA), Dr Yusri Mohamad (PEMBELA) dan Tun Faisal Ismail (UMNO), dan soalan-soalan yang sedemikian turut ditanya. Saya menjawab bagi pihak DAP dengan memberikan hujah-hujah membersihkan nama parti itu sebagai punca Tragedi 13 Mei dan small brother kepada PAP. Klip video yang memuatkan jawapan saya tentang tuduhan terhadap DAP ini telah lama dimuatnaik oleh pihak pengajur dalam laman Youtube. Jelasnya, saya yakin mereka yang mengenali saya, anak-anak murid saya dan yang pernah duduk sepentas dengan saya mengetahui pendirian saya tentang isu kalimah Allah dan sikap saya terhadap DAP.

Malang sekali, apabila bocornya Printscreen Whatsapp AJK PAS Pusat, sebahagian rakan kenalan saya, segelintir anak-anak murid saya dan mereka yang pernah duduk sepentas dengan saya seperti Rafizi Ramli dan Anthony Loke dengan pantas menghukum saya sebagai racist atau ekstrimist. Saya bukan ahli politik dan jauh sekali sebagai selibriti politik yang memilih kenyataan media untuk menjawab tuduhan-tuduhan itu, malah saya tidak berminatpun nama saya dipopularkan di akhbar sepertimana diidamkan oleh kebanyakan ahli-ahli politik yang lain.

Saya juga tidak boleh mendedahkan keseluruhan perbincangan dalam Whatsapp itu yang telahpun disimpan oleh sahabat saya Ustaz Nasrudin Hasan Tantawi, sehingga menurut beliau jika dicetak atas kertas A4 dengan font bersaiz 12, perbincangan itu memakan 115 mukasurat. Kalaulah saya boleh mendedahkan kesemua 115 mukasurat itu, saya yakin kesemua mereka dapat memahami apa sebenarnya yang terkandung dalam printscreen yang dibocorkan itu.

Saya telah menjelaskan beberapa kali bahawa perenggan-perenggan yang dibocorkan itu tidak mewakili pendirian dan sikap saya. Ketika saya mengemukakan analisis senario tersebut ada ahli-ahli perbincangan menegur saya tentang pemilihan bahasa yang kasar, lalu saya jelaskan bahawa bahasa yang saya pilih itu bukan mewakili pendirian dan sikap saya sebaliknya perkataan-perkataan yang akan dihamburkan oleh pihak-pihak dalam PAS yang selama ini tidak berpuashati terhadap DAP dan lain-lain isu yang mereka merasakan sepertu dikunci mulut untuk bersuara, sedangkan sebelum ini mereka mempunyai kebebasan untuk melakukan sedemikian. Kalaulah saya boleh bocorkan printscreen yang berkaitan dengan jawapan saya itu, saya yakin ramai akan memahami apa yang saya ingin sampaikan.

Malangnya, akhlak mengikat kita untuk membocorkan perbincangan sulit sesama ahli kumpulan Whatsapp, meskipun ada segelintir yang sewenang-wenangnya melakukan pembocoran tersebut.

Sewaktu perbincangan tentang usul keluar PR di dalam kumpulan Whatsapp itu, unsurnya bercampur-campur, sekejap humor, sekejap provok, sekejap sindir dan kadangkala tegang. Sewaktu perbincangan ada ahli perbincangan yang menyebut, memang segelintir ahli PAS akan lega bila PAS keluar dari PR sebab selama ini mereka begitu marah dengan DAP dan lain-lain, terutama dalam isu nama Allah dan serbuan gereja.

Seperti yang dimaklumi PAS telah ambil tindakan disiplin kepada beberapa orang seperti ini, tetapi masih ada ahli PAS yang masih bersikap marah kepada DAP dan lain-lain pihak berkaitan. Bila saya buat analisis senario apa berlaku kalau PAS keluar PR, maka saya sebut tentang kemungkinan yang boleh berlaku di Selangor. Pada perenggan kedua saya sebut secara imaginatif dan berbentuk sarcasm (sindiran) perkataan yang akan dihamburkan oleh ahli-ahli PAS yang selama ini memendam kemarahan kepada DAP dan pihak-pihak lain yang berkaitan dengan isu nama Allah, isu murtad dan seumpamanya.

Sekali lagi saya jelaskan, ayat yang saya pilih itu tidak menggambarkan pendirian saya, sebab saya tidak berada dalam senarai yang ahli-ahli perbincangan yang menyokong keluar PR. Saya cuma memaparkan senario perasaan lega segelintir ahli yang selama ini menganggap PAS seperti dikuasai oleh DAP sehingga tidak dapat lagi bersuara seperti dulu. Mereka yang ada dalam perbincangan itu akan faham unsur-unsur imaginatif dan sarcasm tersebut, melainkan kalau mereka sememangnya menyimpan strategi busuk untuk menjayakan agenda mereka seperti yang dilakukan oleh si pembocor.

Tujuan si pembocor adalah untuk mendesak PAS khususnya Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang mengambil tindakan terhadap saya, kerana saya adalah antara penentang kuat ‘Kajang Move’ yang dicita-citakan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim. Secara tidak langsung juga, mereka yang berada di pihak pembocor memberi tekanan supaya pimpinan PAS bersetuju dengan langkah itu.

Saya ingin menegaskan, bahawa saya tiada cita-cita politik yang tinggi sepertimana ahli-ahli politik, melainkan hanya sekadar menyumbang fikiran supaya politik Malaysia membawa kepada keharmonian kaum dan persaingan demokrasi yang sihat.

Saya melihat ‘Kajang Move’ sebagai langkah yang tidak memenuhi kehendak rakyat Selangor yang mahukan orang-orang politik yang diberi mandat berkuasa memberi khidmat kepada rakyat bukannya meletakkan jawatan sesuka hati dan boleh menurun-naikkan kepimpinan Kerajaan Negeri seperti mudahnya menukar pakaian. Ahli-ahli politik perlu menyedari bahawa jawatan MB itu bukan sekadar hak parti, tetapi ada hubungannya dengan hak Istana yang telah memperkenankan perlantikan seseorang dan hak rakyat Selangor yang telah memberi mandat bukan hanya berdasarkan kepartian.

Semoga dengan penjelasan ini, semua pihak dapat mengerti pendirian dan sikap saya tentang isu perkauman dan memahami apakah ‘game’ sebenar pihak pembocor printscreen tersebut.

Dr Mohd Zuhdi Marzuki
Klang, Selangor
1 Ogos 2014
5 Syawal 1435






11 Komen to Dr Zuhdi Orang Anwar Pro Dap?

  1. sman says:

    Dari jawapan beliau kelihatan beliau terketar-ketar mahu mengambil hati DAP dan PKR.Saya rasa telahan KMU ,ada asasnya.

  2. semangat dato' haron says:

    Jgn percaya PAS: hancurkan PAS itu lebih baik untuk long term. Pastikan 80% undi melayu milik UMNO. PAS sudah dimasuki banyak anasir luar

  3. Ababyl79 says:

    gergaji bermata dua rupanya dr zuhdi ini…aku tarik balik kata-kata nak tengok UMNO Selangor bersuara sokong kritikan dr zuhdi kepada anwar yang mahu isterinya menggantikan TSKI sebagai MB Selangor baru

    aku rasa ada baiknya UMNO buat bodoh saja jangan masuk campur(buat kenyataan) tentang kemelut pertukaran MB di Selangor…biar mereka terus bergasak sesama sendiri sehingga menjadi krisis, rakyat Selangor bakal menghukum mereka nanti

  4. Pak Tho says:

    Dah mula bagi signal . Nak U turn la tu. Baru kena grtak ngan dapigs dah ketaq telur tu. Pejuaangan utk menegakkn islam kunun. Piiirah,

  5. Ababyl79 says:

    aku ingat siapalah dr zuhdi ini, rupa-rupanya pernah dan masih menjadi barua DAPigs

  6. ROSSAB says:

    Kita ingat dia seorang panglima MELAYU yg berani, dah nak sanjung lah, rupa rupanya barua dapigs. Apa punya Melayu

  7. Rohee colnago says:

    Anuwar dah berjaya divert kita sume dari bini dia. Senang untuk dia susun strategi lain.
    Klu PAS kalah d Selangor jika DUN di bubarkan, DAP lah yang menangguk di air yg keroh. DAP dah mula kempen pada orang Melayu kan.
    Jom kita teropong PKR dulu…. Inilah punca kerosakkan di negara kita ini. Mat sabun dan Mahfussy pun orang PKR walaupun pakai kopiah PAS.
    Mereka merancang dan kita semua yang menjayakan rancangan mereka… Tanpa kita sedari. Hati-hati k…

  8. shawn says:

    Sudah sudahlah PAS dengan DAP!!! bukalah mata kamu…sudah sampai masanya.!!
    kawan kawan dalam PAS….DAP hanya bermuka muka sahaja dengan pemimpin melayu dalam PR demi agenda tersembunyi mereka iaitu untuk berkuasa dan melemahkan melayu. Mereka tidak pernah mahu Islam bertapak seinci pun di bumi Malaysia ini sebaik British memberikan kemerdekaan. Mereka menubuhkan PAP dan kemudian membiakkan DAP.

    10 tahun lalu…Mengapa DAP sanggup bekerjasama dengan PAS ? kerana mereka tahu PAS boleh dilemahkan dan dipecah pecahkan kerana ada banyak puak dalam PAS. Petanda geng parasit pro Anwar menguasai PAS sangat besar!

    Kenapa mereka DAP sanggup bekerjasam dengan Anwar dan PKR? kerana PKR adalah terdiri daripada melayu yang mudah dibeli dengan wang kerana mereka kebanyakannya golongan kecewa dalam UMNO yang tidak dapat anugerah jawatan atau projek dan mereka sanggup mengkhianati bangsa melayu dan agama hanya dengan 10 juta ringgit. Apa masalah dengan 100 juta ringgit untuk beli 10 wakil rakyat PKR? itu sangat kecil jumlahnya sebab cina DAP yang kaya raya disebabkan hasil menghisap darah orang melayu selama berpuluh tahun akan digunakan kembali untuk menghapuskan kuasa melayu!!

  9. shawn says:

    Kemudian….apa masalahnya untuk DAP dapatkan lagi 500 juta untuk beli 50 wakil rakyat PKR? sebab duit 500 juta senang aje boleh dicari sebab yang memberikannya ialah orang melayu juga termasuk orang UMNO dan orang PAS dan orang yang buta hati tak perduli pasal masa depan negara! duit yang korang beli dekat speedmart, old town white cofee, bangi kopitiam, kk supermarket….banyak lagi kalau aku nak sebut barang runcit yang korang beli tu lah yang businessman DAP salurkan balik untuk menangkan DAP. Terbeliak mata?? hang marah menyumpah DAP tapi hang tolong kayakan DAP!!! hampeh punya melayu!! bangkitlah melayu!! beli barang buatan melayu!! siapa lagi nak tolong melayu??? Cina? India? Kadazan? Najib? Hadi? Anwar? depa pun tak boleh tolong…kita rakyat biasa dan melayu yang boleh kuatkan kuasa melayu…politik dan ekonomi.

  10. Ababyl79 says:

    apa punya melayu? jawabnya melayu bangkai…melayu bangkai ialah mereka yang berkata tragedi rusuhan kaum 13 Mei 1969 bukan angkara DAPigs dan kuncu-kuncunya

    kalau di singapura, melayu bangkai itu ialah othman wok sebab dia tuduh UMNO menyebabkan rusuhan kaum berlaku di singapura pada tahun 1964/65 sedangkan yang menyebabkan dan memulakan rusuhan ialah kaum cina di singapura yang mengejek, meludah dan menyiram air dari atas deretan rumah kedai kepada segerombolan orang melayu Islam di jalan yang sedang berarak menyambut Maulidur Rasul pada masa itu

  11. Jambol says:

    Kenapa bodoh sangat si Zuhdi Mohd Mahzuki ni, kononnya nak membela DAP dengan memperjuangkan bahawa DAP bukan punca 13 Mei. Pekakkah dia bila orang-orang DAP yang berarak selepas kemenangan DAP di Selangor mengherdik Melayu agar keluar dari KL dan balik kampong kerana KL Cina punya. Apa yang ternyata dalam Kertas Puteh Kerajaan mengenai 13 Mei adalah tepat. Saya sendiri menyaksikan peristiwa 13 Mei dengan mata kepala sendiri di Foch Avenue, KL, daripada bumbung panggung wayang di Jalan Sultan !

    Nampak sangat bodohnya Melayu di tanah air mereka sendiri. PAS masih buta. Cina akan tetap dengan DAP.

Leave a Reply

Threesome