Menu Utama

Dewan Ulamak Pas Sudah Hilang “Keramat”?

Oleh Riana Abd Aziz

Keramat atau Karomah, sinonim dengan bangsa Melayu yang membawa maksud “sesuatu yang luar biasa yang dimiliki bukan oleh sebarangan manusia, kebanyakannya terdapat dalam diri Wali Allah dan Ulamak-ulamak.”

Satu ketika dulu, penulis melihat ahli Pas amat taksub dengan pemimpin mereka dan kemuncak kepatuhan kepada pemimpin mereka adalah bila Pas sendiri canangkan manifesto “Kepimpinan Melalui Ulamak”. Bagi mereka ketika itu, apa sahaja yang keluar dari mulut Ulamak mereka maka jangan disangkal. Kalau dilawan, buruk padahnya. Ketika itu juga mana orang yang bukan berpendidikan agama berani untuk bertanding dijawatan yang tertinggi Pas.

Paling malang yang menimpa ahli parti bila ‘karomah’ yang dijaja selama ini rupanya hanya cerita ‘mitos’ yang menguntungkan kumpulan tertentu sahaja. Kelantan yang diperintah oleh Ulama dan negeri Terengganu juga pernah diperintah mereka adalah petunjuk yang amat jelas bahawa Ulama yang mereka harapkan rupanya tidak mampu menjadikan kedua negeri tersebut sebagai contoh negeri terbaik yang diperintah oleh parti Pas yang membawa imej Islamik dan diterajui Ulama-Ulama.

Kini Pas terpaksa berdepan dengan ujian lagi sekali. Isu Wan Azizah bakal menggantikan Khalid Ibrahim bakal menyaksikan sejauh mana suara konsensus manusia yang berada di dalam Dewan Ulamak Pas dituruti atau disokong oleh seluruh peringkat kepimpinan Pas tanpa bantahan.

Dewan Ulamak Pas dengan jelas menyokong kenyataan Presiden Parti, Hadi Awang dalam isu jawatan Menteri Besar Selangor. Dewan Ulamak Pas juga mengeluarkan kenyataan rasmi mereka beserta dengan ‘nas’ bagi menjelaskan pendirian Hadi Awang bukan pendirian peribadi beliau tetapi adalah ‘Suara Rasmi’ parti.

“Dewan Ulamak PAS Pusat menyokong penuh sikap dan pendirian Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang bahawa kedudukan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor perlu dikekalkan.” kenyataan rasmi Ustaz Datuk Ahmad Yakob, Pemangku Ketua, Dewan Ulamak PAS Pusat.

Pemangku Ketua Dewan Ulamak itu juga dilihat mengeluarkan ‘nas’, “Dewan Ulamak PAS Pusat menegaskan tiada sebarang alasan Syarie yang kukuh dikemukakan sehingga kini untuk mewajarkan penukaran Menteri Besar Selangor dan beliau patut dibenarkan meneruskan amanah sehingga ke akhir penggal.”

Tambahnya lagi, Dewan Ulamak PAS Pusat telah mengamati bahawa tidak berlaku sebarang pengkhianatan terhadap amanah kepimpinan, penyelewengan dan rasuah yang dilakukan oleh Menteri Besar Selangor sejak perlantikan beliau sebagai MB selepas PRU ke-13. Menurutnya juga, sejak Tan Sri Khalid mula menjadi Menteri Besar pada tahun 2008 sehingga berjaya kembali mendapat mandat rakyat dengan kemenangan berganda untuk PR dalam PRU ke-13 lalu.

Ulamak-ulamak Pas yang ada dalam kumpulan Dewan tersebut seolah-olah terpaksa berhempas pulas meyakinkan ahli parti bila menjelaskan kenapa Khalid Ibrahim wajar diberi peluang bila menegaskan bahawa maslahah mengekalkan jawatan beliau lebih kuat berbanding keperluan menukar MB baru.

Lebih memalukan bila pihak Dewan Ulamak PAS Pusat terpaksa menyeru agar semua ahli Pas agar menghayati kebijaksanaan pendirian Presiden dalam hal ini tambahan lagi Presiden mempunyai hak pemutus dalam beberapa isu yang memerlukan keputusan segera.

Nik Aziz? Karomahnya pun dah hilang disaat beliau diundurkan sebagai Menteri Besar Kelantan. Suara Nik Aziz hanya didengar dalam rumahnya sendiri sahaja. Walaupun beliau dengan lantang menyokong Hadi Awang, Mat Sabu dan Mahfuz sudi dan patuh?






14 Komen to Dewan Ulamak Pas Sudah Hilang “Keramat”?

  1. Semangat Dato' Haron says:

    PAS dh mcm kerajaan Arab Saudi

  2. dkds says:

    sekarang ini ahli Pas hanya mendengar cakap Mat Sabun sahaja….cakap orang lain dah tak dengar….

  3. korokstabang says:

    sekarang zaman wasap dewan ulamak sudah ketinggalan zaman sistem lapuk muktamar pas lepas ni hadi akan di gulingkan giliran mat sabu lah pulak jadi boss

  4. Baba says:

    Sheikhul mat sabu bakal menjadi ulamak tersohor dunia.

  5. Ababyl79 says:

    harap penyokong dan ahli PAS mendapat hidayah sebenar bahawa tiada kebaikkan dapat diperoleh PAS baik untuk dunia mahupun akhirat jika pemimpin yang pernah terpalit dengan khalwat, zina dan menjadi proksi/barua anwar(disebut ‘golongan anwarinas’) dibenarkan memegang jawatan tertinggi dalam PAS…peranan golongan ulama dalam PAS telah diketepi dan diperlekeh oleh ahli dan pemimpin PAS sendiri, sedangkan presiden parti yang diketahui seorang ulama pun pernah membelakangkan keputusan(termasuk fatwa) yang dibuat oleh majlis ulama PAS

    sekiranya mat sabu dapat menjadi presiden PAS sudah tentu mustafa ali harus ‘diangkat dan diwar-warkan’ juga untuk menjadi antara naib presiden…golongan anwarinas berpendapat harus sama cerah juga masa depan mustafa ali seperti mat sabu untuk dapat menjadi timbalan presiden dan presiden PAS pada satu hari nanti…golongan anwarinas terlalu berkuasa sekarang ini dalam PAS sehingga pengganti kepada jawatan mursyidul am PAS(sebutan kanak-kanak baru nak tumbuh gigi ialah ‘murshitul hampas’) yang dipegang oleh n.ajis pun golongan anwarinas ini mahu masuk campur dan menentukan siapa layak untuk menggantikan n.ajis sebagai mursyidul am PAS yang baru

    Ustaz Haron Din tidak disenangi oleh golongan anwarinas ini untuk menggantikan n.ajis, mereka mahu orang yang boleh membuat/mengeluarkan fatwa dan kenyataan lebih sesat dan merapu dari n.ajis untuk menjadi mursyidul am PAS yang baru…sebab itu n.ajis dilihat keberatan untuk melepaskan jawatan mursyidul am PAS kepada orang lain walaupun sudah tidak lagi menjadi MB Kelantan dan tidak lagi aktif lagi dalam arena politik

    golongan anwarinas dan musibat(anwar) itu mahukan mursyidul am PAS yang baru sanggup memberi pendapat(bila ditanya wartawan) seperti contoh—->”tidak menyalahkan lagi perempuan kafir yang menjadi sekutu PAS berzina dengan lelaki Islam tapi hanya menyalahkan tentang kesalahan lelaki Islam itu mengambil gambar bulu faraj perempuan kafir itu sahaja yang menjadi kesalahan”…mana mungkin elizabeth wong nak buat hal lagi, aku maksudkan orang lain harap penyokong dan ahli PAS faham dengan ayat contoh yang aku berikan

  6. tubir says:

    Kebanyakan yang digeler ulamak didalam pas hanyalah ular dalam semak. Merika INI pandai Dan bijak mengunakan ugama untuk kepentingan Pribadi semata mata.

  7. dagang says:

    Belum pun PAS benar2 keluar dari PR sudah melenting pihak sekutunya mengeluarkan kenyataan mengutuk pilihan PAS tersebut. Dan PAS itu sendiri telah diintip olih intelligence PR hingga kedalam bilik tidur mereka .

    Demikian juga dengan perbuatan melampau mereka terhadap UMNO sebelum ini yang menerima asakan demi asakan menyalahkan apa saja tindakan yang UMNO telah jalankan. Tidak dinafikan behawa asakan2 berterusan ini telah sedikit demi sedikit meresap dalam pemikiran rakyat hingga mencetuskan slogan baru bahawa “YANG BERSIH ITU PR DAN YANG KOTOR ITU UMNO” . Ya …..diakui UMNO tak semuanya bersih tetapi kerajaan telah sedaya mungkin cuba bersihkan UMNO tetapi kain kotor ini perlu masa dibersihkan dengan membawa masuk angkatan pelapis yang inginkan kebersihan dalam induk UMNO itu sendiri.

    Tunjang perjuangan UMNO cukup menyakinkan sejak merdeka lagi mempertahankan perlembagaan dan perjanjian bersama antara etknik dalam menegakkan hak2 orang Melayu Islam yang telah papa kedana diganyang olih penjajah Ingeris dan Komunis sebelum merdeka dahulu.

    Walau UMNO dikecam hebat dasar perjuangan ini tetapi UMNO tetap tidak berganjak dari tapak asal perjuangannya. Dan kini UMNO terpaksa pula menentang musuh dalam selimut yang terdiri dari kalangan orang/pemimpin Melayu gila kuasa yang nyata menolak dasar perjuangan UMNO itu untuk kononnya keadilan sejagat tetapi buta mata memandang kezaifan kaum Melayu Islam yang ketinggalan jauh dari sudut ekonomi dan taraf hidup berbanding kaum pendatang yang telah monopoli segenap pelosok kegiatan ekonomi dalam Negara . Bahkan untuk menyakinkan kaum Melayu Islam itu sendiri untuk bangun bergiat dalam struktur ekonomi dalam Negara telah dengan mudah dipatahkan olih pesaing2 mereka yang jauh lebih gagah.

    Pas nampaknya akan terus melutut kepada saingannya jika tidak bertindak keluar dari perjanjian rapuh dalam pakatan celaru ini. Demikianlah maruah Pas …..semakin hari semakin merudum dihanyutkan…..dalam…. menentang arus durjana kerelaan sendiri menjadi hamba politik songsang.

  8. Pejuang IMR says:

    Yang patut sangat ditukar ialah Ketua Umum (KETUM). Kesalahan Syarie yang jelas dan terbukti adalah Liwat 1 dan Liwat 2.

  9. Ababyl79 says:

    hadi roi kata khalid patut terus jadi embee sebab tak lakukan kesalahan syarie macam menyindir musibat(anwar) itu…hahaha

  10. Anak_Nogori says:

    10hb ni kita semua akan tahu sejauh mana parti PAS mempunyai prinsip sama ada kekalkan Khalid atau terpaksa jilat kahak hijau mereka spt biasa terpaksa akur dgn kehendak impian Anwar Ibrahim utk melantik bini dia jadi MB Selangor yg baru…sama2 kita lihat nanti.

    Bagi saya…sekiranya benar Khalid tidak perform dan beliau boleh menganggu gugat kepercayaan rakyat Selangor…kenapa Anwar tidak mengarahkan displin parti mengeluarkan surat pada Khalid, supaya Khalid boleh dipecat dari PKR spt mana berlaku pada Zul Kulim..bukan kah itu strategi paling mudah utk menjatuhkan Khalid?…bila Khalid tidak lagi menjadi ahli PKR..dgn sendirinya beliau tidak layak jadi MB bagi PKR lagi…tak gitu?.

  11. lang buana says:

    Betul tu…kenapa tak hantar je surat tunjuksebab…kan senang…daripada nak buat pilihan raya dan mencalonkan wife sebagai mb selangor…kalau mb skrg x perform,ganti org lain…x payah buat pilihanraya….nampak sgt sesama mereka tiada persefahaman…dlm tv tunjuk muka baik je…

  12. Badrole Amin says:

    kira jilatan paling menjijikkan jika 10 Ogos ini PAS secara rasmi tidak sehaluan/senada dengan kenyataan hadi awang mengenai kedudukan TSKI

  13. Semangat Dato' Haron says:

    PAS x kan kuar pakatan seperti dijangka puad zarkashi dan raja nong chik. Sbb kalo ilmu hisab pas akan hilang dlm peta Selangor tanpa sokongan cinabeng. Ambil case study Dun Kota Damansara.

  14. Madu 3 says:

    Mana ada KERAMAT… Itu semua bidaah…..
    Yang ada RM…RM…RM… Bab ni Mat Sabu lah Musyridul nya

Leave a Reply

Threesome