Menu Utama

DAP Dan PKR Paksa Sultan Selangor Terima Wan Azizah

Dengan bersandarkan kepada alasan ‘konvensi’ Pakatan Rakyat 2013, PKR dan DAP menerusi Setiausaha Agung PKR dan Pengerusi DAP dalam satu kenyataan media bersama, menegaskan DYMM Sultan Selangor wajib mengikut kehendak mereka kerana ianya telah dipersetujui selain kaedah tersebut dikatakan diamalkan oleh Pakatan Rakyat.

Alasan lainnya ialah 30 orang ADUN Selangor telah bersatu hati memberikan sokongan kepada Wan Azizah sekaligus menjadikan isteri Anwar Ibrahim itu memiliki jumlah majoriti untuk diangkat sebagai Menteri Besar Selangor.

Maksud tersirat dalam kenyataan bersama Saifuddin Nasution dan Tony Pua itu adalah, DYMM SULTAN SELANGOR TIDAK ADA SEBARANG KUASA melainkan sebagai Rubber Stamp semata-mata.

PKR dan DAP berkeras untuk hanya menghantar nama Wan Azizah kepada DYMM Sultan Selangor meskipun titah baginda, setiap parti dalam Pakatan Rakyat perlu menghantar lebih dari dua nama untuk baginda membuat pilihan Menteri Besar Selangor yang baru. Bagaimanapun, PKR dan DAP yang semua sudah tahu, tidak mengiktiraf kuasa atau kewujudan Sultan-Sultan Melayu di negara ini, enggan berbuat demikian, sebaliknya mereka terus memaksa dan pada masa yang sama memberikan isyarat ugutan kepada DYMM Sultan Selangor agar menuruti kehendak mereka.

Perkara ini sebenarnya tidak menghairankan sama sekali memandangkan langkah-langkah ini telah pun didedahkan di dalam Dokumen KAJANG MOVE yang dikatakan palsu oleh Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli. Seperti apa yang tertulis dan tercatat, itulah nampaknya yang sedang dilakukan oleh Pakatan Rakyat iaitu mengenepikan sama sekali peranan serta kuasa Raja-Raja Melayu.

Tindakan terbaru oleh PKR dan DAP ini sebenarnya mengundang masalah yang lebih besar. Semuanya bermula daripada KAJANG MOVE yang diilhamkan, digerakkan dan dipropagandakan oleh PKR. Memandangkan Pakatan Rakyat menguasai majoriti dua pertiga dalam DUN Selangor, PKR terutama sekali Anwar Ibrahim berasakan, mereka bebas berbuat sekehendak hati.

Skrip dan drama diatur dengan PAS dijadikan sebagai kambinghitam oleh PKR dan DAP bagi mewujudkan kontroversi sekaligus memberi tekanan kepada Istana Selangor agar segala tuntutan Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng dipenuhi. Dan kemuncak daripada drama tersebut adalah pemecatan keanggotaan Khalid Ibrahim dari PKR.

Gelombang kebangkitan rakyat untuk menentang Istana Selangor tidak kesampaian apabila lebih ramai yang marah dengan PKR dan DAP berbanding terhadap DYMM Sultan Selangor. Tidak seperti pada tahun 2009, DAP dilihat sangat berjaya sebagai batu api dan dalang sehinggakan ramailah Melayu yang berbaring di tengah jalan sambil memegang bendera selesai solat Jumaat untuk menghalang rombongan diraja daripada mengadakan upacara perlantikan Zambry Kadir sebagai Menteri Besar Perak.

Pemaksaan yang dilakukan oleh PKR dan DAP ke atas DYMM Sultan Selangor, saling tidak ubah seperti kaedah yang digunakan oleh Inggeris bermula dari tahun 1874 dalam Perjanjian Pangkor yang akhirnya menyaksikan Sultan Perak yang ditabal dengan bantuan Perjanjian Pangkor, dibuang ke Pulau Seychelles dan Perak menjadi negeri pertama yang diletakkan di bawah jajahan Great Britain. Penjajahan Inggeris dari tahun 1874 sehingga 1957 menyaksikan, Sultan-Sultan Melayu tidak mempunyai sebarang kuasa melainkan untuk adat-istiadat Melayu dan agama Islam semata-mata.

Sejarah wajar dipelajari. Dan sejarah jugalah yang kerapkali dikitar semula dalam bentuk baru pada zaman yang berbeza.

Kalau benar Pakatan Rakyat benar-benar untuk rakyat, apa susah sangat untuk mereka mencalonkan enam nama sebagaimana yang dititahkan oleh DYMM Sultan Selangor untuk jawatan Menteri Besar Selangor? Mengapa perlu disusah-susahkan konflik yang dicetuskan oleh mereka sendiri semata-mata kalau bukan PKR-DAP mempunyai niat jahat yang cuba diselindungkan menerusi konflik terbaru ini!






14 Komen to DAP Dan PKR Paksa Sultan Selangor Terima Wan Azizah

  1. itsme says:

    mana g nama PAS?? sudah cicir ka??
    ternyata anwar tiada plan B untuk kerusi MB, dana MBI dimata anwar sgt penting dan rugilah mrk jk biarkan shj lalu depan mata.

    PAS yg skrg seakan mempunyai jiwa yg besar pasti juga akan melukut ditepi gantang jika adun pas terpilih sbg menteri besar yg baru. ini kerana dap pkr pasti akan menekan pas sehabis mungkin ditambah lg dgn juak2 anwarinas yg sedia berkhidmat kpd anwar bagi memecahbelahkan pas dari dalam.

    so segalanya adalah; ada ubi ada batas… anwar sedang.berkira-kira.. apa perlu buat kpd PAS.. haha

  2. reds says:

    bang non dah semakin semak….hahaha….sultan pon nak langgar… ade nak guna konvensi pakatan lwn arahan tuanku….makin menjadi laa plot drama nih…

  3. alimedanbaru says:

    Nama Wan Azizah
    Ya.. hanya nama itu sahaja yang dapat menyelamatkan Anwar dan membantunya bernafas ketika berada didalam penjara dengan mengeksploitasi kekayaan Selangor.
    Ya.. hanya nama Wan Azizah amat bergarga untuk DAP bagi dijadikan patong bernyawa untuk diperkudakan DAP untuk meratah negeri Selangor
    Anwar/ PKR dan DAP masing-masing saling memerlukan dengan matlamat kepentingan masing-masing
    yg diliwat, yg disula, yg akan dicekek dan dihisap darah adalah rakyat Selangor
    DAP DAN ANWAR/PKR istiharkan perang dengan Sultan
    siapa yg menang dan kalah?

  4. Lan Halmi says:

    Ingat sultan kisah sgt dgn konvensi pkr dan dap tu.kalau mb yg tak boleh buat kerja .yg hancur negeri selangor.sultan takkan tunduk..silap haribulan sultan buat pilihan lantik org yg lebih berkelayakan dri pas atau pkr ..

  5. Syed says:

    Kita lihat konvensi pkr-dap atau kuasa DYMM yg menentukan MB Selangor … mesti ada sbb tersangat kuat kenapa mesti DSWA…. pelengkap Kajang move…. yg akan memporak perandakan negara ….

  6. dkds says:

    Pakatan rakuat bukannya berdaftar pun…mmg betullah Sultan minta 2 nama dari awtiap parti…yg PKR dan DAP mengelabah kenapa…?memang celakalah kau anwar..kau memang iblis yang dilepaskan dari neraka untuk mensesatkan manusia..

  7. rhg says:

    saja mahu mencabar Tuanku.harap Tuanku juga “mengajar” mereka nanti.

  8. jentayu says:

    dah cukup elok sultan bagi peluang ketiga2 parti utk kemukakan 2 nama bg jawatan MB(6 kesemuanya). itu bermakna sultan masih hormat majority ahli dewan undangan negeri dan elakkan daripada diadakan pilihanraya negeri semula yang menyusahkan rakyat Selangor akibat kebebalan PR sendiri. sayangnya, hormat baginda pada ahli dun DAP dan PKR dibalas dengan kedegilan utk letakkan hanya satu calon MB. memang biadap puak2 ni.

  9. lang buana says:

    Sekarang ni memang dia tak hormat dengan institusi beraja. Rasanya macam ada agenda untuk menjatuhkan kuasa beraja…

  10. samad says:

    sepatutnya rakyat selangor akan berhimpun di belakang sultan dan mempertahankan titah baginda. kena gerakkan seluruh negeri untuk berhimpun secara aman.

    rakyat selangor nak sokong sultan atau anwar + dap?

  11. raplahjingaa says:

    Yup…agenda untuk memperkecilkan instituisi raja di negara ni….tu agenda DAP sebenarnya tapi sekarang di sokong oleh PKR yang berfahaman yahudi….cuma PAS yang masih terkial-kial mencari haluan.

    Lim Kit Siang dan anwar masih belum cukup kuat nak gugat instituisi beraja di negara ini, DAP boleh try, PKR boleh tolong…..tapi ingat jutaan orang melayu UMNO akan menjadi benteng pertahanan,

    UMNO berjaya patahkan cubaan panjajah British dengan Malayan Union, tak ada sebab UMNO akan biarkan Kit Siang dan anwar meneruskan cita-cita bekas penjajah British yang terbengkalai lebih 70 tahun lalu.

    Daulat Tuanku !!

  12. hasnul rahman says:

    Assalammualaikum wmt,
    Ketegasan PKR, DAP dan Anwar dalam mengemukakan nama calon MB Selangor kini adalah atas nasihat Yahudi, setelah Bang Non ke sana baru-baru ini.
    Tentu ada perancangan besar yg bakal mereka lakukan beralaskan kegagalan Anwar. Sebenarnya Yahudi memang sangat mengidamkan peluang untuk menjahanamkan negara bernama Malaysia ini sejak dari zaman Tun Dr Mahathir lagi.
    Dulu tak berjaya. Kini strategi diubah. Kalau dulu ajak rakyat tentang kerajaan UMNO/BN, kini Anwar akan berbelanja besar untuk ajak rakyat goncang Istana Selangor yg jadi salah satu simbul ketuanan Raja-Raja Melayu.

    Kepada Yahudi memusuhi dan menghuru-harakan negara-negara Islam yg kuat menyokong Palestin adalah musuh utama mereka. Cara mana mereka campur tangan bergantung kpd keadaan atau peluang yg terdedah untuk digunakan.

    Jika kebanyakan negara-negara ‘Beraja’ telah berjaya direpublikkan oleh agenda Yahudi, apakah tidak mustahil negara kita juga turut tersenarai dalam sgenda mereka? Dan tidakkah Anwar Ibrahim adalah satu-satunya pemimpin yg boleh diperalatkan?
    Dgn melalui sokongan ‘negara pulau seberang tambak’ yg sejak penubuhannya dinasihatkan oleh Penasihat Yahudi, Malaysia sedang menanti masa untuk mereka huru-harakan seperti yg dirancangkan.
    Cuma masanya belum tiba kerana Yahudi masih kalut berdepan dgn masalah Palestin yg masih belum berjaya sepenuhnya.
    Wallahhua’alam.

  13. pelangkung says:

    Laknatullah

Leave a Reply