Menu Utama

Chegu Bard Sudah Hilang Akal. Apa Kena Mengena SPR dengan PKR?

Oleh Nur Azlina Shaari

Badrul Hisham Shaharin atau lebih sinonim dengan gelaran Chegubard dalam parti PKR nampak gayanya begitu dahagakan perhatian dari ahli-ahli partinya dan juga pihak lain. Ini kerana, Chegubard tidak henti-henti mencipta satu situasi sama ada mengenai dirinya dan PKR agar sentiasa diberi perhatian.

Seperti yang ramai tahu atau kurang mengambil tahu mengenai Chegubard, beliau dahulunya menjadikan kerjaya guru sebagai landasan utama dalam mencapai cita-citanya sekitar tahun 2000. Tetapi sayangnya, Chegubard sendiri menyalahguna kebolehan sebagai pendidik kerana gemar memberikan ceramah tanpa kebenaran mengenai politik termasuklah memburukkan pihak kerajaan.

Dan pada tahun 2008, Chegubard mengambil pendekatan dengan bertanding di parlimen Rembau dalam PRU12 tetapi tewas kepada Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang seterusnya hanya melayakkan jawatannya sebagai Ahli Majlis Pimpinan PKR sahaja iaitu Ketua PKR Cabang Rembau.

Sejak dari itu, Chegubard banyak terlibat dalam acara demonstrasi yang dirancang dan diatur oleh PKR termasuklah dalam perhimpunan Bersih, perhimpunan bantahan Felda, dan pelbagai lagi memandangkan Chegubard sendiri adalah ahli Gerakan Demokrasi dan Anti- Korupsi (GERAK). Jadi, tidak mustahil ‘hobi’ Chegubard yang gemar berdemonstrasi teserlah.

Malah, Chegubard juga yang dipuja sebagai aktivis sosial yang bagus turut menubuhkan sebuah gerakan muda yang diberi nama Solidariti Anak Muda Malaysia dan mula bergerak sejak 2004 lagi. Namun, penubuhan SAMM ini tidak dilihat dengan jelas matlamatnya dan sering tersasar dari landasan perjuangan dengan penglibatan dalam banyak isu. Di mana sahaja ada bantahan terhadap kerajaan, di situlah akan adanya Chegubard dan SAMM.

Dalam proses pemilihan PKR, Chegubard mempunyai agenda tersendiri dan bersuara mendedahkan kepincangan dalam proses tersebut. Kata Chegubard, proses pemilihan parti kesayangannya itu adalah kotor dan tidak telus yang lebih terarah menyerang Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Chegubard telah membuat dakwaan terbuka dengan menyatakan “Petugas JPP menjadi agen kepada Azmin Ali” pada 12 Mei lalu dan disiarkan dalam laman “mysuara.net” dan portal Free Malaysia Today. Dalam akhbar Berita Harian pada 21 Mei lalu juga beliau telah membuat kenyataan terbuka mengkritik Jawatankuasa Pemilihan Pusat PKR bertajuk “Keputusan penuh penipuan: Chegubard”.

Nampaknya, usaha Chegubard yang telah menjadi ahli PKR sejak dahulu lagi tidak dipandang oleh PKR sendiri. Disebabkan itulah Chegubard berani mengambil tindakan memburukkan partinya sendiri. Akibatnya, Lembaga Disiplin Parti Keadilan Rakyat (PKR) menggantung keahlian Chegubard serta-merta tanpa ada sebarang bantahan.

Dan semalam, Chegubard muncul pula di Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam usaha menggesa SPR mendengar aduannya mengenai proses pemilihan PKR yang tidak telus. Lagak Chegubard ini sememangnya tidak akan berhenti dari menagih perhatian dari keadaan sekelilingnya supaya kelibat dirinya terus dilihat.

Soalnya, apa kena mengena SPR dengan pemilihan PKR? Agaknya kerana sudah banyak kali gagal, otak pun sudsah gagal berfungsi.






12 Komen to Chegu Bard Sudah Hilang Akal. Apa Kena Mengena SPR dengan PKR?

  1. itsme says:

    kesiannnnnnn!!

  2. tengkudin says:

    dia malu dengan spr kononnya..ptuiii!!!

    PETALING JAYA 4 Ogos – Ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Rembau yang digantung keahlian, Badrul Hisham Shaharin mengakui berasa malu untuk bersemuka dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) jika tiada sebarang tindakan diambil dalam menyelesaikan masalah pemilihan PKR.

    Badrul Hisham yang dikenali sebagai Chegubard berkata, ini kerana semua aduan yang dikemukakan beliau sejak tahun 2010 kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) masih belum mendapat sebarang balasan atau tindakan.

    Katanya, antara aduan berkenaan pemilihan PKR yang sering dikemukakan ialah berkaitan kertas undi berlebihan, pengundi yang mengundi atas nama orang lain serta pihak JPP yang dipercayai terlibat dengan masalah penyelewengan pemilihan.

    “Bagi saya masalah penipuan ini khususnya pemilihan dalam parti perlu ditangani segera. Jika tidak saya bersama rakan-rakan lain yang berjuang atas nama bersih dan demokrasi berasa malu untuk berjumpa dengan pihak SPR disebabkan parti ini juga akan dianggap sama menipu dalam demokrasi.

    “Jadi, kenapa apabila kita lawan dengan SPR, kita perlu raikan, tetapi ketika lawan di tempat tertentu kita tidak raikan. Oleh itu, saya akan terus berjuang untuk menegakkan demokrasi di semua tempat,” katanya kepada pemberita di Mahkamah Seksyen di sini hari ini.

    Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140805/po_01/Chegubard-malu-bersemuka-SPR#ixzz39UgJN9hv
    © Utusan Melayu (M) Bhd

  3. Ababyl79 says:

    kena gantung dengan parti pun boleh jadi macam orang mental dan bangang musibat(chegubard) ni…aku kata macam orang mental dan bangang sebab dia ngadu pasal pemilihan PKR yang kotor pada SPR, sepatutnya ngadulah pada ROS atau dapatkan khidmat peguam minta tindakan mahkamah

  4. Madu 3 says:

    Bawa lah geng-geng jahat engko berguling-guling depan rumah Anuwar. Takde telor ke atau takde duit. Takde sponsor la ni… nak tuntut hak pun nak pakai duit? Buat la pengorbanan demi perjuangan yang tulus lagi ikhlas…..kan.
    Tak pun minta dengan Anuwar, pastu buat demo depan dia…bile Anuwar tanye, pandai-pandai la spin… dah budaya korang kan

  5. Pak Tho says:

    Dulu tuduh SPR tdk telus, sah mamat ni stim air ketum. Ngadu tak kena tempat.. Nampaknya makin ramai ahli pkr naik biol . penangan keras kepala khalid Ibrahim. Bravo khalid. Talkin utk P Gay R

  6. bangKano says:

    Ahli & penyokong PKR semakin terserlah kebangangan depa….asyik terlalu taksub ngan KETUM PKR sampai sanggup lalok macam togak ayaq ketum….malang sungguh pengikut totok Parti Kelok Rencong PKR nih….!!!!

  7. jombo says:

    Hahaha CikuBard umpama HANTU RAYA kehilangan Tuan… kah kah kesian, kesian.

  8. korokstabang says:

    mengadu pada spr ? hahahahaha skolah sampai darjah berapa mamat ni hahahaha

  9. WTF says:

    Masalah pemilihan parti sendiri pun Chegubard tak tahu nak adu kat siapa???

    ROS kan ada!!!

    Yang pergi adu kat SPR buat apa???

    BAGHAL PUNYA PKR!!!

  10. chegubard says:

    Nak tipu pun agak2 lah bila saya ke spr mengadu… saya hilang akal atau penulis ni hilang akal nak menipu… berita dlm utusa. Tu ditulis dan dirakam selepas saya keluar mahkamah sila baca betul2… t.kasih dan usaha lahi

  11. WTF says:

    La, kenapa hang setakat komen jer saudara Chegubard!!!

    Pergilah GULING2 kat Dataran Merdeka tu!!!

    Hehehehehe!!!!

  12. Tubir says:

    Aku be rasa hairan bila ada orang kata cikgu bad hilang akal. Pada pandangan aku dia ni take berakal.

Leave a Reply

Threesome