Menu Utama

Calon Pengkalan Kubor: Pas Mahu Balas Dendam, Gelojoh atau Terus Bersandiwara

Oleh Riana Abd Aziz

Ketika masalah pengisian jawatan Menteri Besar di Selangor masih belum selesai, Pas dilihat cuba memperbetulkan persepsi kononnya selama ini mereka hanyalah kuda tunggangan Dap dan PKR. Selain menyokong Khalid Ibrahim dan mencadangkan Azmin Ali sebagai pilihan kedua, mereka juga menuntut kembali kerusi DUN Pengkalan Kubor, Kelantan.

SPRKetika PKR sudah dua penggal diberi laluan untuk kerusi tersebut, kini Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kelantan Mohd Amar Nik Abdullah yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan menyatakan parti tersebut berhasrat untuk meletak calon dalam pilihan raya kecil kali ini.

Kerusi berkenaan kosong berikutan kematian Adun UMNO-BN, Datuk Noor Zahidi Omar di China pada 20 Ogos yang lalu.

Alasan Nik Amar ialah kerusi berkenaan hanya diberi pinjam kepada Pkr yang mana asalnya adalah hak Pas. Nik Amar seolah-olah menafikan kewujudan Pkr di Pengkalan Kubur dengan andaian bahawa pengaruh Pkr hanya bergantung dengan kuasa undian ahli Pas.

Beliau lupa undi ahli PKR bakal meranapkan keangkuhan Pas di situ. Pas Kelantan lupa, ‘kuasa’ memulau atau beralih angin penyokong Pkr.

Senario ini hampir sama dengan kes Menteri Besar Selangor. Tanpa merujuk kepada Dap dan Pkr, Hadi Awang awal-awal lagi membuat kenyataan kononnya bersifat rasmi dengan menolak Wan Azizah sebagai pengganti Khalid Ibrahim.

Akhirnya semua jadi kelam kabut bila 2 Adun Pas Selangor melompat untuk bersetuju bersama DAP dan Pkr menyokong Wan Azizah. Ketika itu bermulalah episod Pas dilabel sebagai Parti ‘U-Turn’, kuat kelentong yang akhirnya memakan diri sendiri.

Apakah kali ini Pas betul-betul ingin tunjukkan kepada ahli dan rakyat Kelantan bahawa Pas betul-betul bukan kuda tunggangan dalam gabungan pakatan pembangkang atau lagi sekali Pas cuba memancing sesuatu dari Pkr dan Dap?

Apakah strategi yang terdesak ini untuk menjaga maruah setelah dimalukan di Selangor atau ia isyarat Pas meminta balasan jika mahukan sokongan ke atas Wan Azizah sebagai calon tunggal?

Persoalan yang perlu ditanya oleh seluruh jemaah parti tersebut ialah, apakah masih subur fikrah Pas yang berorientasikan Islam atau ia sudah menjadi menjadi parti munafik yang berselindung di sebalik nama perjuangan agama?






2 Komen to Calon Pengkalan Kubor: Pas Mahu Balas Dendam, Gelojoh atau Terus Bersandiwara

  1. sireh ke gagang says:

    PAS-PIS-PUS .. everything is impossible .

Leave a Reply