Menu Utama

Cabaran PM ke-6 jauh lebih mencabar.

Oleh MOHD RAZLAN BIN MUHAMMAD RAFII

Malaysian Prime Minister Razak arrives to sign the book of condolence at the residence of the Netherlands' ambassador in Kuala LumpurKebelakangan ini banyak dugaan dan cabaran yang terpaksa dihadapi negara. Ia sekali gus menguji kepintaran pemimpin negara menangani pelbagai rintangan yang melibatkan isu-isu besar dari dalam dan luar negara yang tidak pernah dijangka akan menggusarkan banyak pihak.

Hari ini cabaran yang terpaksa dipikul Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak amat besar dan ianya diatasi dengan penuh berhati-hati agar hasil yang bakal diperolehi kelak tidak merugikan semua pihak.

Musibah kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH 17 yang ditembak jatuh di Ukraine pasti merupakan dugaan besar bukan saja kepada perdana menteri bahkan ia turut dirasai sendiri oleh rakyat Malaysia keseluruhannya. Misteri kehilangan pesawat MH 370 juga sehingga kini tidak bertemu jawapannya sudah pasti membuatkan perdana menteri sendiri mencari pelbagai inisiatif bantuan seluruh dunia agar ianya ditemui.

Tak dinafikan cabaran perdana menteri ke-6 ini jauh lebih mencabar dengan pelbagai bentuk dugaan yang tidak terduga, ditambah lagi dengan kemodenan komunikasi yang sukar dibendung dalam kepelbagaian bentuk penyebaran berita dan fitnah yang boleh mematikan semangat pemimpin ini meneruskan perjuangannya memartabatkan kepentingan agama, bangsa dan negara.

Melihat akan kepentingan rakyat, terutama ahli Umno, banyak pembaharuan yang telah dijanakan oleh Datuk Seri Najib. Antaranya adalah memberi kuasa kepada lebih tiga juta ahli Umno menentukan kepimpinan parti yang terbaik untuk diketengahkan dan secara tidak langsung telah memberi satu nilai tambah kepercayaan dan keyakinan orang ramai terhadap Umno terutamanya.

Ini adalah salah satu pembaharuan dalaman parti yang dibawa oleh Presiden Umno dengan harapan Umno lebih bersifat menyentuh nadi hati sanubari ahli. Bukan seperti sebelum ini, di mana hanya kuasa memilih diberikan kepada 2,500 perwakilan dan terlalu banyak cerita politik wang yang dibangkitkan. Tindakan ke arah membersihkan persepsi bukanlah satu perkara yang dapat diselesaikan dengan cepat.

Rakyat dapat menilai perdana menteri bertungkus lumus ‘membaiki’ kesilapan lalu yang menyebabkan orang Melayu cuba menjauhi parti Melayu ini terutamanya. Kesilapan lalu bukan terjadi dengan sendirinya tetapi terjadi akibat daripada kerja-kerja tidak bertanggungjawab orang kita sendiri yang lupa akan kepentingan rakyat. Walaupun ianya tampak sukar dilaksanakan tetapi tidak mustahil jika ditangani secara perlahan-lahan akan membuahkan hasil yang baik.

Pembangunan dan perkembangan ekonomi negara membangun pesat saban tahun dan ia pastinya membanggakan rakyat Malaysia. Tetapi kepentingan rakyat yang tersepit di antara peningkatan kos sara hidup dan tempat tinggal telah menyebabkan pelbagai kepincangan tak terduga boleh berlaku.

Mengambil kira keutamaan kepada rakyat, hari ini pelbagai bentuk dana dan bantuan kerajaan terus kepada golongan sasaran. Ditambah dengan rancangan projek perumahan mampu milik antaranya PR1MA, PPRT dan pelbagai lagi dibangunkan secara seimbang di dalam Kuala Lumpur dan bandar-bandar lain seluruh negara.

Sekiranya mahu diceritakan di sini, terlalu banyak perkara sudah diperbaiki oleh presiden Umno. Ada di antara rancangan kerajaan hari ini pasti tidak menampakkan hasil dalam tempoh terdekat tetapi mungkin mengambil tempoh jangkamasa 10 tahun akan datang.

*Penulis merupakan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Wilayah Persekutuan






18 Komen to Cabaran PM ke-6 jauh lebih mencabar.

  1. hentam ajelah says:

    ….memang diakui byk perubahan…..tspi susu dpt kt babi..musang…ular…. tk cukup dgn itu najib bunuh pulak “lembu2” yg bagi susu kt dia dari dalam….

  2. raplahjingaa says:

    Ia betul….memperbaiki kesilapan lalu dengan memansuhkan ISA !! ketua pemuda UMNO WP pun satu samdol, berapa ramai dah ahli UMNO baru yang depa daftarkan ???? alooo….razlan hang tolong pi buat kerja boleh tak ??

  3. Pinhai says:

    Memang mencabar tugas PM ketika ini tapi apa kurangnya cabaran kepada PM-PM yang lalu. Msaalahnya, adalah PM sekarang menyambut cabaran-cabaran kini. Hinaan dan cerca terhadap Melayu/Islam yg melampau ketika ini tiada nampak sebarang pendirian drpd mulut PM sekarang. Kata orang yg tahu, katanya teknik ‘play safe’ dgn harapan ianya akan hanyut secara sendirinya, tidak menampakkan semangat nationalis hanya kata orang politik ‘move to the center’ dan masih melayan mereka yg tidak memberi undi kepada beliau hingga disayangi dengan gelaran ‘Ah Gib Jor’.

  4. dkds says:

    Semoga PM Najib dapat menghadapi cabaran ini dgn tabah…adakalanya orang yg kelihatan macam malaikat tidak semestinya baik..adakalanya swumpana serigala yg sentiasa kelaparan…

  5. bajak says:

    bodek la selagi boleh…

  6. Pak Tho says:

    Agak²lh kalau nak bodek Ds Najib pun, jgn sibuk kipas najib, pr bagi bola lambung pun tak boleh lipat. Juak² Umno buat apa?, Nganga mulut tunggu lalat masuk ke?.

  7. tarabas says:

    Cabaran yang dihadapi masa kini oleh Pm, adalah atas tindakan DS memansuhkan ISA, yang mana singapura pun tidak sanggup untuk menghapuskannya. Penghapusan ISA telah menyebabkan PM begitu sibuk menangani masalah2 pasca pemansuhan ISA. Peluang ini telah diambil sebegitu rakus oleh pihak pembangkang untuk memusnahkan Negara ini. Itulah kesilapan PM yang telah mendapat nasihat dari para penasihat dan pembodek DS. Disebabkan DS membelakangkan nasihat lisan Tun M ini telah mengakibatkan Negara huru hara oleh pembangkang yang mana ianya telah dibiarkan sahaja tanpa para pemimpin berbuat apa apa. Ini merupakan salah satu point utama yang perlu di jawab oleh PM dan KDN, bagi menjawab kekesalan Tun M yang lebih 22 tahun berpengalaman. Point2 lain biarlah rakan2 lain yang huraikan bagi memberitahu kepada menteri2 yang sangat membodek dan berpura2 tidak nampak kesan daripada luahan Tun M. Moga Tun M terus menegur pada pemimpin2 ini, kerana dikalangan pemimpin2 tersebut tiada yang begitu suka dan berani untuk menegur demi sebuah kuasa.

  8. Baba says:

    Cakap memang senang, nak perintah negara zaman skrg banding dgn zaman dahulu begitu jauh bezanya. Harap najib teruskan usaha memabngunkan malaysia.

  9. bujuk says:

    Tu… la pasal, Tok Najib dah beruban.. tunM rambut hitam lagi.

  10. Madu 3 says:

    Penulis sedang membodek……
    Cabaran untuk PM ke 6 memang hebat tapi bagaimana pulak dengan “tools” yang dia ada. Adakah “tools” yang dia ada sekarang di punyai oleh PM-PM sebelum ini?
    Dan, ada juga cabaran yang wujud di sebabkan ke dangkalan sendiri.
    Yang peliknya kenapa macai-macai PM ke 6 macam cacing kepanasan?

  11. WTF says:

    Dan Nik Aziz pulak HILANG TELOR dia setelah doa Nik Aziz untuk KO kan UMNO tak dimakbulkan oleh Allah SWT!!!

    WAKAKAKAKAKAKAKAKAKAKAKAKAKAKA!!!

  12. alimedanbaru says:

    Sebenarnya tak ada isu pun
    tak ada hal pun
    hakikatnya kebanyakan rakyat masih terpengaruh dengan seruan setan politik
    seten ni kerjanya memang halus
    dia memudarkan mata untuk lihat kebaikan
    yg dia nampak keburukan, kekurangan dan kehitaman
    ekonomi masih bagus
    pembangunan rancak
    negara masih aman
    masaalahnya setan-setan tadi
    yg kurang ajar dengan Melayu tu… jangan ingat kerajaan tak ada apa-apa dgn korang semua
    UMNO bukan dayus
    kerajaan UMNO BUKAN PENAKUT
    tarik rambut dalan tepung kena hati-hati
    rambut terlepas tebung tak runtuh
    kalau nak berkeris dan bertombak
    dah lama boleh buat
    tapi apa kesudahannya
    sabarrrrr
    ini Tanah Melayu..tahulah pemimpin Melayu apa nak buat
    takkan semua nak citer dengan kauorang……

  13. samad says:

    cuba seketika kita duduk tempat Najib, dan kemudian kita tanya apa yang harus kita buat jika kita jadi PM dengan keadaan sekarang.

    Tun M menyuarakan hasrat dia dan kita juga berhak menyuarakan hak kita. Hak Najib menilai dan memilih apa yang terbaik untuk masa depan kita semua.

    Cuma Najib terlalu bergantung kepada para penasihat dia. Penasihat yang gaji melebihi 10k sebulan, dia tidak tahu tekanan hidup rakyat yang bergaji 1k.

    Untuk itu, Najib rajin rajin lah turun padang siasat sendiri pandangan rakyat tentang pentadbiran dia. Rasa kehidupan rakyat biasa bukan rasa kehidupan bangsawan.

  14. KUKUBIMA says:

    ingat kan siapa penulis kp wilayah rupa nya,OK kipaaas!!! jgn tak kipas!!

  15. KUKUBIMA says:

    ingat kan siapa penulis tadi KP wilayah rupa nya,OK kipaaas!!! jgn tak kipas!!

  16. omega says:

    Satu org memikirkan untung nasib 27 juta rakyat berbanding 27 juta rakyat menilai dan mengadili satu org. Sebab tu bercakap lebih mudah dari melaksana

  17. alimedanbaru says:

    OMEGA..AYAT KAMU TU DAH LAMA TAK DIDENGAR
    MANARIKK WALAU RINGKAS TAPI BERMAKNA…

Leave a Reply