Menu Utama

Bursa Malaysia Catat Rekod Baru

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) — Saham di Bursa Malaysia ditutup lebih tinggi Rabu sejajar dengan kebanyakan saham Asia selepas sentimen global yang lebih baik berikutan prestasi semalaman yang positif di Wall Street, kata peniaga.

Ketika ditutup, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengakhiri dagangan 6.73 mata lebih tinggi pada 1,878.89.

Ia bergerak di antara 1,872.59 dan 1,878.89 mata sepanjang hari.

Peniaga berkata, jumlah dagangan meningkat kepada paras tertinggi di mana lebih tujuh bilion saham diniagakan berikutan minat berterusan terhadap saham berharga rendah, ACE dan saham berharga kurang daripada seringgit.

Menurut mereka, sentimen pelabur yang tinggi dan peningkatan kemasukan dana asing juga merangsang prestasi pasaran hari ini.

Di peringkat serantau, Nikkei Jepun ditutup 225 mata lebih kukuh kepada 15,454.45, Hang Seng Hong Kong melonjak kepada 25,159.76 dan Indeks Straits Times Singapura menambah kepada 3,321.63.

Antara kaunter paling untung, Kuala Lumpur Kepong melambung 74 sen kepada RM23.86, Petronas Gas menambah 46 sen kepada RM23.10 dan Petronas Dagangan menokok 34 sen kepada RM21.90.

Kaunter paling aktif, Globaltec Formation Bhd ditutup 1.5 sen lebih tinggi pada 12 sen dengan 1.01 bilion saham diniaga.

Bursa Malaysia Securities Bhd hari ini mengeluarkan pertanyaan aktiviti pasaran luar biasa kepada Globaltec mengenai kenaikan harga dan jumlah dagangan sahamnya baru-baru ini.

Di papan skor, Indeks Kewangan menokok 1.57 mata kepada 17,440.74 dan Indeks Perusahaan naik 13.48 mata kepada 3,276.9.

Indeks Perladangan menambah 31.36 kepada 8,820.24.

Indeks Emas FBM pula 8.07 mata lebih tinggi kepada 13,117.67, Indeks FBMT100 menokok 28.88 mata kepada 12,690.07, FBM Ace jatuh 288.51 mata kepada 7,031.82 dan FBM 70 turun 30.99 mata kepada 14,374.87.

Kaunter rugi mengatasi untung dengan 758 berbanding 227 manakala 245 kaunter tidak berubah, 413 tidak diniaga dan 21 lagi digantung.

Jumlah dagangan melambung kepada 7.669 bilion unit bernilai RM3.304 bilion berbanding 5.112 bilion unit bernilai RM2.913 bilion semalam.

Kaunter aktif lain, PDZ Holdings susut lapan sen kepada 29.5 sen, Sumatec Resources merosot 17 sen kepada 44 sen dan Hubline setengah sen lebih tinggi pada 5.0 sen.

Di kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank dan Public Bank masing-masing tidak berubah pada RM10.08 dan RM19.34, manakala Tenaga Nasional menokok empat sen kepada RM12.44.

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 6.36 bilion unit bernilai RM3.09 bilion berbanding 4.04 bilion unit bernilai RM2.71 bilion semalam.

Perolehan di Pasaran ACE melonjak kepada 1.23 juta saham bernilai RM200.37 juta berbanding 975.21 juta saham bernilai RM183.22 juta semalam.

Waran merosot kepada 50.94 juta unit bernilai RM6.41 juta berbanding 72.93 juta unit bernilai RM9.98 juta dicatat pada Selasa.

Produk pengguna menyumbang kepada 318.67 juta saham diniaga di Pasaran Utama, produk industri (1.48 bilion), pembinaan (115.8 juta), perdagangan dan perkhidmatan (3.68 bilion), teknologi (87.16 juta), prasarana (17.68 juta), SPAC (101.198 juta), kewangan (63.11 juta), hotel (3.01 juta), hartanah (4.49 juta), perladangan (22.33 juta), perlombongan (136,600), REITs (8.32 juta) dan dana tertutup, 2,300.






10 Komen to Bursa Malaysia Catat Rekod Baru

  1. Nusantara Jones says:

    Tahniah kerajaan BN kerana berjaya membangunkan ekonomi negara. Komitmen dan usaha BN untuk memajukan rakyat harus dipuji dan dikenang. Bukan macam pembangkang 24 jam hari-hari bergaduh sesama sendiri untuk merebut kuasa dan merompak wang rakyat Selangor.

  2. […] From: MYKMU.NET: DEMI SEBUAH PERJUANGAN: Bursa Malaysia Catat Rekod Baru […]

  3. raplahjingaa says:

    Hangpa dok cerita pasal FTSE, Wall street dan KLCI tau ka macai PAS apa benda tu semua ?? Dalam harakah tak kan ada cerita ni ….yang ada UMNO jahat PAS baik, lepas tu iklan ubat kuat seks dan iklan urut batin, malu lah kalau budak-budak terbaca.

    See….pemimpin melayu jugak yang memacu pembaikan pada ekonomi, suka atau tidak, endorsement harus diberi pada Najib dalam bab ini KEEP IT UP MR PRIME MINISTER.

    UMNO….not bad.

  4. Pak Tho says:

    Kerajaan Bn buar kerja. Pembangkang berpolitik 24 jam. Tapi rakyat tetap nk sokong pembangkang. MENGAPA?.

  5. alimedanbaru says:

    sebenarnya rakyat negara ni senang lenang
    di KL malam-malam gini pergilah Bangsar, Jln Bukit Bintang, Jalan P.Ramle dll
    lihatlah pusat beli belah
    pasar malam, gerai makanan dan restoran makanan segera atau apa juga jenis restoran makanan
    rakyat Malaysia jenis suka makan dan suka kepada pesta dan suka ria
    kesenangan buatkan kebanyakan mereka sombong dan tak peduli keliling
    termasuklah tidak hargai KERAJAAN
    pada mereka apa yg mereka dapat adalah usaha sendiri
    padahal kerajaanlah yg beri kemudahan dan peluang
    mereka jenis manusia Qarun zaman Nabi Musa
    dia ingat dia senang cara semulajadi
    mereka lupa tanpa kerajaan yg bijak mentadbir dan bangunkan ekonomi hingga Malaysia sebaris dgn negara maju
    mereka tidak akan rasa semua ini.
    SEBAB TU KALAU SAHAM NAIK PUN
    MEREKA KATA ITU ADALAH SEMULAJADI DAN TAK KAITKAN DGN KERAJAAN
    Mereka dirosakkan oleh ANUAR IBRAHIM sejak 1997/1998
    manusia jenis ini merosakkan negara dan kita terkena tempiasnya!

  6. Nusantara Jones says:

    Di Malaysia ada byk peluang utk menjadi maju. Nak berniaga byk peluang, nak kerja bersepah-sepah, walau gaji x besar tp kalau bijak urus wang, simpan dlm ASB, pakai kereta biasa, tunggu 4-5 tahun dh ada pendapatan back-up. Gaji belanja utk hidup tp dividen boleh belanja utk bermewah.

    Yg sokong pembangkang ialah jenis manusia yg ada masalah duit. Tak kira kaya atau miskin, isu mereka ialah x bijak urus wang. Lagi byk duit lg byk hutang dibuat kemudian bila ada masalah duit, cepat dituding kpd kerajaan.

    Manusia jenis ni mengharap keajaiban umpama menunggu bulan jatuh atas riba utk selesaikan masalah wang mereka. Pembangkang janji bulan bintang kononnya ekonomi rakyat akan berubah dlm masa sekelip mata sahaja. Mcm janji skim cepat kaya, siapa tak mahu cuba?

    Tengok Selangor dah enam tahun perintah, lebih kurang sama saje ekonomi rakyatnya. Nk kaya kena berusaha, kena belajar, kena sabar, kena pandai urus duit dll. Kerajaan BN yg terbaik tp kalau pakatan perintah negara, konfem Melayu akan ditindas kerana majoriti MPnya ialah DAP dan bukan Melayu.

    Sokong BN sebab majoriti MPnya ialah UMNO. Memang ada kelemahan pada dasar kerajaan tapi daripada berangan nak tukar yg baru lebih baik kita sama-sama sumbang idea bagaimana nak perbaiki kelemahan dasar kerajaan dlm meningkatkan ekonomi Melayu/Bumiputera.

    Politik Machiavelli menganjurkan perpecahan tapi Al-Quran mengajar kita bermusyawarah (berbincang) utk mendengar semua idea dan mengambil yg paling baik. Harakah merupakan ejen pemecah-belah masyarakat ala-Machiavelli walaupun headernya menggunakan frasa ‘membangun bersama Isle’. PAS adalah penyesat Islam no 1 di Malaysia kerana syirik kpd ideologi Machiavelli.

  7. Baba says:

    Terbaik….diharap terus berkembang.

  8. itsme says:

    bila saham naik dgn usaha kerajaan UMNO, yg untung berbakul2 pun china tp kaum ni juga yg mnjadi batu api org melayu, perkara2 begini tdk dibaca oleh kebanyakkan melayu kita krn satu sifat yg Allah sgt benci iaitu mim alif lam sin – MALAS!!

    Kebykkan kita lbh suka dgr kata2 org dr menelaah dan selidik sendiri melalui pelbagai medium yg ada.. para kumpulan pelajar di u pula sering kali disogok dgn maklumat2 yg krg tepat mengenai kerajaan oleh pensyarah mrk, ditaman2 sekitar bandar pula jemaah dihidangkan dgn ceramah2 mirip anti kerajaan oleh kebanyakkan ustaz yg dtg, dikilang2 pula pekerja2 mrk disuakan dgn sentimen bhw kerajaan korup dsbgnya krn kebykkan yg berpangkat besar adalah kaum mata sepet.

    ini bertambah parah lg, apabila pegawai2 kerajaan yg tdk amanah adalah mrk yg berpangkat besar dan mempunyai kuasa, hal ini sgt2 menghantui fikiran masyarakat. dr pihak berkuasa tempatan, kerajaan negeri hingga ke peringkat pusat, amalan pengurusan yg tdk amanah ini berlaku setiap masa dan ketika. Kesemua mrk adalah perosak bangsa dan agama serupa dgn anwar israel aljub. Jika kerajaan dpt membendung perkara2 begini, amalan ini pasti akan berkurangan kalaupun tdk dpt dihapuskan semua sekali dan yg pastinya indeks kepercayaan masayatakat kpd kerajaan akan kembali pulih, walaupun ianya perlukan masa.

    Kita tak perlu memandang sgt pd kaum2 china yg angkuh dan tamak apatah lg setia, mrk akan terus mempergunakan kelemahan2 ini bg mengangkat bangsa mrk mnjadi tuan besar diMsia ini. Mrk tahu jika DAP memerintah mrk akan juga tetap sama namun sikap somningbdan perkauman mrk tlh mmbuat mrk lupa bhw keharmanian dan kestabilan negara adalah punca mrk hr ini mewah segalanya.

    bagaimana ini boleh mengugat kestabilan negara?? ini krn kerajaan UMNO shj yg boleh berlaku adil dgn membantu semua kaum utk terus berjaya tanpa mengesampingkan satu pun diantara mrk, kalau adapun itu mungkin silap mrk sendiri spt mana anwar israel aljub. lks & lke umpama musuh negara yg utama krn mrk antara punca kaum china ini bersikap tdk hormat kpd kaum2 lain, perangai ini saling tak tumpah spt yahudi israel yg menganggap bangsa mrk shj yg mulia, bijak dan lebih berhak dr kaum lain. tanpa mrk insyaallah negara akan lbh aman dan harmoni.

    anwar israel aljub, adalah antara manusia yg menganggap dia lbh pandai bijak serta berhak kpd sesuatu yg bkn milik beliau, cthnya bini org pun dia kebas, jawatan mb sgor, kuasa mutlak dlm PR & PKR.. dsbgnya, dgn sokongan secara senyap dr org dlm kerajaan, anwar peroleh byk makkumat ttg kerajaan dan sehingga kini beliau masih lg bebas walaupun hukuman tlh lama dijatuhkan, 5 tahunbpenjara, bekas banduan yg akan kembali mnjadi banduan.

    Kekal Maju dan Harmoni tanpa Rasuah!!!

  9. WTF says:

    Dalam Harakah semalam, antara tajuk berita ialah “Beli Harakah macam beli daun ketum”

    “Harakah ni kena tengok juga dari sudut kekerapan keluarannya iaitu dua kali seminggu. Itupun nak beli Harakah ni pun macam nak beli dadah atau daun ketum,” jelas Ustaz Ahmad disambut ketawa anggota dewan.”

    http://www.bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/30296-beli-harakah-macam-beli-daun-ketum

    Macam mana la pembaca2 Harakah nak berkembang maju!!!

  10. anakbochek says:

    Beli Harakah macam beli daun ketum? Setuju 100% atau lebih baik kita tukar kepada “Beli Harakah macam beli meth”. Baca Harakah macam kena meth, stim dan lalok je lebih tapi isi tadak. Lagi banyak baca Harakah lagi biul jadinya dan ia bakal merendahkan IQ ke tahap lebih rendah dari Forrest Gump.

Leave a Reply