Menu Utama

Bocor Lagi! Zuraida Kamaruddin Menipu Semasa Taklimat Semalam

Kenyataan yang terbaru yang diberikan oleh Setiausaha Majlis Pimpinan PKR, Amiruddin Shari kononnya dia berada dalam pasukan yang mengikrarkan taat setia kepada Wan Azizah selaku Menteri Besar Selangor yang baru, membuktikan bahawa Zuraida Kamaruddin, Ahli Parlimen Ampang merangkap Ketua Wanita PKR adalah seorang pembohong besar.

Antara senarai nama yang kononnya telah mempersetujui keputusan untuk menerima satu nama sahaja sebagai calon Menteri Besar Selangor menggantikan Khalid Ibrahim iaitu Wan Azizah Wan Ismail adalah nama Amiruddin Shari.

Bagaimanapun, menurut Amiruddin, namanya telah disalahgunakan. Persetujuan yang diberikannya adalah kepada deraf awal yang mengusulkan dua nama iaitu Wan Azizah dan Azmin Ali.

Sekaligus menjelaskan kepada kita mengapa Zuraida Kamaruddin tercangak-cangak semalam apabila wartawan-wartawan bertanyakan tentang kenyataan media kedua yang diedarkan oleh seorang individu yang merupakan kakitangan Pejabat PKR Negeri Selangor bernama Khairul. Tidak menghairankan juga, mengapa para pemimpin PKR yang bersama-sama Zuraida semalam kelihatan tersipu-sipu dan terpaksa mengambil masa yang agak panjang sehingga akhirnya Zuraida cuba menunjukkan kepada para wartawan bahawa dia adalah seorang yang sangat penting. Hanya kenyataan media yang disahihkannya sahaja yang boleh diterima pakai.

Rupa-rupanya Zuraida dan kumpulannya itu telah buat perangai khianat. Menurut Amiruddin, deraf awal ialah dua nama tetapi yang dibacakan oleh Zuraida hanya nama Wan Azizah. Zuraida Kamaruddin memberikan alasan kononnya deraf awal tidak boleh diterima kerana terlalu pro-Azmin Ali, tetapi bacaannya semalam terlalu pro-Wan Azizah dan bersifat menjilat Anwar Ibrahim, tidak pula menjadi satu kesalahan.

Maka tidak hairanlah mengapa pemilihan PKR sampai sekarang tak habis-habis lagi. Walaupun Indonesia mempunyai penduduk lebih 250 juta orang, tetapi tempoh pilihanraya mereka, jauh lebih singkat berbanding pemilihan parti PKR yang memakan masa lebih tiga bulan dan belum lagi menampakkan tanda-tanda akan selesai.

PKR seringkali bercakap kononnya mereka dikhianati. Kononnya mereka dizalimi. Namun berdasarkan kepada perkembangan semasa, bukan mereka dikhianati atau dizalimi sebaliknya mereka yang menzalimi dan mengkhianati.

Tak boleh menzalimi dan mengkhianati pihak lawan, mereka bergasak sesama sendiri. Keseluruhan PKR seperti orang gila isim yang terlebih hafal jampi dan mentera. Barangkali kerana masing-masing gagal dalam menjalankan tugas yang diberikan, PKR mengambil keputusan untuk sentiasa mewujudkan kekecohan dan keributan.

Hasilnya rakyat tidak akan sedar bahawa para pemimpin PKR tidak bekerja.

Sama seperti Zuraida sendiri. Di Ampang, batang hidungnya boleh dikira berapa kali dia muncul bersama-sama rakyat dan penduduk, walaupun di kalangan ahli-ahli PKR dan Pakatan yang memilihnya sebagai Ahli Parlimen Ampang. Zuraida boleh ke sana ke sini, merentas sempadan dan benua, tetapi dia gagal menyelesaikan pelbagai masalah yang ada di Ampang yang memerlukan khidmat seorang Ahli Parlimen.

Barangkali itulah natijahnya kalau pemilihan wakil rakyat dibuat berdasarkan emosi semata-mata. Pemilihan bukan berdasarkan kualiti tetapi berdasarkan ceramah yang berapi-api dengan menuding jari ke serata orang dan agensi. Akhirnya hasil yang diperolehi adalah kosong dan pembohong!

Amiruddin Shari sendiri telah mengesahkan bahawa Zuraida Kamaruddin adalah seorang pembohong dan pembohongannya itu dilakukan demi mendapatkan pujian serta senyuman daripada Anwar Ibrahim.

Muliakah perangai sebegitu?






10 Komen to Bocor Lagi! Zuraida Kamaruddin Menipu Semasa Taklimat Semalam

  1. dkds says:

    Pemimpin PKR semuanya penipu …pemutar belit . Sebenarnya tiada pemimpin PKR yg jujur…khalid ibrahim hanya main tarik tali sahaja…dia pun penipu..dan buat-buat bangang sedangkan dia dah merancang dari awal nak buat huru hara….

  2. Parpu says:

    Hanya penipu dan pemutar belit akan pilih pemimpin penipu dan pemutar belit. Kome penipu dan bapak kome pun penipu… Sayonara.

  3. yon76er says:

    Inilah padahnya bila NIAT sebenar hanya nak kan sesaorang tuu menjadi PM dan bukan membela nasib raayat yg mengundi…..Bila dah xdapat rasanya PM, MB pon jadilah..Pon xdimakbulkan ALLAH …xputus asa cuba letak BINI pula ..pon x direstu olih Ahli2 sendiri dan kawan2 dlm PAKATAN…..apa lagi lah yg nak diKELENTONG ..kita look and see apa akan jadi selepas nie……PR apa namanya…PAS dah kluar statemen NO to Minah KipaS..DAP bagi statemen macam x iklas…..hahahahahahaaaa,,,,

  4. Parpu@pelukan keramat says:

    Cakap Mak lampir pun ada org nak percaya ke?

  5. Pak Tho says:

    Tak hairan pun. Segala yg jelek ada dalam pkr.

  6. korokstabang says:

    kalau tidak menipu bukan pkr lah namanya

  7. itsme says:

    apa lg anwar nak cuba? rafizi pengarah strategi yg mengaku hebat dh mula senyap.. tinggal saifudin yg kononnya org kanan paling setia.. semua yg ada dlm pkr adalah pemimpin2 reject umno, bahkan mrk juga antara penyebab kita org melayu diulit mimpi panjang.. tin2 kosong pkt bergerak sana sini riuh rendah realitinya hampehh.. inilah pkr yg dipimpin anwar. anwar yg dibuang tun m dulu. agak bernasib baik kita org islam dan melayu sebenarnya bila tun m mengambil langkah berani dgn memecat anwab demi tujuan yg sgt baik dan samasekali tdk sama spt langkah kajang. anwar peniru yg gagal.. pelbagai kaedah cuba dicedoknya tp anwar hanya tahu lapisan atas shj selebihnya anwar tak lebih dr lembu2 pawah yg ditarik hidungnya.

    kpd PAS dan pengundi PKR berlaku adillah kpd diri anda sendiri serta generasi akan dtg dan berbondong2lah tinggalkan anwar dan dap demi kesejahteraan negara agama dan bangsa. tanpa anwar dan dap kita lebih aman dan berjaya. Inilah realitinya dan marilah hidup dgn lebih realistik dan bersama menyumbang kpd kemakmuran bg membina tamadun bangsa. Tinggal anwar tinggal DAP tinggalkan PAS.

  8. raplahjingaa says:

    Makcik Indon si Zuraida ni asalnya dari bangkahulu, tapi dipilih oleh orang Ampang jadi ahli parlimen !! aku tak paham sungguh orang Selangor penyokong pembangkang ni….nampak lekeh sangat !!

  9. Keris Melayu says:

    Zuraidah mencatur survival politiknya sendiri dengan mengangkat wan azizah kerana dia tahu kekuatan politik individu dlm PKR diukur dari segi populisnya seseorg pemimpin itu dan bukannya kualiti

  10. adinda says:

    Org selangor ni terlebih pandai memilih pemimpin. Konon tolak bn yg kuat rasuah dan amalan kroni. Skrg ni padan muka dpt pemimpin yg lagi hancus kaki penipu, kaki pengampu ,gila kuasa, rasuah , politik anak beranak dan macam2 lg yg menyusahkan rakyat. Malu jadi anak selangor dengan pemimpin bercakaran sama sendiri. Kalau ketuanya dah ada rekod yg buruk memang buruklah partinya. Ini betul2 pengajaran. Kalau ada pilihanraya jgn pikir terlebih cerdik pangkah je lah BN . Kalau rasuah @ amalan kroni pun sebenarnya 2×5 je dgn PR tp taklah huru hara mcm ni.

Leave a Reply

Threesome