Menu Utama

Bila Orang Bodoh Bersuara Isu Dagangan Malaysia – Israel, SAMM Alat Isreal?

Petang tadi sekumpulan orang bodoh berkumpul di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bagi menyatakan bantahan terhadap perdagangan Malaysia dengan Israel.

chegu bardDipimpin oleh NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), mereka mahu perdagangan dengan Israel sama ada secara langsung atau tidak langsung dihentikan.

Berucap kepada orang ramai, pemimpin SAMM dan aktivis PKR, Badrul Hisham Shaharin (Chegu Bard) juga mengancam mengambil alih pejabat MITI dalam demonstrasi seterusnya jika perdagangan dengan negara Yahudi itu tidak dihentikan.

Mereka sebelum itu berarak daripada Majlis Wilayah Persekutuan di Jalan Duta ke pejabat MITI tidak jauh daripada tempat itu.

“Saya tahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak takutkan Amerika. Tetapi beliau harus tahu, seluruh negara akan berdiri di belakangkannya jika beliau bangun menentang Israel,” katanya.

Apa yang pemimpin “bodoh” seperti Badrul Hisham atau Chegu Bard ini tidak faham ialah Malaysia tidak mempunyai kawalan mahu pun kuasa untuk menghalang dagangan seumpama ini.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapha Mohamed dalam penjelasan beberapa hari lalu menyatakan, berdasarkan pemerhatian Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, terdapat tiga cara perdagangan (mode of trade) dengan Israel iaitu:

i. Secara amalan rangkaian bekalan antarabangsa (global supply and value chain) syarikat-syarikat antarabangsa atau multinasional (MNCs);

ii. Produk yang dihantar ke Palestin melalui Israel.

iii. Eksport ke Israel tetapi berkemungkinan bukan secara langsung, tetapi dihantar dari negara-negara ketiga.

Cara nombor i dan iii adalah di luar kawalan Malaysia dan tidak kerajaan mungkin boleh menghalangnya. Ia berlaku di luar bidang kuasa kerajaan.

Perkara nombor ii lebih serius. Ia menggambarkan SAMM dan Chegu Bard mahu kerajaan menghalang hubungan dagang Malaysia dengan Palestin.

Jika Malaysia sebagai negara hadapan memperjuangkan nasib Palestin menghalang sebarang perdagangan dengan negara tersebut, apa nasib bangsa dan negara palestin?

Justeru kita tertanya-tanya, SAMM ini memperjuangkan nasib Palestin atau menjadi alat Israel?






5 Komen to Bila Orang Bodoh Bersuara Isu Dagangan Malaysia – Israel, SAMM Alat Isreal?

  1. raplahjingaa says:

    Malaun sekor ni dok tengah ambil hati anwar….dok bodek la tuuu, nak tunjuk dia boleh jadi ” bulldog ” anwar yang garang…..yang taat setia, tapi sebenarnya dia tak sedar, dia tengah exhibit kebenakan tahap tepu pada orang ramai…. gone case.

    Kuntakinte….hang jangan tak tau, SAMM tak memperjuangkan nasib palastine, dan tak jugak menjadi alat Israel….sebenarnya depa pun tak tau apa yang depa buat….hehe

  2. dagang says:

    Isu ini sengaja ditegakkan semata2 untuk mengampu sahaja………politik penipu memang macam tu…….rakyat dak kenal pati mana bolih diharap dan pati mana nak pelingkup negarta.

  3. alimedanbaru says:

    BUDAK YG TAK BERAPA NAK DIPUDULIKAN
    dia sentiasa mencari dan mencipta isu agar dapat perhatian
    agaknya berangan nak jadi setiausaha polotik MB Selangor kot…
    he he

  4. alexo says:

    “.sebenarnya depa pun tak tau apa yang depa buat….hehe”

    Aku setuju sangat dgn apa yg Raplahjingaa cakap.

Leave a Reply