Menu Utama

Bila Khalid Jawab Masalah Parti Guna Kepala Surat MB

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata surat tunjuk sebab yang dikeluarkan oleh PKR terhadapnya semalam “sebagai cacat, tanpa butir relevan serta memadai untuk membolehkannya untuk menjawab”.

Menurut Khalid, surat bertarikh 5 Ogos itu menuntutnya menjelaskan keengganannya mematuhi keputusan Majlis Pimpinan Pusat pada 21 Julai 2014.

Surat itu kata Khalid, tidak memberikan perincian tentang kesalahannya.

“Adalah menjadi keperluan utama notis itu menyatakan dengan jelas dan secara spesifik semua tuduhan yang dikenakan terhadap saya dengan menyatakan pelanggaran mana-mana peruntukan di dalam perlembagaan parti serta peruntukan-peruntukan di mana hukuman boleh dikenakan terhadap saya,” jawab Khalid dalam surat balasnya.

Beliau turut menuntut PKR memberikannya “notis tunjuk sebab yang sah”.

Surat balas tersebut yang bertarikh hari ini, dan ditandatangani Khalid, dimuat naik di portal Selangorku semalamta.

Surat Khalid Salah Guna Kuasa?

Namun yang menimbulkan tanda tanya ramai bagaimana surat Khalid kepada kepada Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong itu menggunakan kepala surat rasmi Menteri Besar Selangor?

Bukankah ini satu tindakan yang salah dan tidak bertanggungjawab?

Khalid sentiasa cuba menunjukkan beliau telus dan seorang yang cekap, bijak dan tahu segala prosedur.

Namun penggunaan kepala surat Menteri Besar bagi menjawab isu parti merupakan satu tindakan sombong.

Malah ia sebenarnya satu kesalahan. Sungguhpun ia kesalahan kecil ia tetap kesalahan.

Khalid sebelum ini pernah dikaitkan dengan salah guna kuasa apabila mengarahkan PKNS menyumbangkan lembu korban untuk kawasan Parlimen Bandar Tun Razak.

Bagaiamana seorang Menteri Besar mengarahkan sebuah anak syarikat kerajaan negeri Selangor memberi sumbangan kepada penduduk kawasannya di luar negeri Selangor sangat menghairankan.

Khalid juga dikaitkan dengan penggunaa wang kerajaan bagi menyelenggara kereta peribadi beliau.

Sekarang kita menunggu pula apa sebenarnya di sebalik misteri hutang beliau yang berpuluh juta itu.

Bila Khalid menjawab isu parti dan peribadi beliau menggunakan kepala surat Menteri Besar, apakah bermakna beliau menganggap jawatan tersebut hak milik kepala otak dia?






10 Komen to Bila Khalid Jawab Masalah Parti Guna Kepala Surat MB

  1. mzma says:

    Apahal plak yg salah, bukan ke PKR antor surat tunjuk sebab atas alamat & kapasiti MB kepada TSKI? Sapa yang bodo nie? Lain lerr PKR anto surat tunjuk sebab atas kapasiti Ahli PKR kepada TSKI……. sendiri yang publish sendiri yg tak baca betul2 lepas tu siap kata “KEPALA OTAK”, sapa yang bodo & banggang kat sini… malu betoi aku kat hang…

  2. Madu 3 says:

    Aikk… banyak sangat perkataan “di kaitkan”. Salah cai, di kira fitnah. Fitnah berdosa beb.
    Aku tak tau protokol surat menyurat ni… bagi aku, takde hal lah. Small matters. Dah memang dia MB pun

    Kalau Khalid menganggap Jawatan MB milik “kepala otak” dia….aku nak tanye engko…dari sapa Khalid belajo?

    Engko ni makan duit ke?

  3. jackal47 says:

    Kurang2..surat Khallid berbahasa lar gak..dia address gak Dato Seri..surat PKR panggil Tan Sri saudara jer…

  4. MemangTerok says:

    Yang boleh meneraju dan mentadbir cuma BN. Ini kerana hanya BN berpengalaman memerintah sejak dari awal kewujudan negara dimuka bumi Allah ini. Walau individu silih berganti , pemimpin bertukar ganti tetapi mereka semua tetap ada Thesaurus at encylopedia buat merujuk perihal undang2 atau tatacara keatas sesuatu.

    Maka sebab itu kita dapat lihat puak2 ini buat kerja ikut sedap rasa , buat keputusan salah selepas menerima nasihat yang salah.

    Dalam pada itu dakwaan mereka, merekalah yang paling pandai, paling cekap, paling telus. Tidak ada black out, tidak ada penipuan masa pimilihan , pada hal semua angkara itu hanya datang dari mereka selama ini bukan dari pihak lain.

  5. jentayu says:

    yg pkr pun x betul. bg surat tuju pada dia atas kapasiti jawatan dia dlm pentadbiran negeri. patut kena tuju atas kapasiti jawatan khalid dlm pkr. samada ahli biasa, ajk, ketua cabang, ranting, dahan, pokok dll ikut perlembagaan pkr. patutnya Khalid jawab mulut je kata saya x payah jawab sbb surat pun tuju pada MB. apahal MB kena menjawab pada parti plak. jawatan parti dan eksekutif negeri dua entity berbeza. Nampak sangat parti kera rakyat x reti buat keje yg semudah buat surat pun. ada hati nak tadbir negeri dan Negara. lawak, lawak…

  6. Baba says:

    Khalid dah pening…..dok fikir cam na nak pertahankan kerusi mb sampai lupa letterhead mana nak pakai.

  7. Ababyl79 says:

    kan bagus nampak sesuai dan lebih berwibawa kalau khalid guna surat ada letterhead dari peguam(firma guaman), maksud aku biar peguam yang wakil dirinya jawab

  8. itsme says:

    betullah tu… yg nak dipecat ialah MB bkn keahlian PKR pun.. so mana yg silap?? alamat pun pejabat mb so sape yg sengal?? pkr sengal atau khalid? surat tunjuk sbb pun kalau sesiapa yg biasa ngan BOI@DI.. mmg lah langsung tak kena tempat, hal peribadi tok seh masuk dlm dan yg paling best setiap pertuduhan perlu dtg dgn bukti tambahan bukan dgn kenyataan.. ini semua ikut cara anwar jwb peguam dlm mahkamah.. apa punya baral china lahanat tu..

  9. Ababyl79 says:

    definisi maksud ‘salah-laku’ ini luas dan subjektif, ianya boleh juga terpakai kepada seseorang yang terlibat dengan perbuatan tidak bermoral lain bukan mengenai salah-guna kuasa atau melakukan sesuatu penyelewengan sahaja

    aku nak tanya macai kalau mereka boleh tolong jawabkan….

    di negara barat tokoh/pemimpin politik mereka tahu dengan sendiri untuk letak jawatan(tanpa diberikan surat tunjuk sebab) bila mereka terlibat(ada yang letak jawatan tanpa didedahkan kepadanya bukti seperti dirakam video) dengan perlakuan tidak bermoral seperti melanggani pelacur atau terlibat dengan perlakuan homoseks meliwat orang sehingga didapati bersalah oleh mahkamah)

    di negara kita pula, kenapa PKR tidak memberi surat tunjuk kepada musibat(anwar) itu desak dia supaya letak jawatan(ahli parlimen dan ketua pembangkang) dan kenapa musibat(anwar) itu tidak tahu dengan sendiri untuk letak jawatan?

    kalau ada macai seperti ‘bujuk’ nak jawab, silakan jawab
    kalau tak reti nak jawab, kenalah dok diam-diam
    nanti aku akan tolong beri jawapan kepada macai yang tersedia tongong tak reti nak jawab seperti ‘bujuk’

    hehehehe

  10. Tony Mengawan says:

    Tak kira lah kalau masalah kepala surat ke, kepala otak ke, yang nyata, kepala butoh lah pakatan rakyat ,perintah Selangor macam ni. Yang jadi mangsa , rakyat gak.

Leave a Reply

Threesome