Menu Utama

Biarpun Buat Kacau Di Malaysia, Polis Layan Dengan Baik Warga New Zealand Ini

Warga New Zealand Natalie Lowry berkata beliau dilayan secara baik dan terhormat semasa ditahan polis Kuantan kerana terlibat dalam protes Himpunan Hijau, dua minggu lalu.

Walaupun keadaan lokap teruk, Lowrey berkata “tiada pukulan atau keganasan fizikal” dilakukan oleh polis sepanjang tempoh penahanan selama lima hari.

“Saya mahu semua tahu yang saya dilayan dengan amat baik oleh Polis Kuantan. Lokapnya tidaklah baik tetapi tiada intimidasi polis ke atas saya dalam apa jua cara,” kata Lowrey dalam sesi temuramah bersama KiniTV dan Malaysiakini Selasa lalu.

Beliau kembali ke Australia pada hari Rabu.

Natalie berkata polis merakam keterangan hanya sekali pada malam beliau ditahan dan ia mengambil masa tiga jam hanya untuk memastikan kenyataan diambil dengan teratur.

“Terdapat juga pegawai Cawangan Khas yang mahu bercakap dengan saya semasa ditahan. Tapi saya bertegas mahu penterjemah bersama saya, dan dia terus beredar,” tambah beliau.

Lowrey ditahan bersama 15 warga Malaysia lain semasa menyertai protes yang dianjurkan kumpulan pendesak alam sekitar Himpunan Hijau di pintu masuk loji nadir bumi milik Lynas Corporation di Zon Perindustrian Gebeng di Kuantan, Pahang.






2 Komen to Biarpun Buat Kacau Di Malaysia, Polis Layan Dengan Baik Warga New Zealand Ini

  1. raplahjingaa says:

    Pendesak alam sekitar ?? apasal depa tak mau pi tengok bukit bukau di pulau pinang ??
    semua dah kena tarah jadi gondol….depa pi mana ??

    pendesak alam sekitar konon…..haram seduit tak guna depa ni semua.

  2. Najibulghunnah says:

    ada gondol macam kat sarawak ker raplahdungga??

Leave a Reply

Threesome