Menu Utama

Nepotisme Memang Wujud Dalam Soal Pencalonan MB Selangor Baru

ANWAR dalam satu kenyataan semalam mendakwa, pencalonan bininya sebagai Menteri Besar Selangor adalah atas kapasiti Azizah sebagai Presiden PKR – bukan sebab dia berkongsi katil dengan Anwar.

Penulis percaya Anwar keluar kenyataan itu sebab dah semakin ramai orang persoal amalan nepotisme yang wujud dalam soal penggantian Menteri Besar Selangor ini.

Tak nepotisme macam mana?  Anwar lupa ke, Azizah jadi Presiden PKR pun sebab hubungan laki bini mereka berdua, tidak ada demokratik sama sekali.

Adalah sebab kenapa sejak mula ditubuhkan dari tahun 199 sampai sekarang, Azizah tak tercabar kedudukkannya sebagai Presiden PKR sebab memang Anwar nak macam itu.  Parti ini dia yang tubuhkan untuk bela nasib dia sendiri, tak masuk akal kalau orang lain jadi Presiden.

Lagipun jawatan KETUM (Ketua Umum) yang Anwar sandang adalah atas lantikan Presiden PKR, bukan berpelembagaan sama sekali.

Selama hari ini, bila takde orang cabar jawatan itu, tak nampak sangat peranan Anwar.  Tapi bila rasa ada orang cuba cabar jawatan Azizah dalam pemilihan PKR 2014 tempoh hari, Anwar sengaja calonkan dirinya untuk jawatan itu walaupun tahu akan masuk penjara.

Tak lama selepas pencalonan ditutup, Anwar tarik diri dari pencalonan kononnya sebab ada kes Mahkamah yang belum selesai.

Nampak tak wayang dia main macam mana?

Sebab itulah penulis nak katakan, pencalonan Azizah untuk jawatan MB Selangor ini bukan sebab jawatannya sebagai Presiden parti seperti mana yang Anwar dakwa semalam tapi sebab dia bini Anwar.

Masa DUN Kajang sengaja dikosongkan untuk buka laluan kepada PKR Mac lepas, sepatutnya Anwar, bukan Azizah yang jadi calon.  Tapi sebab Mahkamah Rayuan dapati Anwar bersalah liwat Saiful Bukhari, maka segala perancangan tak menjadi – dengan jelas menunjukkan Anwar memang ada segala kepentingan dalam isu penggantian Khalid sebagai Menteri Besar Selangor dengan bininya sendiri.

Usahlah Anwar anggap rakyat Selangor khasnya dan Malaysia amnya bodoh macam dia.  Pemikiran rakyat hari ini dah lebih jauh maju dari Anwar yang tersekat perkembangan otaknya selama 6 tahun sebab duduk di sebalik tirai besi atas kesalahan salah guna kuasa.






4 Komen to Nepotisme Memang Wujud Dalam Soal Pencalonan MB Selangor Baru

  1. baba says:

    memang nepotisma yg jelas lagi nyata, senang2 bg bini jadi mb. padahal asal bukan adun di selangor pun, semata2 bertanding dlm prk utk jadi mb. memang sial la pkr dan pakatan ni

  2. yon76er says:

    Penyokong or Macai2 dia saja yg dia bolih PERBODOHKAN………

  3. Nusantara Jones says:

    Pornstar mcm ni pon ramai yg masih percaya sebagai makhluk yang paling suci dan mulia. Akhir zaman kebenaran bukan lagi seperti hitam dan putih.

  4. alimedanbaru says:

    selagi nyawa belum sampai ke tengkorok
    selagi itulah dia kejar bayang-bayang
    sia-sia
    hingga hujung usia
    neraka ke syurga?

Leave a Reply