Menu Utama

Awang Selamat, Anti-Israel, McDonald dan ASTRO

Kolum Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia menulis panjang lebar mengenai boikot terhadap barangan berkaitan Israel. Malangnya, Utusan lebih berminat mengulas isu McDonald dan produk lain yang dikaitkan secara TIDAK LANGSUNG berbanding pengakuan ASTRO memberi kontrak kepada AMDOCS.

Pendedahan bahawa data dan maklumat rakyat Malaysia yang menjadi pelanggan Astro kemungkinan besar terdedah kepada Israel kerana nadi syarikat ini masih di negara tersebut [lihat: laporan MYKMU bertajuk, “Siasat Pengkhianatan Astro, Data Rakyat Malaysia Milik Israel”] langsung tidak disentuh oleh akhbar terkemuka negara ini.   

Salah seorang Ahli Lembaga Pengarah AMDOCS, Dr Giora Yaron, merupakan Lembaga Penasihat kepada bahagian penyelidikan dan pembangunan (R&D) Tentera Israel yang dikenali sebagai Rafael Advanced Defense Systems dan Kementerian Pertahanan Israel sendiri.

Mengapa Awang Selamat mengabaikan isu ini biarpun ia pernah tersiar dalam Utusan Malaysia beberapa hari lalu sangat mengelirukan dan menimbulkan tanda tanya.

McDonald menafikan memberi sebarang sumbangan kepada Israel. Sebaliknya Astro terang-terangan mengaku memberi kontrak pengurusan pelanggan kepada AMDOCS. Bukan sahaja data, malah ada ahli Lembaga Pengarah AMDOCS merupakan penasihat tentera Israel. Ini bermakna AMDOCS secara tidak langsung terbabit dengan tindakan-tindakan tentera Israel ke atas Palestin sekarang ini.

Namun Utusan merasakan McDonald lebih penting dari tindakan ASTRO yang secara langsung membabitkan syarikat berkaitan Israel dan tentera Israel? Franchaisee McDonald terutamanya Melayu tiada pilihan kerana mereka telah melabur jutaan ringgit. Apatah lagi tiada langsung bukti nyata menyatakan McDonald menyalurkan wang bagi membantu keganasan Israel ke atas Palestin.

Namun sudah jelas dan nyata pembabitan AMDOCS yang sekarang mengaut jutaan ringgit dari ASTRO setiap bulan. Apakah wang ASTRO terlalu besar untuk Utusan?

Sekadar simpati

IMG-20140803-WA0006Pengurusan McDonald’s Malaysia antara pihak yang mula merasa bahang daripada gerakan boikot sebagai bantahan terhadap kekejaman Israel ke atas penduduk Palestin. Minggu lalu, pengurusannya mengeluarkan pernyataan khas sebagai rintihan kepada rakyat Malaysia supaya terus menyokong syarikat itu atas faktor dan realiti tertentu.

Awang tidak berhajat mengeruhkan keadaan. Walaupun hanya sebahagian kecil umat Islam mengambil langkah boikot untuk sementara itu, ia memberi kesan. Seorang pegawai MCDonald’s mengeluh sambil berharap Israel mengambil kira kesan daripada kekejamannya terhadap kepentingan pihak lain di seluruh dunia. Itu suara orang kecil, apakah Israel peduli?

Berbalik kepada pernyataan tersebut, McDonald’s menegaskan pihaknya tidak terbabit serta menyokong mana-mana kegiatan politik, keganasan dan penindasan di seluruh dunia. Ia diakhiri dengan ungkapan: “McDonald’ s bersimpati terhadap mangsa yang tidak bersalah dalam mana-mana tragedi kemanusiaan.” Sekadar bersimpati sahaja? Apa yang berlaku di Gaza, bukan tragedi kemanusiaan biasa, kekejamannya sangat dahsyat. Berilah kenyataan lebih keras agar McDonald’s Malaysia benar-benar membawa sentimen majoriti rakyat Malaysia. Barulah yang rata tidak dikatakan bukit, yang busut bukan disangka gunung.

Israel dan boikot

Antara perkembangan menarik perhatian Awang ialah kenyataan Menteri Kewangan Israel, Yair Lapid yang mengakui bahawa kempen boikot terhadap negara itu akan menjejaskan ekonominya. Kepada sesiapa yang mengandaikan bahawa memulaukan produk, jenama dan perkhidmatan Israel tidak akan berjaya, ternyata salah. Beberapa maklumat tidak rasmi, menjadi bukti. Israel misalnya telah kerugian lebih AS$4 bilion ekoran kempen boikot yang sebenarnya sudah pun berjalan terhadap isu penempatan haram Yahudi di Tebing Barat hinggalah kepada serangan tentera Israel di Gaza. Makin banyak pihak mengambil langkah memulaukan Israel terutama selepas Pertubuhan Pengajian Amerika (ASA) menggantung kerjasama dengan institusi pendidikan Israel yang menyokong dan beroperasi di penempatan haram Yahudi. Banyak firma Barat dalam pelbagai sektor mengambil langkah atas asas moral. Bank terbesar Jerman, Deutsche (DB) telah menyenarai hitam Hapoalim Bank milik Israel. Mesejnya bukan semua di Barat menyokong kegilaan Israel menindas rakyat Palestin.

Ada lagi banyak petunjuk . Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) mungkin mengenakan sekatan penerbangan ke Tel Aviv. Industri pelancongan Israel terjejas ekoran boikot oleh syarikat pelancongan terbesar Jerman, TUI selain amaran Jabatan Negara AS. Kempen BDS (boikot, lupus, sekatan) ke atas produk dan perniagaan Israel sejak 2005 semakin mendapat sambutan. Chile kurangkan hubungan perdagangan dengan Israel. Rangkaian perniagaan Britain, John Lewis mengurangkan perdagangan dengan syarikat Israel, Soda Stream.

Artis terkemuka seperti Pink Floyd, Massive Attack dan Faithless enggan membuat persembahan di Israel. Di samping itu, John Legend, Rihanna, Selena Gomez dan Zayn Malik turut membantah kezaliman rejim Zionis. Pemain bola sepak QPR, Joey Barton lantang kritik Israel. Sebelum ini bintang Portugal, Christiano Ronaldo enggan bertukar jersi dengan pemain pasukan Israel kerana tidak mahu bersekutu dengan pembunuh rakyat Palestin. Rangkaian pasar raya terbesar Britain, Tesco tidak lagi menjual produk Israel. Tokoh dunia, Stephen Hawking turut boikot sidang pengajian Israel. Antara gereja terbesar di AS, Gereja Presbyrian henti pelaburan di Israel dan syarikat yang berurusan dengan rejim Zionis.

Apakah gelombang sentimen yang sama ini, yang suatu ketika pernah menjatuhkan rejim aparteid di Afrika Selatan, akan mampu melenyapkan ‘kekebalan’ Israel? Awang tidak pasti tetapi yang makin jelas boikot dan tekanan ekonomi – biarpun mengambil masa – boleh meruntuhkan keangkuhan, kejahatan dan kezaliman Israel






11 Komen to Awang Selamat, Anti-Israel, McDonald dan ASTRO

  1. siraplengkong says:

    putus kan saja astro, aku dah bertahun tak de astro

  2. Ababyl79 says:

    saja nak tanya ni…apakah Utusan ada saham dengan astro?

  3. Badrole Amin says:

    jangan sebut Utusan lah, awang selamat kot ada saham dengan astro…hehehehe

  4. kayu says:

    Biasalah Melayu ….mudah lupa..!!!…walaupun bangsa yahudi ini telah disebut berkali-kali dalam Al-Quran mengenai segala keburukan dan kekejaman bangsa ini masih lagi nak berkerjasama …!!!..walaupun melibatkan kepentingan negara serta perkara sensitif…..bangsa yang telah dilaknat ini kalau dia berbuat baik tu… sememangnya ada sesuatu perancangan jahat yang sedang dirangkanya untuk menjahanamkan negara ini serta seluruh umat Islam…. lihat sendiri bagaimana perisikan Yahudi menyusup masuk kedalam pemerintahan negara barat dan negara Arab…itupun masih buta perut lagi…!!!!.

  5. Badrole Amin says:

    dalam PLO dalam HAMAS pun zionis yahudi boleh menyusup masuk jadi spy…zionis yahudi dalam al-qaeeda pun ramai yang tahu membaca al-Qur’an fasih bercakap arab…bagaimana dengan Malaysia?

  6. Badrole Amin says:

    di Malaysia tak perlu pun yahudi zionis menyusup masuk sebab sudah ada barua mereka yang secara terang-terangan berkata sanggup mempertahankan keselamatan negara haram bernama israel dengan apa cara sekali pun

    PAS yang konon memperjuangkan Islam dan lebih Islamik dari UMNO tapi menolak penyatuan dengan UMNO pun secara tidak rasmi menjadi sekutu yang disukai yahudi zionis…PKR dan DAP toksah cakap lah, dah serupa yahudi zionis

  7. korokstabang says:

    awang selamat takut nak kaitkan astro sebab dia tak boleh berpisah dengan astro

  8. raplahjingaa says:

    Awang selamat ? malaun ni pun tak boleh pakai…….adik beradik rais yatim jugak ni, cakap pong-pang, pong-pang…..kena kat isu yang dia ada kepentingan, senyap ruyup, orang macam awang selamat ni bersepah-sepah merata-rata.

    I have no respect for him.

  9. Madu 3 says:

    Releks la bro… Dia “terlupa” agaknya.
    Sedap makan ketupat depan astro ni…

  10. yon76er says:

    AWEIIIII..DAH X SELAMAT KE???!!!!!!

  11. Anti-DAP says:

    Pasal McD tu…apasal McD Malaysia tak buat derma sebijik mcm kt McD Corp Amerika…setiap sen derma org akan dibalas jumlah yg sama oleh McD Malaysia? Atau pun declare secara aggresif dekat pintu masuk McD dgn tabung TABUNG GAZA pada setiap drive thru yg McD Malaysia mengutuk dan menyokong secara moral utk Gaza? Edarkan sticker McD kutuk2 Israel ke…byk mende yg McD Malaysia bleh buat sebenarnya tapi takde pon nak buat…sebab McD Corp US yg dalang sebenar tu ada share besar dlm McD Malaysia…pastu cina punya share pon sama banyak…jadi sentimen simpati tu tak sedalam mana akan penderitaan penduduk Gaza…

Leave a Reply

Threesome