Menu Utama

Asal Bukan Wan Azizah Jadi MB

wan-azizah-calon-pkr-pakatan-kajang-anwar-tak-kena-tertawa-takut-kanak-kanakSementara rakyat Selangor sabar menunggu keputusan pihak Istana Selangor berhubung pengganti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar, sebilangan rakyat negeri termaju ini melahirkan keraguan terhadap keupayaan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menerajui pentadbiran negeri.

Sebahagian daripada mereka berpendapat Dr Wan Azizah tidak layak memegang jawatan berkenaan ekoran penglibatannya dalam dunia politik dilihat sebagai bidan terjun dan sering kali berada di bawah bayangan suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Ramai juga berpandangan Presiden PKR itu tidak berpengalaman dan hanya dilihat aktif berpolitik pada awal tahun ini selepas Anwar tidak layak bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, yang lebih dikenali sebagai ‘Langkah Kajang’ bagi menggantikan Menteri Besar Selangor, sekali gus mengetepikan Abdul Khalid.

Pada Ahad, mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan PKR-PAS-DAP sebulat suara menamakan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal Menteri Besar Selangor yang baharu, selepas PAS melakukan pusingan U dan menetapkan pendirian untuk menolak kepimpinan Abdul Khalid.

Pendirian terkini PAS itu mencetuskan polemik kerana sebelum ini PAS beria-ia bertegas menolak pencalonan Dr Wan Azizah sebagai calon menggantikan Abdul Khalid, yang dipecat daripada PKR.

Jika pencalonan Dr Wan Azizah diperkenan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, yang pasti ialah ADUN Kajang ini akan mencatat sejarah sebagai wanita pertama memegang jawatan Menteri Besar di negara ini.

SUARA RAKYAT

Antara yang menyatakan bantahan pemilihan Dr Wan Azizah adalah beberapa badan bukan kerajaan (NGO), antaranya Persatuan Anak Selangor Menyokong Menteri Besar (Pasmeb) dan Gerak Rakyat Arus Bawahan Selangor (Grabs).

Ketua Wanita Pasmeb Norhasmah Baharuddin berkata Dr Wan Azizah terlalu ghairah merebut jawatan menteri besar tanpa menghiraukan perasaan dan kehendak rakyat Selangor.

“Beliau bukannya anak Selangor, kami tidak mahukan Dr Wan Azizah…menteri besar sekarang (Abdul Khalid) adalah simbol dan contoh kepimpinan generasi anak Selangor,” katanya kepada pemberita baru-baru ini.

Sementara itu, Timbalan Presiden Grabs Hanafiah Hussein berkata rakyat Selangor tidak merestui usaha Anwar untuk melantik isteri sendiri sebagai menteri besar.

Sekumpulan anak muda yang menggelarkan diri mereka ‘Gerakan Anak Jati Selangor’ pula berkumpul di hadapan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri membantah pencalonan Dr Wan Azizah dan mahu hanya anak jati Selangor dilantik menjadi menteri besar.

CARI CALON LAIN

Begitu juga maklum balas daripada beberapa individu, yang rata-rata membantah pencalonan Dr Wan Azizah.

Shahrul Naim Amin, 27, yang berasal dari Shah Alam berkata Abdul Khalid perlu melepaskan jawatan memandangkan majoriti tidak lagi menyokong beliau, tambahan pula beliau dipecat daripada PKR.

Bagaimanapun, katanya tempat beliau perlu digantikan dengan pemimpin yang lebih berkaliber dan bukannya Dr Wan Azizah.

“Semua orang tahu siapa yang akan buat keputusan untuk Dr Wan Azizah nanti…beliau hanya boneka Anwar,” kata peniaga itu.

Berkongsi pendapat yang sama dengan Shahrul Naim, seorang jurujual berasal dari Klang, Faiz Fadzil, 26, berkata rakyat Selangor berhak mendapat menteri besar baharu berikutan Abdul Khalid tidak lagi mendapat kepercayaan parti yang memerintah negeri.

“Namun saya tidak bersetuju sekiranya Dr Wan Azizah yang dipilih kerana beliau bukan anak jati Selangor…kami tidak mahu kerana tidak sepatutnya mereka yang bukan anak tempatan menentukan hala tuju negeri,” katanya.

TERUSKAN PERKHIDMATAN ABDUL KHALID

Berbeza dengan seorang Eksekutif Pengurusan Risiko di sebuah syarikat swasta, Nadirah Aiyad Anuwar, 23, Abdul Khalid seharusnya diberi penghormatan untuk kekal memegang tampuk kepimpinan Selangor sehingga pilihan raya umum akan datang.

“Ia hanya adil dengan cara itu. Sama ada parti yang sama atau berbeza menang atau kalah pada pilihan raya akan datang itu, semua pihak perlu akur kerana kuasa rakyat untuk memilih,” kata eksekutif pengurusan risiko itu.

Bagi seorang pegawai kesihatan dari Batang Kali, Hairulshariah Md Yusoff, 31, Abdul Khalid seharusnya dikekalkan sebagai menteri besar berdasarkan rekod kejayaan beliau mengemudi negeri Selangor dengan cemerlang.

“Tidak perlu ubah menteri besar, rakyat sudah muak dengan permainan politik kotor PKR terutamanya Anwar,” katanya.

ELAK PILIHAN RAYA NEGERI

Michael Paul Ivan, 56, turut berpendapat bahawa menteri besar tidak perlu diganti sehingga akhir penggal kerana jika tidak, ia hanya akan mewujudkan ketidakstabilan politik kepada Selangor.

Kata pegawai keselamatan dari Petaling Jaya itu, ketidakstabilan politik negeri itu dikhuatiri boleh membawa kepada pilihan raya negeri semula yang hanya membazir wang, masa dan tenaga.

Seorang penyelia teknikal berasal dari Rawang, Zaid Abd Rahman, 37, berkata PKR perlu mengutamakan suara rakyat, bukan rakus berpolitik demi kepentingan peribadi.

“Untuk menjalankan pilihan raya negeri rasanya tidak berbaloi dan hanya membazir wang rakyat, jadi sekiranya berasakan menteri besar perlu diganti, letaklah pemimpin yang berjiwa rakyat dan mampu memajukan lagi Selangor, bukan melingkupkan.

“Dr Wan Azizah tidak patut berada di tampuk negeri kerana beliau tidak mempunyai pengalaman langsung dalam mentadbir organisasi, selain dibayangi oleh suaminya semata-mata,” katanya.

KRONISME DAN NEPOTISME

Sementara itu, menurut Setiausaha Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara, Prof Datuk Abdul Halim Sidek jelas wujud unsur kronisme dan nepostisme apabila Anwar memilih isterinya sendiri sebagai calon, bukan atas dasar keupayaan mahupun kewibawaan Dr Wan Azizah.

Katanya parti pakatan PKR-PAS-DAP mempunyai ramai lagi pemimpin yang lebih layak, berpengalaman dan mempunyai pengaruh yang kuat dalam politik serta pentadbiran, tetapi tidak menjadi pilihan.

“Saya berpandangan bahawa kemelut politik di Selangor sepatutnya diselesaikan dengan memberikan kuasa kepada rakyat menentukan hala tuju negeri iaitu pilihan raya semula.

“Ini kerana sekiranya Abdul Khalid hanya mendapat sokongan setengah daripada ADUN, maka akan menyukarkan tadbir urus kerana apa sahaja usul yang dibawa dalam dewan nanti sukar untuk diluluskan dan mudah disangkal oleh pihak satu lagi,” katanya.

PELBAGAI FAKTOR

Mengapa Anwar begitu ‘kemaruk’ dengan Selangor?

Abdul Halim berkata faktor paling jelas kerana Selangor merupakan negara terkaya di dalam negara, selain ia merupakan negeri terhampir dengan Putrajaya, wilayah impian Anwar untuk menawan pusat pentadbiran negara.

Katanya pelan menukar menteri besar yang dibuat secara tidak telus itu juga menyerlahkan niat sebenar Anwar untuk menguasai pentadbiran negeri itu secara total dan mengekalkan pengaruh keluarganya.

“Selangorlah akan menjadi benteng dan kayu pengukur kejayaan mereka di masa hadapan, malah dengan menawan Selangor, banyak pembangunan dan kemajuan yang disusun oleh kerajaan pusat dapat dibantutkan.

“Contohnya projek Langat 2 yang ditandatangani oleh Abdul Khalid tetapi tidak disenangi oleh partinya kerana Abdul Khalid membelakangi arahan untuk tidak teruskan projek itu,” katanya.

BERNAMA






4 Komen to Asal Bukan Wan Azizah Jadi MB

  1. Baba says:

    ABWA- asal bukan wan azizah

  2. memang terok says:

    Hanya ada 2 sebab kenapa Anwar beria2 mahu bini dia jadi MB selepas dia tak boleh jadi MB, berikutan dari kajang move yang mereka ciptakan.

    Pertama demi kesimbaongan PKR sebagai sebuagh parti. Dia tahu dia akan masok dedalam nanti. Bila dia masok kedalam PKR bukan lagi macam PKR sekarang. Dia tak mahu PKR di batu nesankan selepas dia tak ada diluar. Maka untuk itu dia mesti pasti kan kepimpinan PKR datangnya dari chief No. 1 yang berjawatan MB.

    Kedua, dia harap selepas masok kedalam dia akan difight untuk keluar. Kuasa yang MB pegang barangkali difikirkan oleh nya boleh mempengaruhi tekanan terhadap kerajaan bagi tujuan tawar menawar. Mana tahu dia akan jual selangor pada Umno semula. Kau nak Selangor, kau bebaskan aku. Aku jual 4 adun aku, kau boleh tubuh kerajaan dengan majority tipis dan keluarkan aku. Aku mahu hidup bebas.

    Apa yang berlaku adalah ketelanjuran aku . Sekarang aku pun sudah tua, aku mahu berehat bersama john aku.

    Nampak tak ?????

  3. raplahjingaa says:

    Hush !! ikut PAS jijah la yang paling layak memimpin selangor !! aduss….betapa low class nya PAS 360.

  4. orang ulu says:

    Daulat tuanku anak selangor junjung titah tuanku.

Leave a Reply