Menu Utama

Apa Lagi Akan Berlaku Dalam Perseteruan Dua Anak Ibrahim?

Oleh Nur Azlina Shaari

Keadaan yang retak menanti belah dalam parti PKR mengenai isu Menteri Besar Selangor yang masih lagi tidak berkesudahan meskipun sudah berbulan lamanya ia telah berlarutan bakal diheret lagi menjadi isu yang sepertinya tidak ada penghujung.

Selepas dimalukan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim yang tidak menerima pemecatan sebagai MB Selangor oleh PKR, Ketua Umum Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim nampaknya sedang mencuba taktik lain untuk meneruskan hasratnya menjatuhkan Khalid.

Terbaru, dikhabarkan Anwar bakal menggantung jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang yang dipegang oleh Khalid selama enam bulan dan akan menggunakan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada September depan sebagai platfom meneruskan misi mengusir Khalid dari Selangor.

Ia disuarakan oleh Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip di mana usaha tersebut dipercayai sedang digerakkan dengan sokongan barisan peguam Anwar yang akan turut mencari segala kelemahan dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor untuk memastikan perancangan tersebut berjaya.

Jelas sekarang ini, kedudukan Anwar sebagai orang yang paling kuat dan disegani dalam Parti Pakatan Rakyat (PR) selama ini sudah tidak dipandang lagi oleh pengikut-pengikutnya dan lebih terarah memberikan tumpuan kepada Khalid.

Ini kerana, tidak dinafikan Anwar berasa tercabar kerana dirinya sudah hilang maruah kerana Khalid sekarang ini sudah berani mengambil apa sahaja tindakan sebagai tanda protes setiap keputusan yang dibuatnya walaupun selama ini Khalid hanya berada di bawah kepimpinannya.

Maruah Anwar semakin tercabar selepas Khalid menggunakan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sebagai perisai untuk mengekalkan kedudukannya sebagai MB Selangor selain sempat menyindir individu-individu yang tidak boleh bekerja di bawahnya boleh membawa haluan sendiri.

Semakin pening Anwar apabila Khalid sekali lagi mengambil tindakan memecat enam Exco Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP selepas didakwa mendapat perkenan dari Sultan Selangor dan beliau tidak mampu berbuat apa-apa kerana kombinasi Raja dan Menteri Besar hakikatnya boleh memberhentikan seseorang ahli Exco tanpa apa-apa sebab yang kukuh.

Ditambah pula situasi di mana Sultan Selangor tidak menerima permohonan Anwar untuk menghadap Sultan dan menolak surat permohonan yang ditulis sendiri Anwar, dirinya dilihat semakin terdesak untuk mendapatkan kepentingan diri.

Jadi, menggunakan sidang DUN sebagai langkah lain yang bakal Anwar lakukan agar dirinya tidak dilihat bodoh dan dikenali sebagai pemimpin yang tidak cekap menyelesaikan masalah.

Buat Khalid, meski pun ketika ini kedudukannya dilihat kukuh, ia bukanlah jaminan dirinya akan selamat. Kerana, bila-bila masa sahaja, pihak yang bertindak menyokong Khalid boleh sahaja berpaling tadah dalam sekelip mata sekiranya kedudukan parti mereka dalam bahaya dan tidak mendapat keuntungan.






Satu Komen to Apa Lagi Akan Berlaku Dalam Perseteruan Dua Anak Ibrahim?

  1. zakzak says:

    with respect to the last paragraph, saya rasa baik kita lihat dan enjoy jek sandiwara semasa di selangor pada masa kini.

    saya juga merasakan bahawa PAS akan berpaling tadah, dan pada masa itu kita akan lihat TSKI terpaksa membubarkan DUN, lantas menyebabkan PRN baru.
    masa tuh, rasanya PKR akan hilang 2,3 kerusi, DAP maintain, PAS mungkin naik? UMNO remain status quo kot, STILL SLEEPING!!!!

Leave a Reply