Menu Utama

Anwar Perlu Ambil Iktibar Dari Pas dan Azmin Ali – Nasrudin Tantawi

Anggota jawatankuasa PAS pusat Nasrudin Hassan Tantawi hari ini menyarankan Datuk Seri Anwar Ibrahim belajar daripada Pas dalam menguruskan isu nepotisme dan kronisme.

ghanijanganketawa-708446Dalam tulisan terbarunya di Facebook, Nasrudin meneruskan kritikannya atas tindakan Anwar mahu melantik isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ke jawatan menteri besar Selangor sebagai satu nepotisme yang sukar dimengertikan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Temerloh itu menyatakan PAS pernah berhadapan dalam isu yang sama mengena nepotisme namun mengambil sikap terbuka menamatkan amalan tersebut pada 2009 apabila ia menjadi kontroversi.

Beliau merujuk kepada isu pelantikan menantu kepada Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menteri besar Kelantan pada 2009 ke jawatan ketua pegawai eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan.

Sewaktu Tuan Guru Nik Abdul Aziz menjadi Menteri Besar Negeri Kelantan, menantunya Ir Abdul Ariffahmi Ab Rahman pernah dikritik hebat kerana dilantik sebagai CEO PMBK pada tahun 2009 dan akhirnya membawa kepada pengunduran beliau. Istilah nepotisme menjadi asas kritikan. PAS Pusat menasihati Kelantan dan Ariffahmi akur. Apakah selepas 5 tahun, Nepotisme tidak lagi menjadi isu pada hari ini ? atau nepotisme hanya untuk Ariffahmi menantu TGNA , tidak kepada yang lain ?

Nasrudintantawi-FB

Malah lebih garang dan sini, Nasrudin turut meletakkan pautan kritikan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, ke atas Wan Azizah dan Anwar Ibrahim yang mengamalkan nepotisme dan kronisme dalam memilih Menteri Besar Selangor pada 2013.






5 Komen to Anwar Perlu Ambil Iktibar Dari Pas dan Azmin Ali – Nasrudin Tantawi

  1. Paha Kiri Pun Terasa says:

    sendiri berlakin sendiri menonton.

  2. memang terok says:

    Orang yang tak bermaruah buat kerja yang tidak ada maruah juga. Guru besar sekolah berhemah seboleh2nya cuba elakkan anaknya menjadi ketua murid untuk tidak dilihat mengamal nepotisma.

    Tetapi isu ini mengenai seorang yang namanya AnwarIbrahim. Apa yang tak boleh bagi Anwar. Alangkan belakang pun dia sapu, ini pulak hal2 lain.

    Kita menyeru semua balaci, tolong celik usah berterusan jadi buta. kita percaya dalam PKR masih terdapat manusia berhemah tinggi untuk dijadi panduan, tapi bukan Anwaribrahim.

    You may stay put with the party but do away with Anwar and his famility.

  3. korokstabang says:

    pas pun sama 2 x 5 dengan amalan nepotism & kronism nik abduh anak nik aziz & muhamad khalil anak haji hadi kedua2nya berjawatan besar dalam pemuda pas

  4. semangat dato' haron says:

    Pecat KJ dari UMNO. Musuh dlm,selimut

Leave a Reply

Threesome