Menu Utama

Anwar Cadang Ubah Format Pemilihan PKR

Oleh Riana Abd Aziz

Anwar sudah mula rasai bahang tidak puashati akar umbi bila tiba-tiba beliau membawa kononnya idea terbaik untuk pulihkan parti. Anwar mencadangkan agar format baharu pemilihan akan datang diubah. “Cadang ubah semula supaya demokratik tetapi praktikal dilakukan,” katanya dalam ucapan Kongres PKR di Stadium Malawati Shah Alam, hari ini.

Anwar turut menegaskan bahawa “1 undi 1 ahli” sudah tidak praktikal lagi dan ianya seolah-olah tidak bersifat demokrasi lagi dan Anwar tidak menyalahkan Jawatankuasa Pemilihan Parti sebaliknya mengatakan ianya adalah kelemahan pimpinan keseluruhannya.

Mungkin Anwar mula sedar bahawa akar umbi mula membangkitkan isu nepotisme dalam parti semakin kronik. Apalagi bermacam-macam sindiran sudah mula kedengaran tentang beliau dan keluarganya yang dilihat mula mengatur strategi kukuhkan kedudukan isteri dan anak beliau.

Sindiran tajam seperti “Istana Bukit Segambut” antara ungkapan popular di sepanjang Konvensyen Nasional Pkr 2014 yang sedang berlangsung di Dewan MBSA Shah Alam.

Sebelum Anwar berucap, Pengarah Strategi Parti, Rafizi Ramli turut menyelar ahli parti yang dilihat kondem Anwar tentang amalan nepotisme ini. Amat memalukan bila Rafizi dilihat cuba ‘mengipas’ Anwar dan Wan Azizah dengan mencabar mana-mana ahli yang tidak puashati kononnya Anwar mengamalkan “politik kaum keluarga” ini agar bertanding melawan Anwar, Wan Azizah dan anaknya Nurul Izzah dipemilihan akan datang.

Rafizi menambah, kiranya Anwar dan keluarganya menang dalam pemilihan tersebut maka jangan diungkit lagi isu Anwar amalkan nepotisme.

Rafizi lupa, jawatan Anwar, Ketua Umum tidak ada dalam perlembagaan parti dan ianya juga tidak dipertandingkan. Jawatan Wan Azizah, RAfizi lupa bagaimana mainan strategi kononnya Anwar akan bertanding melawan Wan Azizah di jawatan Presiden Parti, akhirnya bila masa pendaftaran hendak berakhir, Anwar dikatakan tidak jadi bertanding dan memberi laluan kepada Wan Azizah menang tanpa bertanding.

Nurul Izzah? Anda yakin dia sukar untuk memang? Akhirnya Nurul Izzah menang jawatan Naib Presiden dengan majoriti undi paling tinggi. Ahli parti hairan?

Nampaknya kali ini, selain isu Wan Azizah satu-satunya calon Menteri Besar Selangor bagi menggantikan Khalid Ibrahim. Isu nepotisme turut sama memanaskan “konvensyen kipas” kali ini. Anwar sudah mula merasakan bahawa kalau tidak dibendung angin akar umbi, beliau dan seluruh keluarganya bakal menerima nasib dikuburkan oleh ahli sendiri. Maka timbullah idea bahawa “1 undi 1 ahli” sudah tidak relevan lagi.

Kita tunggu apakah format yang dikatakan lebih demokrasi yang bakal dibentangkan oleh Anwar atau sekadar format untuk kukuhkan kuasa keluarganya. Anak-anak Anwar dan Wan Azizah masih ramai dan sudah besar semuanya.






5 Komen to Anwar Cadang Ubah Format Pemilihan PKR

  1. […] From: MYKMU.NET: DEMI SEBUAH PERJUANGAN: Anwar Cadang Ubah Format Pemilihan PKR […]

  2. memang terok says:

    Memberi apa saja bentuk/bunyi komen terhadap parti PKR samada mengenai pentadbiranmya , perjalanannya, sistem pemilihan nya samalah saperti memberi tarbiah pada seorang banduan yang bakal dihukum gantong dalam gallow. Bertarbiah pada banduan itu tentang halal haram, menggalakkan nya berakhlak baik, bercerita tentang keburukan melakukan jenayah serta doa & pahalanya… merupakan satu perbaziran.

    Ini kerana banduan itu bakal pergi menemui penciptanya selepas digantong, sedangkan tarbiah mengenai kebaikan hanya patut diberi pada banduan yang dikira masih ada masa depan selepas dilepas bebas.

    Apa yang perlu ialah ajar dia untuk bertaubah dan berdoa memohon ampun dengan harapan Allah mengampun dosanya. Banduan tentunya berdosa , kerana dia menjalani hukuman pun kerana dosanya. Demikian juga PKR sabuah parti yang penoh dengan perkara yang keliru dan amalan luarbiasa yang tidak dibuat orang lain. Parti yang pemimpinya berpelok2kan dihadapan khalayak ramai tetapi berkeris berlembing dibelakang.

    Itulah PKR. PKR lakukan kerja songsang kerana pemimpin atasan nya penggemar amalan songsang diluar tabiie. Untuk itu there is nothing to comment on this group of people since they will not grow for a better. They are goner. Good leaders for good followers and good followers for good leaders.

  3. WTF says:

    Dey Nuar Berahim!!!

    Awat hang TAKUT nak tanding jawatan Presiden PKR!!!

    Hang TAKUT dengan BINI ka???

  4. yon76er says:

    Kalau Jadi President kemudian Masok kedalam..Mangkok2 dia gak jadi penganti..NEPOTISMA tak leh hilang dlm PKR nie….

  5. itsme says:

    masih lg nak percaya pd anwar lagi?! apakah tdk cukup dgn segala tipu helah dan dongengan ciptaan beliau? sekali lagi anwar keluar kenyataan yg memungkinkan ahli2 mrk akan ditipu buat sekian kalinya. tidak ada yg baik jika ianya keluar dr mulut anwar dan rakan2nya… mrk bak kutu babi yg sentiasa akan menghisap darah mangsanya jika berpluang… tiada sesaat atau sekelumit pun dlm hati mrk bagi sesuatu yg bernama kebaikkan. Mari doakan agar negara dan bangsa kita selamat dari org2 spt anwar, rafizi dan yg seangkatan dgn ketum israel dan tetapkan hati utk istiqomah menentang perosak akidah anak2 muda yg baru hdk beljr mengenal erti hidup.

Leave a Reply

Threesome