Menu Utama

Analisa Kuasa Politik Dr Zuhdi, Mimpi Ngeri DAP?

Oleh Riana Abdul Aziz

zuhdiHari Raya tahun 2014 ini nampaknya bukan Hari Raya Aidil Fitri bagi Pakatan Pembangkang. Pertelagahan isu Menteri Besar Selangor nampaknya makin kusut dan nampak seolah-olah menemui jalan buntu.

Dap, Pas dan Pkr nampaknya masing-masing cuba menepis atau menidakkan analisis Dr Mohd Zuhdi, Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Pusat yang menggunakan simulasi angka atau jumlah kerusi yang dengan terang menunjukkan bahawa Pas sedang memegang ‘kuasa’ di Selangor kiranya komponen lain dalam Pakatan Pembangkang masih terus menerus berdegil menolak Tan Sri Khalid Ibrahim dari jawatan tersebut.

Tony Phua, Setiausaha Publisiti Kebangsaan Dap dengan cepat mengeluarkan kenyataan sekiranya PAS terus mempertahankan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor maka Pas bakal dilenyapkan sepenuhnya dari negeri itu.

Dap menggunakan isu kononnya analisa yang bocor dari ‘whatsApp group’ pemimpin Pas itu rasis, Dap cuba alihkan perhatian tentang angka atau bilangan kerusi yang menunjukkan Pas mempunyai kuasa penentu akan kedudukan kerajaan Selangor kini.

Tony Phua juga membayangkan kemungkinan akan berlaku pembubaran Dun Negeri Selangor kiranya Pas masih kekal berdegil mencampuri urusan parti Pkr dalam menentukan kedudukan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar. Dalam masa yang sama Dap cuba sembunyikan bahawa merekalah yang sebenarnya bersungguh dan beria-ria ingin Khalid Ibrahim ditukar.

Strategi takutkan Pas dengan memberi alasan kononnya Pas bakal lenyap di bumi Selangor kiranya diadakan Pilihanraya Negeri Selangor ekoran krisis ini. Tony bayangkan Pas bakal kalah semua kerusi kiranya Pilihanraya Negeri Selangor terjadi.

Apapun alasan yang cuba digunakan oleh Dap sebenarnya hanya ingin menutup mata rakyat negeri Selangor agar tidak nampak ‘holding power’ yang dimiliki oleh Parti Pas disaat ini. Mereka cukup takut kerana peralihan kuasa bukan hanya dengan mengadakan Pilihanraya Negeri namun hanya perlu proses perjanjian baru antara Pas, BN dan mungkin Parti Bebas.

Lihat sekali lagi apa yang Dr Mohd Zuhdi bentangkan ;

“Kalau kita keluar PR kita boleh retain Selangor malah untuk seterusnya. Kita 15 kerusi+TSKI+seorang lagi ADUN PKR+12 UMNO, dah bentuk simple majoriti. UMNO dalam kenyataannya mutakhir ini boleh terima TSKI jadi MB.”

Isu rasis tidak timbul sebenarnya, isu pokok menurut sumber, Pas sudah bosan dengan perangai Dap yang dilihat sentiasa meremehkan keupayaan Wakil Rakyat Adun Pas di Selangor kononnya tidak cukup ilmu untuk mentadbir sebuah negeri. Ini dapat dilihat jawatan Exco Kanan bukan milik Pas.

Penulis berharap rakyat Selangor celiklah hati dan janganlah gadaikan negeri kepada manusia yang rakus kuasa dan manusia itu bukannya anak Selangor.






5 Komen to Analisa Kuasa Politik Dr Zuhdi, Mimpi Ngeri DAP?

  1. dkds says:

    Pas pun sekarang pun dah keliru….antara mat sabuz dan hadi ..

  2. Shah says:

    Kita bersatu & Selangor di perintah oleh pemimpin Islam. Dengan ini kita boleh memperkukuhkan tindakan kita isu-isu bibke, arak, rumah urut dan lain-lain

  3. Baba says:

    Elok bubarkan saja pas tu. dah cacamerba

  4. semangat dato' haron says:

    PAS FOR ALL: piirahhh….hipokrit betul. Hanya UMNO sahaja yang terbukti menjaga semua kaum atas semangat perkongsian berlandaskan perlembagaan.

  5. adi says:

    Diharap adun adun pas buka mata dan hati, niat buat kerja politik kerana allah kepentingan islam di utamakan. Islam adalah yang terbaik untuk memerintah dunia ini ia itu iaslam yang berpandukan al quran dan hadis dan para sahabat nabi yang solihhin. Jangan perpandukan kafir yang menentang islam.

Leave a Reply

Threesome