Menu Utama

Al Fatihah : Adun Pengkalan Kubor Meninggal Dunia Akibat Kanser Hati

NOOR ZAHIDI OMAR Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kubor Datuk Noor Zahidi Omar meninggal dunia akibat kanser hati di sebuah hospital di Guangzhou, China, pada Rabu.

Timbalan Ketua Umno Bahagian Tumpat Datuk Mohd Rosdi Ab Aziz berkata Noor Zahidi, 57, meninggal dunia pada pukul 5.45 pagi waktu Malaysia.

Allahyarham yang disahkan menghidap kanser hati pada Mei lepas, mendapatkan rawatan di Guangzhou kira-kira dua minggu lalu, katanya ketika dihubungi di sini.

Mohd Rosdi berkata antara yang turut berada di sisi Allahyarham ketika menghembuskan nafas terakhir ialah isterinya Datin Siti Mona Abdul Kadir.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan 12 orang anak.

Beliau berkata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed dengan kerjasama Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Luar sedang berusaha untuk mempercepatkan proses membawa pulang jenazah untuk dikebumikan di Pasir Pekan, Tumpat.

Noor Zahidi menjadi ADUN Pengkalan Kubor selama tiga penggal dan Ketua Umno Bahagian Tumpat selama empat penggal.

Pada pilihan raya umum tahun lepas, Noor Zahidi yang mewakili Barisan Nasional mengalahkan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saharun Ibrahim dengan majoriti 1,736 undi.

BERNAMA






7 Komen to Al Fatihah : Adun Pengkalan Kubor Meninggal Dunia Akibat Kanser Hati

  1. yon76er says:

    Al’Fatihah buat Allahyarham…..Amin..

  2. bujuk says:

    Innalillahhiwainnailaihirajiunnnn…

  3. raplahjingaa says:

    Al Fatihah dan takziah buat keluarga arwah.

  4. WTF says:

    Al Fatihah dan takziah buat keluarga arwah Datuk Noor Zahidi Omar

  5. Baba says:

    Innalillahhiwainnailaihirajiunnnn…

  6. alimedanbaru says:

    ALLAH MAHA PENGATUR
    apakah Pas dan UMNO akan terus berperang
    ALLAH menduga
    kalau UMNO menangpun Kelantan tetap milik Pas
    amacam?
    dikiri Palisten dikanan Syria
    orang Melayu masih nak bercakaran!

  7. hodoh says:

    Al fatehah.

Leave a Reply